Home BERITA SEMASA PELUANG KERJAYA DALAM EDUCATION AND CAREER FAIR DI TAPAH SERIAN
BERITA SEMASATEMPATAN

PELUANG KERJAYA DALAM EDUCATION AND CAREER FAIR DI TAPAH SERIAN

Share
Share
Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Sarawak (MEITD) akan menganjurkan Program “Education and Career Fair 2022” di Dewan Masyarakat Tapah, Serian. 
Program tersebut akan diadakan pada 09 hingga 10 September 2022, mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Majlis Perasmian program tersebut akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Roland Sagah Wee Inn, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Sarawak. 
Perasmian tersebut pada 09 September 2022 (Jumaat) pada jam 11.00 pagi. 
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar, belia dan ibubapa
berkenaan dengan kursus atau program yang ditawarkan oleh institusi awam
Selain itu, ia akan mendedahkan pusat latihan teknikal dan kemahiran. 
Program ini dapat memberi pendedahan berkenaan dengan saluran yang ada untuk mengetahui kekosongan jawatan dalam sektor swasta atau industri.
Terdapat tapak pameran (booth) iaitu terdiri daripada Institusi Pengajian Tinggi,  Institusi Latihan Kemahiran dan juga agensi yang mengurus pengambilan pekerja.
Selain daripada pameran di atas, MEITD juga akan membawa mini planetarium yang mana pengunjung boleh mengalami suasana angkasa lepas dan menonton video serta 
simulasi langit malam.
Marilah datang beramai-ramai, ambil peluang ini untuk mendapatkan pelbagai maklumat. Kemasukan adalah percuma.
header ads
Share

Leave a comment

Leave a Reply

Related Articles
BELOYA2UBERITA SEMASASME DIGITISEUncategorized

MSMES DIGITISE BETONG MODULE 3: SUPPLY AND INVENTORY

https://youtu.be/lqPtsTzwy0I?si=abdv9mDtTzr02idY 8 Mac 2025 – SME Digitise! Module 3 iaitu Bekalan dan...

BESUSEYSARAWAKTEMPATAN

KAMPUNG TRUSAN JAYA SEMATAN

Kampung Trusan Jaya, Sematan terletak di hujung barat Sarawak dan merupakan sebuah...

scammer alert
AWARENESSBERITA SEMASA

MELABUR DI TEMPAT YANG ANDA TIDAK FAHAMI ITU GILA

Mudah ditipu kerana terpedaya dengan tawaran tidak masuk akal Penipuan pelaburan di...

BELOYA2UBERITA SEMASASME DIGITISEUSAHAWAN

MSMES DIGITISE BETONG MODUL 1 : BUSINESS INTERVENTION

https://youtu.be/dZkLH_7K13s?si=oQuuKK8ZeVWlMLC-  25 Januari 2025 – telah berlangsung satu sesi latihan komprehensif di...