Pada 07 November 2026 – Program Sarawak Emerging Entrepreneurs Drive (SEED) Lawas telah berlangsung di Lawas Digital Innovation Hub,Lawas.
Program ini dikendalikan oleh dua orang tenaga pengajar berpengalaman, iaitu Coach Khalik dan Coach Wan Hazel dengan sokongan dua orang fasilitator Cik Ninie dan Cik Jeje yang turut membimbing peserta sepanjang sesi pembelajaran dan aktiviti yang dijalankan.
Program ini bertujuan membantu usahawan tempatan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam mengurus serta mengembangkan perniagaan secara lebih sistematik dan berdaya saing, khususnya melalui pendedahan kepada pengurusan kewangan dan penggunaan teknologi digital dalam pemasaran.
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti dua modul utama, iaitu Accounting for Small Business yang memberikan pendedahan kepada asas pengurusan kewangan dan perakaunan bagi perniagaan kecil, serta AI Marketing yang memfokuskan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam merancang dan meningkatkan strategi pemasaran perniagaan.
Diharapkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan serta diaplikasikan oleh para peserta dalam mengembangkan perniagaan masing-masing ke arah pengurusan yang lebih cekap, inovatif dan berdaya saing.
Regatta Sarawak 2026: Sungai Sarawak Kembali Bergelora Sungai Sarawak bakal kembali bergelora...
Ada hari kita bangun dengan semangat. Banyak perkara terasa mudah untuk dilakukan,...
“Kegagalan adalah peluang untuk memulakan lagi dengan lebih bijak” -Henry Ford Kegagalan...
Leave a comment