Terdapat banyak perniagaan yang boleh dibuat dengan modal yang rendah dan menghasilkan pendapatan yang lumayan.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 7 yang utama, mudah dan sesuai untuk generasi yang mencari aktiviti perniagaan tahun 2022 dan 2023.
Kebanyakkan belia pada masa sekarang sukar untuk mendapatkan pekerjaan yang semakin kompetitif.
Kebanyakkan majikan memandang kemahiran berbanding akademik. Akhirnya kebanyakkan belia mencari alternatif Usahawan sebagai bidang kerjaya.
Sokongan dan bantuan dari kerajaan pusat dan Negeri Sarawak tidak kurang hebatnya dalam menggalak belia terlibat dalam bidang ini.
Konsep memulakan perniagaan adalah modal vs kemahiran vs masa. Jika modal tinggi maka kurang kemahiran dan masa diperlukan.
Begitu juga sebaliknya. Jika modal rendah, pasti akan memerlukan masa atau kemahiran yang lebih.
Mari kita semak 7 idea perniagaan dengan modal yang rendah, mudah dan mampu dilakukan oleh kebanyakkan kita
PERKHIDMATAN MENGAJAR
(1) Antara perniagaan yang paling mudah dibuat. Anda menggunakan kemahiran yang anda miliki untuk ditukarkan kepada pendapatan.
Seperti tagline beloya2u, “Skill potential income“. Cuma, bagaimana anda memasarkan perkhidmatan anda kepada bakal pelanggan.
Anda perlu mengenalpasti siapa pelanggan anda dan siapa harus mengetahui perkhidmatan yang anda sediakan.
Antara perkhidmatan mengajar yang boleh anda sediakan adalah seperti mengajar mengaji, muzik, membuat video, sukan, tarian, kewangan, seni bela diri dan sebagainya.
Kenalpasti kemahiran anda dan dapatkan sentimen pasaran berkaitan perkhidmatan anda. Dari situ anda boleh menentukan harga.
Anda boleh mengajar dari rumah ke rumah atau di dewan komuniti atau di rumah anda sendiri mengikut kesesuaian dan keperluan perkhidmatan.
Susun modul dengan teratur secara berperingkat bagi memudahkan anda mengajar dan pelajar memahami pembelajaran
MEMBANGUN LAMAN WEB
(2) Antara perkhidmatan yang amat diperlukan pada masa sekarang dan menghasilkan keuntungan lebih 100%.
Anda boleh mendapatkan deposit terlebih dahulu sebelum anda memulakan kerja. Deposit bertujuan membeli domain, hosting dan apa sahaja berkaitan.
Ianya sebagai modal kerja tanpa menggunakan modal tunai anda sedikitpun. Jangan ganggu modal tersebut untuk tujuan peribadi selagi laman web belum siap dibina.
Pastikan anda memahami sentimen pasaran sebelum meletakkan harga. Terdapat pelbagai jenis laman web.
Antaranya adalah seperti blog, e-dagang, surat jualan dan koperat. Anda harus mengetahui yang mana satu kemahiran utama anda.
Jangan menawarkan atau menerima tugasan laman web yang anda tidak kuasai. Ini akan menimbul kesulitan anda dan mengakibatkan kos luar jangka.
Lebih parah lagi, laman web pelanggan tidak tidak siap dan lintang pukang akan menyebabkan prestasi anda buruk dikalangan pelanggan.
Anda harus menyatakan dengan jelas jenis laman web dan fungsi nya. Apakah impak kepada pelanggan agar pelanggan tidak terlebih jangka.
Jangan lupa mendapatkan maklumat lengkap pelanggan sebelum memulakan kerja dan siapkan kerja mengikut jadual yang anda rancang.
PERKHIDMATAN KEBERSIHAN
(3) Boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dengan kemahiran asas. Kerja-kerja kebersihan biasanya meminta deposit untuk pengesahan setuju mendapatkan perkhidmatan.
Terdapat pelbagai jenis kerja-kerja kebersihan. Antaranya yang paling mudah dilakukan adalah membersih ruang dalam rumah termasuk menyapu, mengelap dan menyuci.
Kerja bahagian luar rumah adalah seperti memotong rumput, menyapu halaman, memotong pokok dan sebagainya.
Selain itu, antiviti menyuci kenderaan juga termasuk dalam kategori ini. Anda boleh lakukan dengan bergerak dari rumah ke rumah. Ini akan menjimatkan kos Utiliti anda.
Alat minimum yang anda perlukan adalah span, baldi dan serbuk pencuci. Jika lebih dari itu adalah bonus untuk menaikkan tarif caj perkhidmatan anda.
Pastikan anda praktikal dahulu aktiviti pembersihan di rumah anda sendiri atau di rumah ibadah agar anda memahami proses aktiviti pembersihan.
Semakin kerap anda lakukannya, maka anda akan semakin profesional dan pantas melakukan antiviti tersebut.
REKAAN GRAFIK
(4) Anda memerlukan sekurang-kurangnya telefon pintar. Tetapi lebih bagus jika anda memiliki komputer anda sendiri.
Anda boleh meminta deposit kepada pelanggan sebelum memulakan kerja-kerja anda sebagai setuju terima perkhidmatan anda.
Pada masa sekarang. Rekaan grafik semakin mudah dan pantas. Antara aplikasi mudah yang boleh anda gunakan adalah seperti CANVA.
Manakala perisian komputer adalah seperti Adobe Photoshop dan Adobe illustrator. Kemahiran ini, anda boleh belajar melalui TikTok dan YouTube.
Antara kategori rekaan grafik yang boleh anda tawarkan adalah seperti membuat banner, banting, logo, label, baju, gambar iklan, potret, kad jemputan, kad perkahwinan dan sebagainya.
Pastikan anda memahami kategori kemahiran anda. Dekati individu atau kumpulan yang bergiat aktif dalam industri tersebut.
Jika anda melibatkan rekaan grafik anda ke arah pencetakkan. Pastikan anda mendapat harga kos yang boleh memberi marjin keuntungan kepada anda.
PERKHIDMATAN PEMBAIKAN
(5) Memerlukan kemahiran khas bergantung jenis mesin yang anda perbaiki dan beberapa peralatan khas yang bersesuaian.
Antaranya adalah perkhidmatan membaik komputer, mesin basuh, penghawa dinging, televisyen, kipas angin, TV, kamera cctv dan sebagainya.
Kebiasaanya, perkhidmatan seperti ini perlu membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum meminta deposit dari pelanggan.
Kerja-kerja pemeriksaan adalah bertujuan mengenalpasti kerosakkan dan mengenalpasti alat ganti yang hendak ditukar.
Pastikan anda mengetahui pembekal alat ganti dan mendapatkan harga alat ganti pada kos minimum.
Bagi kerja-kerja penyelenggaraan berkala, anda boleh terus meminta deposit dari pelanggan sekurang-kurangnya 30% sebagai pengesahan tempahan.
Kerja-kerja penyelenggaraan berkala anda boleh lakukan di rumah-rumah pelanggan bagi mengurangkan kos pengangkutan.
Pastikan kerja siap dalam tempoh kurang setengah hari bagi meningkatkan produktiviti anda.
PENGURUSAN KEWANGAN
(6) Perkhidmatan yang memerlukan kemahiran komunikasi serta memahami kehendak dan keperluan kewangan.
Antara perkhidmatan yang boleh ditawarkan dalam pengurusan kewangan adalah seperti menyediakan penyata perakaunan, pelaburan, insuran, hartanah dan sebagainya.
Anda boleh lakukan secara sambilan dan sepenuh masa. Jika ianya melibatkan badan profesional seperti insuran dan pelaburan, anda perlu mendapatkan lesen sah.
Kos lesen kebiasaannya bawah RM150 dan memerlukan anda menduduki peperiksaan. Jika anda lulus, maka anda digelar perunding kewangan.
Setelah ada bergelar perunding kewangan. Potensi pendapatan anda boleh mencecah 5 angka dengan melalui proses pendapatan 3 angka.
Anda hanya menikmati pendapatan apabila pelanggan bersetuju dengan model kewangan anda dan menyerahkan tunai untuk model kewangan anda.
Bagi perkhidmatan menyediakan penyata akaun. Anda hanya perlu kemahiran perakaunan. Caj bermula dari RM800 sehingga RM1,600 bagi satu perniagaan.
Penyediaan termasuk membuat pengistiharan cukai di LHDN. Anda boleh meminta deposit 50% sebelum memulakan kerja-kerja perakaunan.
EJEN PRODUK/PERKHIDMATAN
(7) Tidak perlu memikirkan pengeluaran produk, penyimpanan stok, isu halal, isu GMP dan sebagainya. Semuanya akan di urus pengeluar.
Level ejen ini disebut sebagai dropship. Anda akan menerima komisen setiap jualan yang berjaya anda buat. Penghantaran akan dibuat oleh pengeluar produk.
Selain itu, anda juga boleh terlibat dalam program affiliate menjual hanya menggunakan link khas.
Anda hanya perlu membuat promosi di media sosial dalam bentuk gambar, video, teks atau siaran lansung. Tempahan di urus terus oleh pengeluar.
Program ejen yang memerlukan anda membeli produk terdapat beberapa peringkat seperti ejen biasa dan distributor.
Distributor memerlukan anda menyimpan stok dalam kuantiti yang banyak. Manakala, ejen hanya menyimpan stok sederhana bersesuaian dengan keperluan pasaran sekitarnya.
Ejen perkhidmatan adalah seperti menawarkan perkhidmatan mengurut, peluang pekerjaan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya.
Anda akan mendapatkan hasil setelah pelanggan menggunakan perkhidmatan tersebut.
Leave a comment