Berhadapan dengan kamera bukanlah perkara yang mudah sesetengah orang. Live stream di facebook kadangkala kekok kerana belum biasa. Perhatikan perkataan belum biasa. Bagaimana untuk menjadi biasa. Untuk menjadi biasa, anda perlu lakukan secara berulang dan akhirnya anda akan biasa.
BERIKUT ADALAH LANGKAH-LANGKAH DAN TIPS LIVE STREAM
STRUKTURKAN PEMBENTANGAN
Terlebih dahulu anda perlu menyediakan struktur pembentangan yang akan dibuat semasa live stream walaupun pada bahagian tertentu anda lakukan dengan spontan. Sekurang-kurangnya anda tahu arah manakah anda hendak membawa penonton anda. Anda membawa pengalaman dan ilmu yang menarik maka anda akan akan mencipta penonton setia.
TAJUK YANG MENARIK
Anda perlu memikirkan tajuk yang menarik untuk live stream. Tajukkan memukau mata memandang yang mencetus rasa ingin tahu bakal penonton. Untuk membuat tajuk yang menarik, anda sekurang-kurangnya faham kemahiran surat jualan (copywriting). Anda boleh rujuk di artikel Teknik Copywriting Kuasa Empat untuk sedikit kefahaman bagaimana membuat tajuk yang menarik.
KOLABORASI
Bahagian ini adalah bahagian agak penting bagi membesarkan lagi rangkaian penonton. Anda mempunyai penonton anda sendiri dan anda boleh besarkan penonton dengan membawa orang lain untuk live stream bersama. Mereka mempunyai penonton mereka sendiri.
Dari sini maka, anda boleh membina jenama live stream anda. Pastikan anda membuat struktur yang menarik untuk membina penonton yang setia.
MAKLUMAN DAN IKLANKAN
Sebelum membuat live stream. Anda disarankan untuk memberi makluman kepada bakal penonton anda dalam bentuk teks, gambar atau video. Gunakanlah apa sahaja medium yang boleh membantu bakal penonton untuk menonton live anda.
Maklumat ini anda boleh iklankan di Facebook page, facebook personal, facebook story, whatsapp, whatsapp story, instagram, insta story dan sebagainya. Saya sendiri kebanyakkannya mengunakan iklan dalam bentuk gambar supaya mudah untuk dimuat naik mana-mana platform.
KELAJUAN INTERNET
Anda semak kelajuan internet anda bagi memastikan semasa anda live stream, tiada gangguan atau masalah. Internet yang lambat akan menyebabkan live stream anda terputus atau tersangkut. Perkara ini boleh menyebabkan anda hilang penonton. Anda boleh menggunakan browser fast.com atauk aplikasi oklaa untuk menyemak kelajuan internet.
Kelajuan sekurang-kurangnya 2mbps upload speed. Kalau lebih dari itu lagi bagus. Pastikan anda menyemak kelajuan muat naik. Banyak orang keliru antara kelajuan muat naik dan muat turun. Semak betul-betul ya.
Lakukan dengan berkala bagi memastikan kestabilan internet dalam keadaan baik. Internet ni kadang macam hantu. Ada sudut tertentu kelajuan nya macam malaikat dan sudut lain kelajuan nya macam hantu. Anda harus bijak memilih sudut yang mempunyai kelajuan internet bagai cahaya. kononnya.
JADI DIRI SENDIRI
Kebanyakkan orang kekok untuk live stream kali pertama. Perasaan malu dan gementar itu biasa. Practice make perfect. Lakukan sahaja, jangan tunggu sempurna. Jadilah diri sendiri. Cuma bahasa sahaja perlu dijaga agar tidak menyentuh sensitiviti masyarakat.
INTERAKSI
Kebiasaannya live di facebook personal, anda perlu berinteraksi dengan penonton. Beza mengguakan facebook page. Kebanyakkan facebook page live stream tidak berinteraksi dengan penonton kecuali matlamat live stream adalah untuk berinteraksi dengan penonton.
Facebook page beloya2u live stream adalah bertujuan untuk menyampaikan maklumat dan teknik interaksi adalah pada live akan datang. Ada kala jika berkesempatan live stream beloya2u akan membaca komen penonton. Komen hanya dibaca di fb page beloya2u. Live stream beloya2u dipancarkan sehingga 80 fb page usahawan lokal atau dengan erti kata lain. FB page beloya2u berkolaborasi dengan 80 fb page usahawan lokal.
PERCUBAAN
Anda boleh membuat percubaan live dengan keadaan setting privacy > only me. Hanya anda sahaja dapat menonton. Ini bertujuan untuk mengenalpasti audio dan video dalam keadaan seperti yang anda kehendaki.
Saya sarankan anda menggunakan kaedah Horizontal atau dengan erti kata lain video dalam keadaan melintang. Ini kerana, kaedah ini boleh meningkatkan luas paparan live stream. Jangan live stream menggunakan facebook story. Gunakan post live stream.
Selain daripada itu, dengan kaedah tersebut anda boleh memuat turun live stream tersebut untuk dijadikan video di channel youtube anda. Gunakan tripod, mikrofon atau monopod bagi memudahkan anda bergerak atau statik.
Live stream menggunakan laptop lebih profesional berbanding telefon bimbit. Tetapi ini semua bergantung kepada kesesuaian dan keadaan. Anda gunakan apa sahaja yang mudah bagi anda.
KONSISTEN LIVE
Pastikan anda konsisten live stream atau buat ketetapan atau kebiasaan masa anda live stream. Konsisten live stream adalah bertujuan untuk memperbaiki kaedah live stream dengan pengalaman, menambah penonton setia dan meningkatkan jumpa tontonan.
Saya masih ingat lagi semasa saya mula-mula buat live dahulu. Penonton saya hanya sekitar 50 hingga 100 orang sahaja. Berbanding hari ini sudahpun mencapai sehingga 6k+ tontonan. Mungkin nombor ini kecil bagi sesetengah orang. Tapi ia merupakan percapaian terbaik bermula dari sekecil nombor sehingga dapat nombor besar.
CADANGAN MENARIK AKAN DATANG
Cuba dapatkan cadangan atau maklumbalas atau pandangan dari penonton anda atau kawan atau sesiapa sahaja yang menonton live stream anda. Data ini bertujuan untuk anda membuat sesuatu yang lebih menarik pada live stream akan datang.
Selain itu, jangan lupa maklumkan semasa akhir live stream tajuk live stream akan datang yang lebih menarik dan big why untuk penonton harus menonton.
LAIN-LAIN
Terdapat pelbagai kaedah live stream. Kebanyakkannya menggunakan telefon bimbit sahaja. Kalau menggunakan telefon bimbit. Anda boleh menggunakan facebook frame untuk mencipta logo di paparan live stream atau anda boleh reka lower third untuk nampak lebih kreatif.
Namun begitu, menggunakan telefon bimbit, anda tidak mempunyai banyak pilihan berbanding menggunakan laptop.
Jika anda berminat untuk live stream bersama beloya2u anda boleh pegi ke artikel DAFTAR MENGIKUT LIVE DI FACEBOOK PAGE BELOYA2U.
Leave a comment