Home BESUSEY KENANGAN CARA MEMANGGIL ANGIN ZAMAN KANAK-KANAK DI SEMATAN
BESUSEY

KENANGAN CARA MEMANGGIL ANGIN ZAMAN KANAK-KANAK DI SEMATAN

Share
Share

Zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling menyeronokkan. Tidak perlu bimbang tentang komitmen kehidupan.

 
Tetapi terpaksa akur dan patuh dengan arahan orang tua. Dibatasi dengan bersekitaran yang sudah disediakan orang tua.
 
Zaman kanak-kanak mungkin kebanyakkan kita berimpian untuk segera dewasa. Kerana ingin bebas ke mana sahaja.
 
Tetapi apabila dewasa. Kita rindu dengan Zaman kanak-kanak yang tidak perlu memikirkan masalah Dan komitmen.
 
Aktiviti yang paling menyeronokkan Zaman kanak-kanak pada Zaman 80an ke 90an adalah aktiviti bola sepak, seremban, jengkek, way Dan sebagainya.
 
Paling gila adalah main perang-perang menggunakan biji getah. Kalau kena pada badan. Sakitnya boleh menyebabkan menangis.
 
Aktiviti yang memerlukan angin pada zaman kanak-kanak adalah seperti bermain wau, kertas terbang Dan buih.
 
Jika tiada angin. Maka permainan tersebut jadi tidak menyeronokkan. Entah dari mana amalan asal memanggil angin yang dibuat semasa kecil pun saya tak tahu.
 
Apabila tiada angin atau kurang angin. Semua kanak-kanak yang bermain akan memekik.

cara memanggil angin

 

Oooo nek si’ot tulong tiup angin. Oooo nek si’ot tulong tiup angin.

Dan berterusan sehingga hembusan angin kuat untuk bermain. Kebetulan lokasi Sematan di pesisir PANTAI yang mengadap laut Cina Selatan.
 
Maka hembusan angin akan kuat sekali-sekala.
 
Asal usul kaedah memanggil angin tidak dapat dipastikan dari mana. Tetapi aktiviti memekik memanggil angin juga merupakan aktiviti yang menyeronokkan.
 
Memanggil dengan suara seirama dan nyaring. Bagai menyanyi untuk berhubung dengan alam.
 
Kalau ditanya. Ada kesan ATAU tidak kaedah memanggil angin dengan cara tersebut. Saya boleh katakan 80%.
 
Setelah dewasa. Saya berpendapat, semuanya adalah kebetulan dan disebabkan lokasi berdekatan dengan laut.
Share

Leave a comment

Leave a Reply

Related Articles
BAHASA IBANBESUSEYDUNIAUncategorized

Sape Sarawak: Warisan Muzik Tradisional Masyarakat Orang Ulu.

Sape merupakan salah satu alat muzik tradisional yang terkenal di Sarawak dan...

BELOYA2UBESUSEYDUNIA

Burung Kenyalang: Simbol Kebanggaan Identiti Sarawak

Apabila menyebut Sarawak, antara simbol yang sering terlintas di fikiran ialah burung...

BESUSEYMEDIA DIGITAL KENYALANGSARAWAK

Menelusuri Sejarah Kota Kuching: Jejak Warisan Yang Penuh Cerita.

Kuching – bukan sekadar ibu negeri Sarawak, tetapi sebuah kota yang kaya...

BAHASA IBANBAHASA SARAWAKBELOYA2UBESUSEYDUNIASARAWAK

Rentap: “Agi Idup Agi Ngelaban”, Semangat Pahlawan Sarawak

Sejarah Sarawak tidak pernah sunyi daripada kisah perjuangan tokoh-tokoh tempatan yang bangkit...