Home BESUSEY JENIS-JENIS HANTU DALAM KEPERCAYAAN MASYARAKAT IBAN SARAWAK
BESUSEY

JENIS-JENIS HANTU DALAM KEPERCAYAAN MASYARAKAT IBAN SARAWAK

Share
Share
Masyarakat IBAN adalah masyarakat Pribumi Di Sarawak. 
 
Seperti masyarakat lain kaum IBAN banyak menyimpan kisah2 seram berkaitan dengan hantu2 mengikut kepercayaan mereka.
 
Berikut ada 3 jenis hantu yang paling popular dan sinonim dengan masyarakat iban ini.

JENIS HANTU DARI SARAWAK

 

HANTU KOKLIR

 
(1) Antu koklir ini adalah asal dari jelmaan perempuan yang mati dalam keadaan selepas melahirkan atau semasa mengandung.
 
Mengikut kepercayaan orang iban perempuan yang mati semasa atau selepas melahirkan anak. 
 
Jika tidak di buat persiapan yang secukupnya dan pantang larang berkemungkinan besar perempuan yang mati itu menjelma menjadi Antu Koklir yang sangat tinggi.
 
Keganasan Antu Koklir ini juga sangat digeruni kerana dikatakan sangat suka memakan Biji Lelaki. dan sangat di takuti oleh kaum lelaki iban.
 
Antu koklir ini lebih kurang sama dengan hantu pontianak versi masyarakat melayu.
 

HANTU BUYU

 
(2) Antu Buyu ini antara yang paling popular yang Sering terjadi dalam masyarakat Iban.  Ia juga antara Antu yang paling kuat dan paling seram.
 
Antu Buyu ini adalah jelmaan dari binatang seperti kijang, buaya, kera atau pun ular.
 
Kadang-kadang menjelma sebagai seorang lelaki atau perempuan yang sangat kacak atau cantik parasnya bagi menggoda mangsa.
 
Ada pelbagai jenis lagi Antu Buyu. Ada jenis yang membunuh budak-budak kecik yang belom baligh.
 
Ada juga membunuh kanak-kanak perempuan yang belom akil baligh atau datang haid.
 
Mendamping atau menunang lelaki atau perempuan yang belom bekahwin.
 
Sehinggakan perempuan atau lelaki yang ditunang itu hidup dalam kecelaruan.
 
Menyendiri suka melakukan perbuatan yang menyakitkan diri sendiri dalam keadaan tidak sedar yang akhirnya akan membawa kepada kematian.

HANTU GERASI

 
(3) Antu yang digambarkan dengan fizikal yang sangat besar, tinggi serta sangat ganas.
 
Antu yang sangat di takuti Oleh pemburu yang masuk ke hutan kerana digambarkn mempunyai lidah yang panjang yang mampu membelit mangsa.
 
 Selalu menganggu orang yang masuk ke dalam hutan yang dalam atau kawasan gua- gua yang gelap.
Share

Leave a comment

Leave a Reply

Related Articles
BAHASA IBANBESUSEYDUNIAUncategorized

Sape Sarawak: Warisan Muzik Tradisional Masyarakat Orang Ulu.

Sape merupakan salah satu alat muzik tradisional yang terkenal di Sarawak dan...

BELOYA2UBESUSEYDUNIA

Burung Kenyalang: Simbol Kebanggaan Identiti Sarawak

Apabila menyebut Sarawak, antara simbol yang sering terlintas di fikiran ialah burung...

BESUSEYMEDIA DIGITAL KENYALANGSARAWAK

Menelusuri Sejarah Kota Kuching: Jejak Warisan Yang Penuh Cerita.

Kuching – bukan sekadar ibu negeri Sarawak, tetapi sebuah kota yang kaya...

BAHASA IBANBAHASA SARAWAKBELOYA2UBESUSEYDUNIASARAWAK

Rentap: “Agi Idup Agi Ngelaban”, Semangat Pahlawan Sarawak

Sejarah Sarawak tidak pernah sunyi daripada kisah perjuangan tokoh-tokoh tempatan yang bangkit...