KURSUS KEUSAHAWANAN "BASIC TECHNOPRENEUR PROGRAM"


30 OGOS 2024- Pihak Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Bahagian Mukah telah menganjurkan Kursus Keusahawanan "Basic Technopreneur Program" pada 30 Ogos 2024 atas kerjasama Pejabat Daerah Daro. 

Terdapat 100 peserta telah menyertai kursus yang diadakan pada hari tersebut. Kursus ini menyediakan tiga modul untuk diedahkan kepada  para peserta. 

Kursus ini akan dibimbing oleh dua orang tenaga pengajar iaitu Coach Khalik dan Coach Razis serta dibantu oleh Cik Stephanie dan Cik Nurul. 


Sesi pendaftaran dijalankan pada jam 8:00am. Dan kesemua peserta telah berjaya mendaftar.

Coach Khalik sedang menerangkan berkaitan dengan Modul 1 iaitu cara menggunakan chatgpt untuk membuat kertas kerja kepada para peserta. 

Tajuk tersebut bertujuan untuk memudahkan para peserta untuk membuat kertas kerja dengan mudah dan cepat. 


Modul 2 adalah "Canva Graphic Design Introduction To Canva". Para peserta sedang mencuba untuk menggunakan canva bagi menyediakan poster produk mereka dengan lebih kreatif lagi. 

Tujuan tajuk ini adalah untuk memudahkan para peserta menyediakan pelbagai jenis bentuk poster yang lebih kreatif dan dapat menarik perhatian para pelanggan mereka. Modul ini disampaikan oleh Coach Razis. 


Seterusnya, Coach Razis menerangkan bahagian modul 3 berkaitan dengan TikTok Bisnes Marketing. 

Tujuan utama TikTok Business Marketing adalah untuk membantu perniagaan mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka kepada audiens yang lebih luas menggunakan platform TikTok. 


Sebelum majlis penutupan diadakan para peserta diminta untuk mengisi borang maklumbalas yang disediakan bagi penyerahan sijil selepas selesai majlis. 

Oleh kerana program ini memberikan pendedahan kepada peserta kursus tentang kemahiran pengurusan perniagaan seperti pengurusan kewangan, pemasaran digital dan inovasi teknologi yang digunapakai dalam perniagaan hari ini, banyak kemahiran baru yang dapat dibelajar oleh peserta kursus.

Program ini juga dapat membantu usahawan membentuk minda keusahawanan peserta kursus, membina rangkaian perniagaan dan mendedahkan peserta kursus akan teknologi di dalam mencipta peluang perniagaan. 

Secara keseluruhannya, kursus ini mampu melahirkan usahawan yang kompeten dan berdaya usaha dalam ekonomi masa kini iaitu ekonomi digital.


Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama