Home ATIKANA ASAS BELAJAR FOREX
ATIKANAFOREXKEMAHIRAN

ASAS BELAJAR FOREX

Share
Share
asas belajar forex
langkah pertama menjadi trader forex

Apa itu Forex? 

Forex ini apa sebenarnya? untuk seseorang yang mula-mula mendengar nama Forex. Ada antaranya berfikir forex ini adalah “money game” dan ada juga yang berfikir forex adalah “Sistem MLM“. Salah tanggapan ini terjadi kerana sikap malas membaca dan memahami. Forex adalah sistem dagangan nilai matawang di pasaran Dunia. Untuk menjadi trader yang berjaya. Anda perlu memahami pasaran dan bertindak dengan strategi (bukan emosi). Forex pelaburan resiko tinggi, tiada ketetapan keuntungan atau kerugian.

7 Perkara sekurang-kurangnya diketahui oleh seseorang yang baru mula-mula berjinak dengan dagangan matawang atau dengan nama lain foreign exchange. Selepas itu, barulah menambah ilmu dengan lebih mendalam. Cukup untuk permulaan memahami konsep-konsep yang terdapat dalam sistem dagangan (trade).
Ini lebih kepada pengenalan sahaja. Pembelajaran forex bermula apabila anda sudah mula menggunakan akaun demo atau membuat pelaburan serendah USD10.

BROKER

Terdapat banyak broker di pasaran. Kita perlu bijak memilih. Semua broker terbaik dalam sistem mereka sendiri. Setiap broker ada kelebihan tersendiri. Terpulang kepada anda untuk memilihnya.

Apa yang anda perlu tahu ialah, broker bertindak sebagai menjaga pelaburan pedagang-pedagang nilai matawang (Forex Trader). Mereka akan membuat promosi kelebihan broker mereka, tawaran, menerima deposit pedagang dan membayar keuntungan pedagang. Saya setakat hari ini 27 Feb 2020 sejak 2 tahun kebelakangan ini menggunakan lite forex dan berpuas hati dengan pengeluaran tunai yang cepat.

MT4

Sistem yang terdapat dalam telefon bimbit dan komputer. Perisian yang akan membantu anda untuk membuat dagangan. Untuk mengguna telefon bimbit, anda boleh [KLIK SINI] untuk muat turun MT4. Kebiasaannya setiap broker ada menyediakan MT4 versi komputer bagi memudahkan pedagang membuat transaksi.

DEPOSIT/WITHDRAWAL

Ini juga bahagian penting. Pernah terjadi, saya berjumpa dengan trader dimana beliau tidak tahu bagaimana untuk mengeluarkan tunai hasil dari dagangan matawang yang dia telah buat. Jadi ini bahagian penting. Sebelum anda memulakan dagangan, anda perlu tahu bagaimana untuk membuat deposit dan bagaimana pula untuk membuat pengeluaran.

Kebiasaannya banyak pilihan untuk membuat deposit dan pengeluaran. 2 teknik menjadi kegemaran kebanyak trader adalah menggunakan lokal bank dan local depositor. Bagi yang menggunakan local depositor, pastikan anda kenal dengan IB atau MIB yang boleh membantu anda apabila menghadapi masalah deposit atau pengeluaran

CANDLE/LILIN

Graf yang terdapat dalam MT4 yang anda kenak faham. Apakah maksud bullish atau bearish? Bullish adalah apabila saham ditutup tinggi dalam satu-satu TIME FRAME (TF). Manakala Bearish pula adalah saham ditutup rendah dalam satu-satu TIME FRAME (TF). Perkataan lain yang anda kena tahu adalah seperti bayangan (Shadow), shooting star, hammer dan sebagainya.

Ada antara pedagang (trader) hanya menggunakan candle stick untuk mengenalpasti arah saham akan pergi. Jika anda benar-benar faham candle stick. Anda boleh menjadi pedagang yang berjaya.

INDIKATOR

Merupakan alat-alat bantuan untuk membaca pergerakkan saham. Antara yang biasa digunakan oleh pedagang (trader) adalah seperti storchastic, Moving Average, Bollinger Bands dan MACD.

Untuk memahami kegunaan dan membaca indikator ini, anda boleh menggunakan youtube untuk memahami penggunaannya. Belajar di sana. Banyak tips dan trick diberikan.

FUNDAMENTAL

Bahagian yang agak sukar. Fundamental adalah bahagian di mana kita mengambil kira faktor isu semasa yang akan mempengaruhi pasaran. Antaranya isu perang, isu dasar kerajaan atau isu udang-undang. Pada kebiasaanya, USD merupakan faktor impak tinggi dalam perubahan atau pergerakkan saham.

Oleh sebab itu, setiap aktiviti atau pengumuman yang dibuat oleh US akan memberi impak kepada pasaran. Ada di antara trader tidak kisah dengan Fundamental, mereka trade menggunakan indikator sahaja.

ENTRY/PO

Bahagian ini kena khatam sebelum membuat jualan atau belian. Kenak faham saiz lot dan kena faham apa itu pengurusan dana (Money Management). Jangan terlalu gelojoh dan jangan menggunakan emosi apabila berdagang (trade). Anda kena tahu juga bagaimana Ambil untung sebelum rugi (Break event) atau lebih dikenali sebagai BE.

JOIN AND BECOME FOREX TRADER
————————————–
Semoga artikel Asas belajar forex ini memberi mafaat kepada pembaca. Sila kongsi artikel ini dengan kengkawan anda.
header ads
Share

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles
KEMAHIRANKEWANGAN

CARA MENGELAKKAN PENIPUAN MELALUI AKAUN BANK

Penipuan melalui akaun bank merupakan ancaman yang semakin serius, terutamanya dalam era...

pelaburan emas atau saham
KEMAHIRANKEWANGAN

PELABURAN EMAS VS SAHAM: MANA LEBIH MENGUNTUNGKAN?

Dalam dunia kewangan, pelaburan merupakan langkah penting bagi mereka yang ingin mengembangkan...

pelaporan, data, pengurusan
KEMAHIRANKEWANGAN

TEKNOLOGI DAN AUDIT : TRANSFORMASI DIGITAL DALAM PROSES PENGAUDITAN

Dalam era digital yang pesat berkembang, teknologi telah mengubah hampir setiap aspek...

cara memilih komputer, komputer yang bagus digunakan
AWARENESSKEMAHIRAN

TIPS MEMILIH KOMPUTER UNTUK PENGEDITAN VIDEO ATAU GRAFIK

Dalam bidang kreatif seperti pengeditan video dan grafik, memilih komputer yang tepat...