KURSUS PEMASARAN DIGITAL DAN ASAS KEWANGAN, GIATMARA NEGERI SARAWAK


24 Julai 2024- Pihak Giatmara Negeri Sarawak dan Farwide Sdn Bhd telah mengadakan Kursus pemasaran digital dan asas kewangan, Giatmara Negeri Sarawak. Kursus ini berjalan selama 3 hari di Hotel UCSI, Kuching Sarawak. 

Kursus ini dihadiri oleh 15 Alumni Giatmara dari pelbagai cawangan. Kursus ini menyediakan enam Modul yang akan didedahkan kepada para peserta. 

Kursus ini dibimbing oleh tiga orang tenaga pengajar yang hebat iaitu Coach Harith, Coach Khalik dan Coach Razis dan dibantu oleh Cik Stephanie dan Cik Nurul. 


Modul Pertama iaitu Minda Keusahawanan, Kepimpinan Kendiri Mobilepreneur telah dilaksanakan pada 24 July 2024. 

Modul ini bertujuan untuk mempersiapkan individu, khususnya usahawan dan pemimpin, dengan kemahiran dan pemikiran yang diperlukan untuk berjaya dalam perniagaan, kepimpinan, dan penggunaan teknologi mobile.


Para peserta telah menjalani salah satu permainan yang bertajuk "Jom sampaikan dengan cepat dan pantas." 

Tujuan permainan ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi, koordinasi, dan penyelesaian masalah dalam suasana yang penuh semangat dan menghiburkan.


Modul kedua iaitu "Pencapaian Prestasi Perniagaan" diadakan pada sebelah malam. Tujuan modul ini adalah untuk memastikan bahawa perniagaan berfungsi dengan optimum, memenuhi matlamat strategik, dan memberikan nilai kepada pelanggan, pemegang saham, dan semua pihak berkepentingan.

Modul ini mempunyai tiga tajuk utama iaitu Business Review, Self Diagnosed dan Analisis SWOT. Kedua-dua modul ini telah disampaikan oleh Coach Harith. 


Modul ketiga iaitu Business Modal Canvas (BMC) dan Sasaran Perniagaan (SMART) diadakan pada 25 Julai 2024 dan disampaikan oleh Coach Khalik. 

Business Model Canvas bertujuan untuk memberikan gambaran menyeluruh dan strategi tentang bagaimana perniagaan berfungsi.

Manakala Sasaran Perniagaan SMART bertujuan untuk menetapkan dan mengurus sasaran dengan cara yang sistematik dan terukur.


Modul yang keempat iaitu Strategi Pengurusan Pemasaran (offline dan online) dan Jualan.
 
Tujuan tajuk ini adalah untuk mencapai beberapa matlamat utama yang berkaitan dengan perkembangan perniagaan, penyampaian nilai kepada pelanggan, dan pertumbuhan pendapatan.
 

Seterusnya adalah Strategi Pengurusan Pemasaran (offline dan online) dan Jualan (Tiktok, IG dan FB) Penggunaan AI dan Chat GPT untuk Pemasaran.

Tajuk tersebut telah disampaikan oleh Coach Razis. 


Modul yang kelima adalah Pengurusan Kewangan yang disampaikan oleh Coach Khalik. 

Tujuan tajuk tersebut adalah untuk  memastikan kestabilan kewangan syarikat atau individu dengan menguruskan aliran tunai, mengelakkan masalah kewangan, dan memastikan kewangan tetap stabil.


Modul terakhir adalah Pengurusan Operasi dan SOP Membina Plean Sasaran Perniagaan Suku ke 3 2024. 

Tujuan tajuk ini adalah untuk meningkatkan kecekapan operasi dalam suku ketiga, seperti mempercepatkan proses atau mengurangkan pembaziran sumber.


Sesi pembentangan individu berkaitan dengan BMC dari para peserta pada hari terakhir kursus 26 Julai 2024. Bahagian ini dapat membantu usahawan untuk mengubah atau memperbaiki modal perniagaan mereka. 

Segala aktiviti yang dilakukan sepanjang program ini berlansung telah direkod dan diadaptasikan dalam bentuk video serta di muat naik ke media sosial oleh Encik Syafiq. 


Majlis penutupan dan penyerahan sijil kepada alumni giatmara bersama Pengarah Giatmara Sarawak.

Kursus ini menyediakan latihan praktikal yang membolehkan peserta mempraktikkan teknik pemasaran digital dalam situasi dunia sebenar, meningkatkan peluang mereka untuk berjaya dalam persekitaran perniagaan yang kompetitif. 

Peserta akan mempelajari asas-asas pengurusan kewangan, termasuk cara menguruskan bajet, membuat laporan kewangan, dan memahami aliran tunai. Ini adalah kemahiran penting untuk memastikan kestabilan kewangan dalam perniagaan. 

Secara keseluruhannya, Kursus Pemasaran Digital dan Asas Kewangan di GIATMARA Negeri Sarawak memainkan peranan penting dalam membekalkan peserta dengan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam dunia perniagaan moden, dan menyokong pembangunan ekonomi tempatan melalui peningkatan kecekapan dan pengetahuan.








Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama