Home BESUSEY KUCHING WETLAND KHAZANAH DUNIA
BESUSEYKUCHING WETLAND

KUCHING WETLAND KHAZANAH DUNIA

Share
Share



Banyak tempat yang menarik di kawasan Taman Negara Kuching,
terutamanya paling terkenal iaitu gunung Puteri Santubong, dan gunung Serapi merupakan
sempadan Taman Negara atau Kuching Wetland dibawah Ramsar.


Pelbagai keunikan, hidupan, habitan dan spesies seperti
buaya, orang belanda, pokok-pokok bakau. Yang lebih uniknya lagi ialah pelancong
lebih tertarik melihat orang belanda.


Selalunya di Taman Negara menawarkan beberapa pakej atau
aktiviti yang sering saya bawa pelancong. Kami menawarkan pakej yang dilabel
sebagai A,B dan C.

Contohnya, tempahan untuk melihat kelip-kelip maka kami
akan bawa anda melihat kelip-kelip, ingin melihat rupa orang belanda, kami
boleh tunjukkan.

Sekiranya anda ingin merasai pengalaman yang lebih menarik,
berbaloi dan memuaskan anda boleh menempah “river cruise”.

Untuk river cruise, saya berangkat dari pangkalan
Semariang kemudian terus ke Salak bergantung keadaan air dan masa yang agak sesuai,
kita boleh berjumpa dengan orang belanda.


Sekiranya keadaan air yang baik tetapi tidak ada kelihatan
orang belanda maka kita boleh pergi melihat buaya.

Selain itu, kita juga boleh melihat kawasan yang saya gelarkan
ia sebagai “lubak” berhampiran Taman Negara. Diterjemahkan dalam bahasa inggeris
ianya disebut canal (terusan).


Uniknya disini, orang tidak menggunakan kawasan ini kerana sungainya
yang kecil yang sebenarnya boleh terus ke sungai yang lebih besar itu
kelebihannya.

Berbanding di tempat lain, tiada sungai-sungai kecil, pokok
bakau, sungai yang boleh menembusi dari satu tempat ke satu tempat. Itulah yang
menariknya di sini.

Seperti biasa kita boleh melihat lumba-lumba atau gelaran
lain “empesut”. Salah satunya lagi, tempat ini adalah tempat buaya menetas. Ada tempat buaya dan ianya senang kelihatan.


Tetapi apabila buaya menetas ada sedikit ganas. Kemudian,
buaya yang paling besar beranggaran panjangnya lebih kurang 2-3 meter dan besar
nya berukuran 1-2 meter. Matanya pula sudah cukup besar.

Buaya yang sangat besar tetapi tidak menganggu orang. Bagi
saya ianya boleh dilihat dan tidak berbahaya.

Kepada sesiapa yang berminat untuk river cruise,
melawat, dan melihat keindahan di sini, sila layari di facebook 
Koperasi Nelayan Semariang Berhad untuk info dan tempahan
lebih lanjut.


header ads
Share

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles
AARON RAZISBESUSEY

RAMADAN BUFET NOSTALGIA KAMPUNGKU BY SERAPI

RAMADAN BUFET NOSTALGIA KAMPUNGKU BY SERAPI Bersempena dengan bulan Ramadan pada tahun...

AARON RAZISBESUSEY

JUH BERAMBEH RAIA BUFFET

Mulakan Kembara Kulinari dengan ‘JUH BERAMBEH RAIA BUFFET’ di Raia Hotel &...

BESUSEYHIBURAN

APAKAH CIRI-CIRI LELAKI YANG MENYEBABKAN KEBANYAKKAN WANITA JATUH CINTA?

Dalam dunia cinta, terdapat misteri yang abadi mengenai apa yang sebenarnya membuat...

BESUSEYHIBURANMOTIVASI

MENGAPA WANITA SUKAR MENGAWAL EMOSI?

Emosi merupakan aspek penting dalam kehidupan manusia, dan dalam konteks ini, fokus...