Home KEMAHIRAN BAGAIMANA MEMOHON LESEN PERNIAGAAN DI LHDN
KEMAHIRANPRODUK

BAGAIMANA MEMOHON LESEN PERNIAGAAN DI LHDN

Share
Share

Topik kali ini saya berkongsi pendaftaran perniagaan jenis milikan tunggal dan perkongsian

Jenis pendaftaran ini juga dikenali sebagai sole-prop.
 
Pendaftaran LHDN hanya terpakai untuk peniaga di kawasan Kuching sahaja. Untuk kawasan luar dari Kuching. Anda boleh membuat pendaftaran perniagaan di Pejabat Daerah terdekat.
 
 
LHDN Kuching Sarawak berada di Wisma Ting Pek Khiing. Bersebelahan dengan UTC. Beralamat di:
 
Wisma Ting Pek Khiing, Aras 2-4, 6-8, 10-12A, ., No.1, Jalan Padungan, Sarawak, 93100 Kuching
 
Sebelum anda membuat pendaftaran perniagaan. Beberapa perkara perlu ada sediakan iaitu:
  1. Tiga Nama perniagaan
  2. Bidang perniagaan
  3. Alamat perniagaan
  4. Salinan kad pengenalan
  5. Salinan perjanjian sewaan alamat (jika menyewa)
  6. Salinan pemilikan bangunan. (jika pemilik bangunan)
 
Tiga nama perniagaan perlu disediakan kerana mungkin antara nama yang dipilih tidak dapat di daftarkan kerana sudah pun digunakan orang lain. Nama perniagaan menurut pengalaman saya. Nama tidak boleh campur bahasa english dan bahasa malaysia ataupun bahasa tempatan. Selain itu, nama tidak boleh mengandungi unsur-unsur keganasan atau hampir sama dengan tanda kerajaan Malaysia atau kerajaan Negeri.

daftar perniagaan LHDN

Bidang perniagaan adalah bahagian paling kritikal. Terdapat beberapa bidang memerlukan sijil pengesahan kemahiran atau kebolehan seperti ICT dan Menyediakan latihan. Selain itu, terdapat juga bidang memerlukan anda memohon kebenaran dengan pihak polis, bomba, kementerian kesihatan dan pelbagai lagi agensi. Pastikan anda kenalpasti keperluan ini.
 
Alamat perniagaan pula perlulah berstatus “premis perniagaan” (shoplot) dan bukan “ruang kediaman” (residential). Perkara ini adalah melalui pengesahan dari Perjabat Land and Survey. Surat pengesahan ini perlu dibawa semasa pendaftaran dibuat.
 
Jika anda rasa tidak ada masa untuk menyediakan terlalu banyak dokumen ini dan menghadapi masalah tiada alamat perniagaan. Anda boleh mendapatkan perkhidmatan usahawan yang menyediakan perkhidmatan pendaftaran perniagaan. Tekan butang di bawah untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.
 
 
[klik untuk daftar]
Share

Leave a comment

Leave a Reply

Related Articles
BELOYA2UKEMAHIRANKHALIFAH KHALIKUSAHAWAN

PROGRAM BELIA GOBIZ SAMARAHAN@ASAJAYA 2026

Pada 9 Mei 2026 – Program Belia GoBiz Samarahan @ Asajaya anjuran...

SME DIGITISE SAMARAHAN
JANA PENDAPATANKEMAHIRANKEWANGANSME DIGITISE

MODUL 3 : Memacu Kejayaan Usahawan Dengan Pendekatan Pratikal Dan Strategik (SMEDS)

15 MAC 2026 –  Program ini telah berlangsung di Think Big sebanyak...

SME DIGITISE KUCHING
JANA PENDAPATANPRODUKTIPS USAHAWANTRAINER

MODUL 3 : Memperkukuh Asas Dan Strategi Perniagaan Usahawan(SMEDK)

14 Mac 2026 – Program ini berlangsung di Makerspace Ramai. Modul 3 ini...