Home UJIAN PSIKOMETRIK

UJIAN PSIKOMETRIK

Ujian psikometrik beloya2u untuk usahawan

Ujian psikometrik bertujuan mengenal pasti keperibadian, gaya kerja dan kecenderungan individu secara objektif. Ia membantu peserta mengenal kekuatan dan kelemahan dalaman yang mungkin tidak disedari secara sedar.

Bagi usahawan dan pekerja, ujian ini memberi gambaran tentang keupayaan mereka mengurus tekanan, membuat keputusan dan berinteraksi dalam persekitaran kerja. Ia juga boleh menjadi asas membina pasukan yang seimbang.

Bagi pelajar, ia membantu memilih hala tuju akademik dan kerjaya yang sesuai. Secara keseluruhan, ujian ini mendorong individu lebih faham diri, bertindak lebih bijak dan berkembang secara holistik.

Selepas mengambil ujian. Anda boleh semak keputusan ujian dengan menekan butang di bawah ini. 

Namun begitu, perlu di ingatkan bahawa keputusan tidak akan keluar jika anda tidak pernah mengisi mana-mana borang yang dikeluarkan oleh beloya2u seperti Borang Daftar Usahawan, Borang SYstartUP, Borang Pendaftaran Program dan sebagainya. Jika anda belum mendaftar, Sila hubungi pasukan kami melalui butang Whatsapp di bawah.

Jika anda tidak mempunyai masalah tentang syarat-syarat yang dinyatakan di atas.

Seterusnya anda boleh semak keputusan dengan klik butang di bawah.

Perlu di ingatkan keputusan yang di hasilkan masih memerlukan perbincangan dan penerangan lanjutan.

Anda boleh berbuat demikian dengan individu yang dipercayai atau individu yang mempunyai tauliah.