Home BESUSEY PAKEJ KUCHING WETLAND KOPERASI NELAYAN SEMARIANG BERHAD
BESUSEYKUCHING WETLAND

PAKEJ KUCHING WETLAND KOPERASI NELAYAN SEMARIANG BERHAD

Share
Share


        Saya mula menjadi pemandu pelancong (River Cruise) daripada tahun 2018. Jadi pengalaman saya dalam bidang ini sudah 5 tahun.

Tujuan saya menyediakan perkhidmatan ini adalah untuk memperkenalkan salah satu daripada Kuching Wetland ataupun Taman Negara yang berada dekat di kawasan Kuching.

Yang kedua adalah untuk meningkatkan ekonomi setempat dan menjalinkan keharmonian untuk membudayakan Taman Negara.

Maklum balas daripada pelanggan yang saya selalu dapat adalah mereka berpuas hati sebab kebanyakan pelanggan yang kami bawa, mereka tidak pulang dengan hampa.

Andai kata mereka ingin melihat ikan lumba-lumba, kalau tiada ikan lumba-lumba ini terlihat pada waktu itu, saya akan membawa mereka melihat buaya.

Jadi mereka pulang dengan rasa terhibur, jadi tidak sia-sia saya membawa mereka menjelajahi kawasan Taman Negara ini.

Bermula daripada Kampung Semariang Batu dan selepas itu, lokasi yang selalu kami bawa adalah melalui sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Bodoh. 

Kenapa pulau ini dinamakan sebagai Pulau Bodoh? Saya akan ceritakan kepada anda di segmen yang kedua.

Selepas melalui Pulau Bodoh, kita akan melalui Kampung Pulau Salak dimana lokasi tersebut banyak spesis kera orang belanda.

Yang ketiga, kita akan pergi ke Puteri Santubong (Gunung Santubong) kerana kawasan tersebut bersempadan dengan Gunung Serapi (Gunung Matang).

Destinasi yang seterusnya, kita akan pergi ke Telaga Air dan mungkin kita akan berehat di Telaga Air tersebut supaya pelancong dapat singgah makan dan berehat. 

Selepas itu, kita akan pergi ke satu tempat lagi dimana tempat “Forest Tree” menanam pokok bakau yang baru.

Antara pelancong yang pernah saya bawa adalah yang datang daripada China, ada juga daripada Kuching dan yang paling banyak adalah daripada Semenanjung Malaysia. 

Yang paling jauh adalah dari Eropah kerana masa itu mereka ada mesyuarat di Sarawak dan mereka memerlukan perkhidmatan saya untuk melihat kawasan Taman Negara.

Kepada pelancong yang ingin ke Taman Negara Kuching (Kuching Wetland). Sila hubungi Koperasi Nelayan Semariang Berhad kerana kami memang berdekatan dengan kawasan tersebut.


  


header ads
Share

Leave a comment

Leave a Reply

Related Articles
Lagu Raya yang membudayakan pelbagai kaum
BELOYA2UBESUSEYHIBURANUncategorized

LAGU RAYA YANG MEMBUDAYAKAN PELBAGAI KAUM

Raya Ini – Lagu Raya yang membudayakan pelbagai kaum. “Raya Ini”  membawa kelainan...

BESUSEYSARAWAKTEMPATAN

KAMPUNG TRUSAN JAYA SEMATAN

Kampung Trusan Jaya, Sematan terletak di hujung barat Sarawak dan merupakan sebuah...

Ciri-ciri wanita disukai lelaki
BESUSEYHIBURAN

CIRI-CIRI WANITA DISUKAI LELAKI

Di zaman yang serba moden ini, banyak wanita ingin tahu apa ciri-ciri...

AARON RAZISBESUSEY

RAMADAN BUFET NOSTALGIA KAMPUNGKU BY SERAPI

RAMADAN BUFET NOSTALGIA KAMPUNGKU BY SERAPI Bersempena dengan bulan Ramadan pada tahun...