CARA MASUKKAN DOMAIN |
Artikel ini memfokuskan tutorial bagaimana memasukkan domain yang anda beli ke dalam blogger. Kebiasaannya kalau kita menggunakan domain sedia ada. Domain yang akan muncul adalah namabloganda.blogspot.com. Ada antara anda ingin memiliki domain sendiri supaya lebih nampak profesional.
Seperti yang anda lihat beloya2u.com merupakan blogger.com yang juga mempunyai domain asal beloya2uevolution.blogspot.com. Domain yang hanya memakan kos sebanyak 10USD setahun tidaklah membebankan berbanding apa yang anda dapat iaitu memilih blog yang lebih nampak profesional.
Dalam artikel ini saya cuba untuk menerangkan secara terperinci bagaimana cara untuk memasukkan domain profesional. Semoga artikel ini dapat membantu anda untuk bergerak lebih jauh lagi dalam aktiviti digital
JOM KITA IKUTI LANGKAH-LANGKAH MEMASUKKAN DOMAIN KE BLOGGER
DAFTAR NAMESILO
Terlebih dahulu, anda perlu memilih laman web untuk membeli domain. Terdapat banyak laman web yang boleh anda pilih untuk membeli domain. Antaranya adalah seperti godaddy, exabytes, enom dan sebagainya.Namun dalam artikel ini, saya akan memfokuskan tutorial memasukkan domain melalui belian domain dari NAMESILO.
Anda daftar di NAMESILO dengan [KLIK SINI].
PILIH DOMAIN
Tedapat banyak jenis domain yang anda boleh pilih. Antaranya .com, .org, .net, .club dan sebagainya. Ini adalah tips pemilihan domain:- Domain jangan terlalu panjang
- Perkataan mudah di eja
- Mudah diingati
- Mudah disebut
- utamakan domain dot com kerana dot com merupakan carian tertinggi di google
BELIAN DOMAIN
Langkah membeli domain melalui Namesilo adalah seperti berikut:- Buat CARIAN domain dot com
- Sahkan belian dengan dengan tekan butang add > checkout
- Pilih service link > blogger
- Kuantiti atau set year terpulang kepada anda untuk membeli domain berapa tahun
- Kemudian tekan butang continue
- Pilih cara bayaran dan place order
Selepas selesai pembelian dibuat. Anda boleh terus ke Manage My Domain. Langkah seterusnya ditunjukkan di bawah ini.
ATURAN DNS
Anda masuk ke Manage My Domain dan kemudian anda semak domain yang ada telah beli. Pastikan anda seperti dalam paparan di bawah ini.KLIK UNTUK MEMBESARKAN GAMBAR |
Seperti dalam gambar pilih domain yang anda ingin masukkan dan klik pada Manage DNS for this domain. Setelah anda klik butang tersebut. Anda akan dibawa ke paparan berikutnya seperti di bawah. (Scroll bahagian paling bawah)
KLIK UNTUK MEMBESARKAN GAMBAR |
Anda pilih blogger dan klik Apply template > Accept. Selepas itu, anda scroll semula ke atas dan anda akan nampak paparan ini.
KLIK UNTUK MEMBESARKAN GAMBAR |
Setiap data yang ada di jadual seperti ditunjukkan di atas adalah sudah tersedia, blogger dan google console. Google console adalah pengesahan domain tersebut adalah aset anda. Di dalam gambar di atas ada menunjukkan langkah-langkah untuk mendapatkan data tersebut.
Seterusnya, anda scroll sekali lagi di atas dan anda dibawa ke paparan seperti berikut:
Paparan di atas adalah pemberitahuan bahawa impak domain akan mengambil masa sehingga 48 jam. Selepas langkah-langkah di atas selesai. Anda minum kopi dan berehatlah sebentar sementara isu DNS diselesaikan oleh sistem.
Langkah berikutnya anda lakukan hari berikutnya atau dua hari kemudian. Langkah tersebut adalah, anda masuk ke blogger.com > setting > basic > publish. Paparan adalah seperti di bawah ini:
Seterusnya, anda scroll sekali lagi di atas dan anda dibawa ke paparan seperti berikut:
KLIK UNTUK MEMBESARKAN GAMBAR |
Paparan di atas adalah pemberitahuan bahawa impak domain akan mengambil masa sehingga 48 jam. Selepas langkah-langkah di atas selesai. Anda minum kopi dan berehatlah sebentar sementara isu DNS diselesaikan oleh sistem.
Langkah berikutnya anda lakukan hari berikutnya atau dua hari kemudian. Langkah tersebut adalah, anda masuk ke blogger.com > setting > basic > publish. Paparan adalah seperti di bawah ini:
KLIK UNTUK MEMBESARKAN GAMBAR |
Paparan di atas adalah di dalam laman blogger.com. Anda masukkan domain yang anda beli dan kemudian tekan butang save. Jika isu sudah selesai maka domain tersebut akan membawa pelayar ke blog anda. Domain baru anda akan berubah seperti domain yang anda beli.
TAHNIAH!!! SELESAI!!! BLOG ANDA KINI BLOG PROFESIONAL!!!
KESIMPULAN
Teknologi berubah dengan pantas. Langkah-langkah di atas boleh berubah bila-bila masa, namun masih boleh menjadi rujukan untuk membeli domain. Semoga perkongsian ini memberi mafaat kepada anda. Jika anda ingin berguru untuk membuat blog dengan blogger. Anda boleh klik butang di bawah ini.