Individu yang terjejas pendapatan dalam golongan gaji hari atau bekerja sendiri boleh memohon bantuan dari Tabung Baitulmal Sarawak. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk memohon bantuan ini.
Kebanyakkan cara adalah menggunakan kaedah digital sesuai dengan keadaan Perintah Kawalan Pergerakan yang mengehadkan pergerakkan rakyat hari ini. Anda boleh menggunakan aplikasi baitulmal, portal Baitulmal kamek dan email.
Bagi yang boleh menggunakan aplikasi digital ini diharap dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan atau tidak biasa dengan teknologi terkini.
BERIKUT ADALAH CARA MEMOHON BANTUAN DARI TABUNG BAITULMAL SARAWAK (TBS)
APLIKASI JEJAK ASNAF VERSI 2
Aplikasi ini boleh dimuat turun menerusi appstore dan playstore. Di sini admin menyediakan link aplikasi android (playstore) sahaja.[KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN]
PORTAL BAITULMAL KAMEK
Laman web yang boleh di ekses dari telefon bimbit atau komputer. Saya berharap pihak yang boleh menggunakan platform digital membantu individu yang tidak tahu atau kurang berkemampuan. berikut adalah laman web Baitulmal Kamek[https://pelanggan.tbs.org.my]
[admin@tbs.org.my]
RUMUSAN
Namun begitu setiap permohonan perlu diteliti bagi memastikan tidak ada individu atau kumpulan yang mengambil kesempatan. Agihan ini kena tepat dan sampai kepada kumpulan yang benar-benar memerlukan.
Saya berharap masyarakat cakna dengan apa yang berlaku di sekeliling terutama jiran-jiran tertangga. Jika mereka susah. Bantulah mereka dengan memohon untuk mereka. Moga artikel ini memberi mafaat kepada anda.
sumber: Hmetro
Tags
BERITA SEMASA