Koperasi adalah badan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Antara agensi lain yang membantu koperasi adalah seperti Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa)
Dan institut Koperasi Malaysia (IKMA) yang membantu menyalurkan ilmu pengurusan koperasi.
Koperasi mempunyai potensi tinggi untuk membangun jika penglibatan anggota tinggi dalam koperasi tersebut.
Berikut adalah idea mendigitalkan koperasi pada tahap minimum
PENGURUSAN
Antaranya menguruskan data pelanggan, dokumentasi, sistem cloud (awan) dan sebagainya.
Data pelanggan atau pembekal atau pengeluar boleh dibuat menggunakan Google Form. Google form percuma dan boleh di ekses menggunakan Telefon bimbit.
Dokumentasi seperti penyata bank, resit, surat, invois dan sebagainya boleh disimpan di dalam cloud serta disusun dengan rapi menggunakan folder.
Antara cloud yang popular adalah seperti Google Cloud, Dropbox, Amazon dan sebagainya.
Kata kunci:
- Borang atas talian
- Google Drive
KOMUNIKASI
Beberapa tahun kebelakangan ini. Kebanyakkan agensi kerajaan dan swasta sudah mempraktikkan email berbanding mesin faks.
Kaedah mesyuarat juga banyak berubah. Kaedah tidak memerlukan anda memandu ke tempat mesyuarat.
Mesyuarat boleh dibuat melalui atas talian menggunakan Google meet, Webex, Zoom dan sebagainya.
Gambar, video, teks, dokumen, animasi gif dan sebagainya dapat dikongsi dengan pantas melalui Whatsapp, telegram, messenger dan sebagainya.
Kata kunci:
- Zoom
- Telegram
PERAKAUNAN
Sistem perakaunan menggunakan sistem awan (cloud) yang membenarkan audit dalaman menyemak transaksi bila-bila masa dan di mana sahaja asalkan ada talian internet.
Data dan catatan perakaunan di simpan di dalam awan (cloud). Tidak perlu risau jika komputer rosak atau diserang virus.
Antara perisian yang boleh digunakan seperti MYOB, Quickbook dan sebagainya.
Koperasi menerima bayaran tanpa tunai atau disebut sebagai cashless. Menggunakan sistem duitnow, Spay, Boost dan sebagainya.
Kaedah yang lebih Selamat dalam melakukan transaksi dengan pelanggan tanpa bimbang dengan isu duit palsu atau duit keciciran.
Transaksi jualan menggunakan laman e-dagang seperti shopee, lelong, taobao dan sebagainya.
Pelanggan membeli produk secara atas talian. Ini akan menjimatkan masa dan mempercepatkan proses transaksi jualan.
Bagi yang terlibat dengan perkhidmatan seperti homestay, boleh melibatkan diri dengan sistem Agoda, Oyo, Sarawak Hotel dan sebagainya.
Terdapat pelbagai platform boleh digunakan untuk membuat jualan secara automasi.
Kata kunci:
- automasi jualan
- bayaran atas talian
- cashless
PROFILE/PORTFOLIO
Menggunakan laman web koperat, e-dagang atau blog. Menyimpan informasi aktiviti koperasi.
Profile dan portfolio juga boleh dibuat menggunakan laman sosial seperti Facebook. Kemaskini aktiviti melalui posting dan susun gambar menggunakan album.
Kaedah ini membantu bakal pelanggan dan pembekal mengenali koperasi. Ini bertujuan meningkatkan keyakinan mereka untuk berurusan dengan koperasi.
Kata kunci:
- Laman web
- Laman sosial
PENGIKLANAN/PROMOSI
Kaedah konvensional adalah menggunakan risalah, surat Khabar, kad, banner, banting dan sebagainya. Ianya bertujuan menyampaikan maklumat kepada bakal pelanggan.
Kaedah tersebut masih releven dan koperasi boleh terus menggunakannya jika ianya memberi kesan yang baik kepada organisasi.
Pada masa sekarang. Pasukan markerter banyak membuat mengiklanan dan promosi menggunakan Facebook ads dan Google AdWords.
Antara kaedah pengiklanan yang hanya muncul jika pelanggan tersebut berpotensi berdasarkan aturan iklan dari segi umur, jantina, lokasi, demografi dan sebagainya.
Kos minimum iklan adalah RM150/sebulan bergantung kepada objektif iklan. Antaranya adalah kesedaran (awareness), pertimbangan (consideration) dan penukaran (conversation).
Kata kunci:
- Google AdWords
- Facebook ads
SISTEM IOT
Internet Of Thing, Sistem yang boleh dilaksanakan di pejabat, mesin atau sistem perladangan serta pertanian.
Sistem automasi, contohnya menutup lampu secara automatik apabila tidak ada orang di pejabat.
Sistem pembajaan atau kawalan suhu secara automatik berjadual. Penyejukkan akan berlaku jika terlalu panas dan begitu juga sebaliknya.
Mengira jumlah binatang ternak dengan artificial intelligence secara automatik.
Untuk mendapatkan teknologi ini. Koperasi perlu bekerjasama dengan agensi seperti Telekom Malaysia dan badan-badan yang berpengalaman.
Kata kunci:
- Sistem automasi
- Artificial intelligence
Leave a comment