Home TIPS USAHAWAN 5 PERBEZAAN ANDA BLOGING DENGAN YOUTUBER
TIPS USAHAWAN

5 PERBEZAAN ANDA BLOGING DENGAN YOUTUBER

Share
Share

beza blogger youtube

 APAKAH PERBEZAAN BLOGING MENGGUNAKAN BLOGSPOT DAN MENJADI YOUTUBER?

Banyak persoalan yang ditanya berkaitan perkara ini. Semua tahu, dominasi paling tinggi adalah menjadi YOUTUBER kerana populariti dan dikenali serta kekuatan dan kekukuhan jenama boleh dilakukan dengan YOUTUBE. Kemahiran untuk mejadi youtuber bukan sekadar hanya pandai membuat rakaman tetapi lebih daripada itu.
Untuk menjadi Blogger pula, anda perlu pandai menulis dan menyusun ayat. Ada yang akan kata untuk menulis bukan suatu perkara yang mudah. Tetapi bagi saya, ianya akan mudah sekiranya anda rajin membaca dan menelaah ilmu yang hanya di hujung jari.
UNTUK USAHAWAN PULA – Saya lebih sarankan usahawan menggunakan blog untuk memperkukuhkan jualan dan melahirkan lebih banyak pelanggan. Melalui blog Usahawan boleh membuat jualan dengan menyediakan payment gateway dan borang tempahan percuma berbanding youtube yang terlalu rumit untuk disediakan. Namun begitu, jangan terus menolak untuk membuat youtube kerana youtube boleh di tanam ke dalam blog anda.
Saya senaraikan 5 perbezaan antara blogger dan youtuber dari perspektif saya. Anda nilaikan sendiri apa yang akan sampaikan. Jom… Semoga mafaat.

PENYEDIAAN BAHAN

Youtuber – Penyediaan bahan untuk youtuber adalah dengan rakaman video dan editing dan sedikit kemahiran Google analitik. Rakaman video mempunyai teknik yang perlu anda pelajari dan selepas itu teknik edit juga bukan suatu yang mudah. Terdapat banyak jenis perisian dan perisian yang terbaik adalah adobe premier.  Kebanyakkan orang akan tersangkut bahagian membuat editing video. Penghasilan video yang menarik tergantung kepada teknik mengambil video dan teknik editing.
Blogger – Bahan untuk blogger pula berbeza sama sekali dengan youtube. Blogger memerlukan anda mempunyai kemahiran penulisan dan sedikit kemahiran grafik. Kemahiran penulisan perlu dipupuk dengan amalan membaca selain dengan pengalaman yang sedia ada. Grafik pada masa sekarang semakin mudah. Antara perisian yang memudahkan anda membuat rekaan grafik adalah menggunakan CANVA.

MONETIZATION (KELAYAKKAN PENDAPATAN DIGITAL)

Youtuber – Juga digelar sebagai youtube partner. Untuk melayakkan anda menjadi youtube partner. Anda perlu memiliki 1000 subscriber dan 4000 jam tontonan keseluruhan video anda dalam tempoh 365 hari. Yang pasti, bahan yang anda sediakan hendaklah memenuhi kreteria youtube. Tidak boleh mengunakan muzik atau video orang lain. Mungkin anda pernah berjumpa channel youtube yang menggunakan muzik orang lain atau video orang lain. Channel tersebut sebenarnya berisiko untuk ditutup oleh youtube atau segala pendapatan yang dihasilkan dari video tersebut dimiliki oleh pengkarya asal atau jika bernasib baik, Pengkarya tersebut sudi berkongsi hasil dan yang lebih sadis. Pengkarya tersebut mengarahkan video dipadam dari channel tersebut.
Blogger – Blog anda boleh mendaftar dengan Google AdSense. Kongsep yang sama dengan youtube. Anda harus mengikuti garis panduan komuniti yang disediakan oleh Google. NAMUN BEGITU. Anda tidak tertakluk kepada Google sahaja. Anda boleh menggunakan provider iklan lain seperti Nuffnang, Adword dan sebagainya. Boleh dikatakan ANDA BOLEH MONETIZE pada saat anda mencipta blog.
Anda juga boleh menggunakan program AFFILIATE untuk menjana pendapatan digital melalui Youtube dan Blogger.

ENJIN CARIAN GOOGLE/SEARCH ENGINE OPTIMIZATION (SEO)

Youtube – Merupakan kedua terbesar dalam ranking carian pengguna. Namun begitu, ianya bergantung kepada tajuk dan diskripsi video yang dimuat naik selain daripada kecenderungan durasi tontonan pengguna internet dan viraliti video tersebut.
Blogger  – Pastinya kata kunci banyak tertanam dalam penulisan anda. Anda hanya perlu memahami penggunaan header dan sub-header. Jangan terlalu gelojoh menggunakan kata kunci. Penulisan anda haruslah memberi mafaat kepada pembaca. Blog anda lebih mudah untuk berada dalam carian google dengan syarat penulisan anda memberi mafaat kepada pembaca dan pembaca tidak bosan membaca.

BAHAN (CONTENT)

Youtube – Bahan untuk youtube adalah dalam bentuk video sahaja dan sedikit perkataan untuk bahagian tajuk dan diskripsi. Beberapa tahun ini. Youtube telah menyediakan ciri baru iaitu youtube story yang membenarkan pengguna berkongsi gambar dan video beberapa saat.
Blogger – Bahan dalam bentuk perkataan, gambar dan video. Sudah pastinya dalam bentuk perkataan lebih utama kerana blogger lebih kepada aktiviti penulisan.

CIRI-CIRI

Youtuber – Seperti yang diketahui umum ciri-ciri youtube adalah penyampaian melalui video. Di dalamnya terdapat channel art atau tekini dikenali sebagai header untuk mempamerkan jenis channel, thumbnail untuk memaparkan grafik video, subject untuk tajuk video yang dimuat naik, particular penerangan ringkas tentang video, Customize Channel untuk reka tampak channel, Manage video untuk menguruskan video, Audio library untuk muzik percuma dan pelbagai ciri yang mungkin rumit untuk diterangkan di sini.
Blogger – Antara ciri-ciri yang terdapat dalam blogger adalah post untuk membuat artikel, page untuk membina informasi statik, layout untuk rekaan duduk blog, favicon untuk logo di dalam tab browser, Theme untuk rupa bentuk blog, setting untuk pengurusan blog, statistik untuk melihat trafik blog dan pelbagai lagi ciri di dalam setiap ciri yang saya tunjukkan.

KESIMPULAN

Untuk usahawan disarankan lebih menggunakan blog dan seterusnya menggunakan Youtube sebagai wadah untuk membuat promosi dan menjana pendapatan melalui digital. Kalau ditanya mengapa?. Anda boleh menjual produk anda lebih cepat dengan blog berbanding youtube. Anda boleh meletakkan payment gateway menggunakan blog manakala youtube tidak kemas.
Dan yang lebih penting. Usahawan lebih nampak profesional menggunakan blogger. Untuk mengetahuan. beloya2u yang anda baca ini berasal dari blogspot.
SEKIAN

header ads
Share

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles
rugi dah pasti dan untung belum tentu, ragam usahawan
AWARENESSTIPS USAHAWAN

PELAJARAN KEJATUHAN TUPPERWARE

Tupperware, satu jenama yang pernah menjadi simbol kejayaan dalam industri produk plastik...

alatan digital untuk perniagaan
TIPS USAHAWAN

ALAT DAN APLIKASI PENTING UNTUK USAHAWAN DIGITAL

Dalam dunia yang semakin digital, usahawan perlu memanfaatkan pelbagai alat dan aplikasi...

CABARAN BESAR USAHAWAN KECIL
KEWANGANTIPS USAHAWAN

KEWANGAN MIKRO

Kewangan mikro adalah satu konsep yang merujuk kepada penyediaan perkhidmatan kewangan, seperti...

KEMAHIRANMOTIVASITAMBAH ILMUTIPS USAHAWAN

VISI DAN INSPIRASI KABOOM SETELAH TAWAN PUNCAK ARAS LOGIK

Sebagai usahawan anda mungkin pernah berasa buntu dan tidak berdaya untuk berfikir...