Home BESUSEY MONYET BELANDA BIJAK BERKOMUNIKASI
BESUSEYKUCHING WETLAND

MONYET BELANDA BIJAK BERKOMUNIKASI

Share
Share


Hidupan yang terdapat di Taman Negara ini adalah Monyet Belanda. Bulunya berwarna kekuningan dan hidungnya seperti orang Belanda, itulah yang dipanggil monyet belanda.


Monyet belanda juga terdapat di Sabah yang sama spesies seperti di kawasan ini. Perbezaan spesies di kawasan ini yang saya tahu adalah mereka makan pucuk perepat.

Waktu monyet belanda ini akan kelihatan di sekitar perairan agak sukar juga untuk dijangka. Ia dijangka kelihatan antara jam 4 petang hingga 5 petang sekiranya air surut.

Jika waktu pagi, monyet belanda akan kelihatan pada jam 7 pagi dan ia akan makan pucuk perepat. 

Oleh sebab itu, para pelancong suka melihat monyet belanda di Taman Negara Kuching.

Taman Negara Kuching ini berdekatan dengan Gunung Santubong dan Gunung Kota. Kawasan Pulau Salak juga merupakan kawasan Taman Negara.

Selain daripada pucuk perepat, monyet belanda juga makan bunga durian. Jika monyet belanda ingin makan bunga durian, ia akan makan habis daripada sebatang pokok.

Monyet belanda ini jarang ingin berkawan dengan hidupan lain.

Hidupan lain di Taman Negara ini seperti Lutong(spesies monyet). Spesies ini berwarna kehitaman manakala monyet belanda berwarna kekuningan.

Seperti yang saya katakan, hidung monyet belanda ini seperti orang Belanda. Itulah yang diminati orang ramai pada masa sekarang.

Sekiranya anda ingin melihat monyet belanda, kebanyakan orang boleh membawa anda tetapi ia bergantung pada masa yang sesuai.

Monyet belanda jarang kelihatan apabila air pasang. Ia jarang kelihatan kerana terdapat sang buaya menanti di permukaan air.

Oleh sebab itu, monyet belanda jarang kelihatan ketika air pasang. Monyet belanda ini juga mengutamakan keselamatan diri.

Oleh itu, saya sering membawa para pelancong melihat monyet belanda apabila air surut. 

Tumbuhan yang terdapat di Taman Negara ini, kebanyakannya sudah habis dimakan oleh monyet belanda. 

Tumbuhan yang ia makan sekarang hanyalah pucuk perepat.

Berdasarkan pengalaman saya, saya pernah membawa orang China untuk melihat monyet belanda. 

Orang China itu bertanya, monyet belanda ini makan tumbuhan apa?

Saya kata spesies ini hanya makan pucuk perepat dan orang China itu bertanya lagi.

Itu kali pertama kami dari Koperasi Nelayan Semariang Berhad membawa orang China.

Mereka tanya, bolehkah mereka makan pucuk perepat itu? 

Saya kata jika haiwan seperti monyet boleh makan, sudah tentu manusia juga boleh makan.

Pesanan saya, jika anda ingin melihat monyet belanda, haruslah pada masa dan paras air yang sesuai.

Kadang-kadang apabila kita pergi pada masa dan paras air yang sesuai, monyet belanda juga jarang kelihatan. Ia terpulang kepada nasib kita sendiri.

Tetapi jika anda bernasib baik, kadang-kadang banyak monyet belanda yang akan kelihatan. 

Monyet belanda ini adalah spesies yang tidak agresif dan ia juga spesies yang ada budi bicara.

Berdasarkan pengalaman saya di kawasan Taman Negara ini, terdapat peristiwa yang saya sendiri pernah alami.

Ketika itu saya sedang melalui kawasan Kuching Wetland dan saya terlihat monyet belanda itu sedang berenang untuk ke seberang sungai.

Maksudnya, dari seberang sungai ke seberang sungai yang lain. 

Selepas itu, monyet belanda itu mengangkat tangannya.

Saya juga hairan mengapa monyet belanda itu mengangkat tangannya kepada saya. 

Saya terfikir mungkin ia ingin ke seberang sungai dan saya terus memberhentikan kapal saya.

Saya mendekati monyet belanda itu dan apabila saya mendekatinya, ia terus naik ke atas kapal saya. 

Apabila ia sudah naik ke atas kapal saya, saya terus bawa kapal ke tepi sungai berdekatan dengan pokok-pokok.

Ketika monyet belanda itu sudah naik ke atas pokok, anda ingin tahu apa yang unik sehingga saya tidak dapat lupakan? 

Ia sekali lagi mengangkat tangannya kepada saya.

Maksudnya, monyet belanda adalah spesies yang pandai berbahasa dan berterima kasih kepada kita.

Anda ingin tahu mengapa ia berterima kasih kepada kita? 

Jika kita tidak menyelamatkan monyet belanda itu, ia mungkin akan dimakan oleh sang buaya.

Saya tahu kerana saya sendiri telah mengalami peristiwa itu.

Pesanan saya kepada para pelancong dan penduduk tempatan, suatu hari nanti, spesies monyet belanda ini akan pupus.

Dahulu kala, pada waktu petang, monyet belanda ini kelihatan banyak berwarna kekuningan di atas pokok tetapi pada masa sekarang, ia mula berkurangan.

Oleh sebab itu, hidupan seperti ini janganlah ditembak. Marilah kita mengekalkan ia sebagai aset untuk negara.

Janganlah kita menyeksa monyet belanda. Kita juga tiada tarikan untuk para pelancong dari luar negara jika monyet belanda ini pupus.

Kita harus menjaga aset ini supaya ia kekal untuk selama-lamanya. Marilah kita bersama-sama memelihara monyet belanda ini.

header ads
Share

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles
AARON RAZISBESUSEY

RAMADAN BUFET NOSTALGIA KAMPUNGKU BY SERAPI

RAMADAN BUFET NOSTALGIA KAMPUNGKU BY SERAPI Bersempena dengan bulan Ramadan pada tahun...

AARON RAZISBESUSEY

JUH BERAMBEH RAIA BUFFET

Mulakan Kembara Kulinari dengan ‘JUH BERAMBEH RAIA BUFFET’ di Raia Hotel &...

BESUSEYHIBURAN

APAKAH CIRI-CIRI LELAKI YANG MENYEBABKAN KEBANYAKKAN WANITA JATUH CINTA?

Dalam dunia cinta, terdapat misteri yang abadi mengenai apa yang sebenarnya membuat...

BESUSEYHIBURANMOTIVASI

MENGAPA WANITA SUKAR MENGAWAL EMOSI?

Emosi merupakan aspek penting dalam kehidupan manusia, dan dalam konteks ini, fokus...