Home BESUSEY MUSIM KETAM SURI DI SEMATAN SARAWAK
BESUSEYSARAWAK

MUSIM KETAM SURI DI SEMATAN SARAWAK

Share
Share

Banyak orang keliru antara ketam Suri Dan ketam Bakau. Rasa, bentuk Dan habitat kedua-dua ketam ini berbeza.

Ketam Suri adalah ketam yang berenang di laut. Manakala ketam Bakau, habitatnya di kawasan Bakau.
Rasa ketam Suri lebih MANIS berbanding ketam bakau Dan bentuk Serta warna juga berbeza.

Saya sekarang berada di Sematan. Yang terkenal dengan ketam goreng. Sesiapa yang datang ke Sematan, rugi kalau tak merasai ketam goreng.
Harga ketam Suri berbeza-beza bergantung kepada lokasi. Harga ketam Suri jika dibeli TERUS dengan nelayan jauh lebih murah Dari pasaran.
Harga sekilo ketam Suri gred A adalah RM25.00. Harga yang di ambil Dari nelayan yang baru datang Dari laut.
Kalau beli kat pasar. Kebiasaanya dijual dengan harga lebih kurang RM40 sekilo untuk gred A. 
Manakala Gred B dijual dengan harga RM30 sekilo Dan gred C RM20 sekilo. Gred berdasarkan saiz ketam. Semakin besar. Semakin banyak isi.
Gred A kebiasaanya 4 ekor untuk berat sekilo. Gred B 6 ekor sekilo Dan Gred C 9 ke 10 ekor sekilo.
Harga bergantung kepada kenaikan harga minyak petrol di pasaran. Petrol merupakan kos langsung nelayan yang menjaring ketam Suri.
Ketam Suri pada pandangan saya lebih sedap kalau direbus. Rasa manisnya lebih segar. Selain itu, ketam Suri sedap kalau masak Merah.
Lokasi untuk menangkap ketam Suri di sekitar pulau berdekatan dengan Sematan Dan Telok Melano.
Jaring yang digunakan nelayan adalah Jenis jaring 3 lapis. Bersesuaian untuk menangkap ketam Dan udang.
Kebiasaanya nelayan akan sambai di jeti lebih kurang pada pukul 11 pagi. Pada waktu tersebut anda boleh mendapatkan ketam segar.
Di Sematan, ketam Suri tidak bermusim. Tetapi bergantung kepada keadaan cuaca. Kalau gelombang besar Maka nelayan tidak akan turun ke laut.
header ads
Share

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles
bowling, beloya2u, sarawak
BELOYA2USARAWAK

PERTANDINGAN BOWLING

2 November 2024 – Pertandingan Bowling yang diadakan di Riverside Bowling, Kuching...

BELAJAR BAHASA BIDAYUH SARAWAK PADAWAN
BELAJAR BIDAYUHKEMAHIRANSARAWAK

BELAJAR BAHASA BIDAYUH PADAWAN ( BIATAH )

  Bidayuh adalah antara komuniti terbesar di Sarawak dan kebanyakkan orang Sarawak...

MARA DIGITAL BIZSARAWAK

JELAJAH USAHAWAN SARAWAK KE KUALA LUMPUR

Jelajah Usahawan Sarawak ke Kuala Lumpur membuka peluang baharu untuk mempromosikan produk...

SARAWAK

MERENTASI ZAMAN: KEKALKAN KEBUDAYAAN MASYARAKAT ORANG ASLI DI SARAWAK

Sarawak, negeri terbesar di Malaysia yang terletak di Pulau Borneo, terkenal dengan...