Home BELOYA2U Program INKUBIZ: Inkubator Perniagaan Pelajar Cemerlang.
BELOYA2UKEMAHIRANKHALIFAH KHALIKTAMBAH ILMUTIPS USAHAWANTRAINERUSAHAWAN

Program INKUBIZ: Inkubator Perniagaan Pelajar Cemerlang.

Share
Share

Pada 28 Julai 2026 – telah berlangsung Program INKUBIZ: Inkubator Perniagaan Pelajar Cemerlang yang bertempat di Politeknik Kuching Sarawak. Program ini menampilkan penceramah iaitu Khalik bin Senak bersama pasukan Beloya2u dalam satu sesi perkongsian yang memberi fokus kepada asas serta potensi bidang keusahawanan dalam kalangan pelajar.

Program INKUBIZ merupakan satu inisiatif yang bertujuan memberikan pendedahan awal kepada para pelajar mengenai dunia perniagaan dan keusahawanan. Melalui sesi perkongsian ini untuk para pelajar berpeluang mendapatkan ilmu berkaitan pembangunan idea perniagaan, mengenal pasti peluang serta memahami kemahiran yang diperlukan untuk membina dan mengembangkan sesuatu perniagaan.

Selain perkongsian ilmu, program ini turut menjadi ruang kepada para pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri, mengembangkan kreativiti dan membentuk pemikiran yang lebih inovatif serta berdaya saing. Pendedahan seperti ini amat penting dalam membantu pelajar melihat keusahawanan sebagai salah satu platform untuk mencipta peluang serta membina masa depan yang lebih baik.

Sesi perkongsian yang berlangsung turut diserikan dengan interaksi bersama para pelajar, sekali gus mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih santai dan menarik. Perkongsian pengalaman serta pandangan daripada pihak Beloya2u diharapkan dapat membuka perspektif baharu kepada para pelajar dalam mengenali potensi diri dan meneroka peluang perniagaan yang boleh dikembangkan pada masa akan datang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Politeknik Kuching Sarawak atas jemputan kepada Beloya2u untuk bersama-sama menjayakan program ini. Semoga Program INKUBIZ dapat terus menjadi platform yang memberi inspirasi kepada para pelajar serta melahirkan generasi usahawan muda yang berani mencuba, kreatif dalam mencipta peluang dan mampu mencapai kejayaan pada masa hadapan.

Share

Leave a comment

Leave a Reply

Related Articles
BELOYA2UBESUSEYDUNIA

Burung Kenyalang: Simbol Kebanggaan Identiti Sarawak

Apabila menyebut Sarawak, antara simbol yang sering terlintas di fikiran ialah burung...

BAHASA IBANBAHASA SARAWAKBELOYA2UBESUSEYDUNIASARAWAK

Rentap: “Agi Idup Agi Ngelaban”, Semangat Pahlawan Sarawak

Sejarah Sarawak tidak pernah sunyi daripada kisah perjuangan tokoh-tokoh tempatan yang bangkit...

BELOYA2UBESUSEYDUNIASARAWAKTAMBAH ILMUTEMPATAN

SABAH DAN SARWAK: DUA NEGERI, SATU BORNEO

Borneo merupakan antara pulau yang mempunyai kekayaan sejarah, budaya dan alam semula...

PESTA DARO
AARON RAZISBELOYA2UKHALIFAH KHALIKTIPS USAHAWAN

PROGRAM USAHAWAN BELIA SEMPENA PESTA DARO

Pada 24 Julai 2026 – Program Usahawan Belia Sempena Pesta Daro 2026...