Nama saya Sharifah Hajiah. Saya telah memulakan perniagaan saya pada tahun 2016 setelah saya berhenti bekerja. Pada tahun 2016, kami bermula di rumah sahaja dengan katering kecil-kecilan. Kami berpindah di permis Metrocity iaitu Cafe Zias Signature HQ pada tahun 2022.
Masalah yang kami selesaikan dalam perniagaan makanan ini adalah untuk pihak pejabat yang memerlukan katering yang cepat, pantas, serta hidangan yang berpatutan. Selain itu, kami menyelesaikan masalah masyarakat yang sedang mencari pendapatan kedua. Oleh itu, Zias Signature menyediakan peluang perniagaan bersama Zias untuk menjadi agen.
Antara maklum balas dan testimoni daripada pelanggan adalah pihak pelanggan sangat menyukai hidangan yang kami hidangkan di pejabat mereka. Di samping itu juga, kami menyediakan menu-menu yang menarik dan harga yang berbaloi.
Di antara agen-agen kita yang berjaya menjana pendapatan, contohnya pada tahun lepas mereka boleh memberi duit raya kepada anak-anak yang telah membantu mereka bersama-sama dalam perniagaan dan berniaga bersama dengan Zias.
Ramai di antara pelanggan- pelanggan kita yang menjamu makanan dalam menu yang kita disediakan, mereka menyatakan sangat berpuas hati . Mereka berpendapat makan yang kami hidangkan sangat sedap, sesuai dengan tagline kita iaitu 'Nang Nyaman Aie', memberi harga yang sangat berbaloi dan banyak portion yang dihidangkan.
Kita ada produk-produk Ready to Cook, untuk memudahkan kehidupan seharian. Di Samping itu juga cara memasak sangat menjimatkan masa, mudah, dan pastinya 'Nang Nyaman Aie' . Antara produk kami ialah kambing perap berempah gula apong kerana kita adalah Taste of Borneo untuk membawa versi Sarawak, ayam perap berempah gula apong dan daging keju gula apong. Semua Readyto Cook dan cara memasak tidak sampai 10 minit. Sesuai di hidangkan pada waktu sahur atau sebagai makanan pada hari biasa. Kami juga mempunyai produk lain iaitu cornflake sambal gula apong untuk kudapan di Hari Raya dan sesuai bila-bila masa atau semasa dalam kenderaan juga menyeronokkan. Selain itu , kami juga ada Zias Chi Kang gula apong.
Untuk mendapat perkhidmatan katering, produk-produk Zias Signature dan juga sesiapa yang berminat menjadi agen-agen Zias, boleh menghubungi di talian 60189852989 ataupun layari FB Page Zias Signature HQ.
[penafian: beloya2u tidak terlibat dalam transaksi]
Sebagai seorang usahawan, kita hendaklah mempunyai ilmu, menerima pendapat orang lain, jiwa hendaklah kental dan mesti berani berimpian. Ini kerana kalau kita mempunyai semua perkara ini, Inn Shaa Allah apa-apa cabaran yang mendatang kita akan sentiasa berusaha tambah baik dan buat sehabis baik.