Home BESUSEY IKAN LUMBA LUMBA IKAN MERBAHAYA
BESUSEYKUCHING WETLAND

IKAN LUMBA LUMBA IKAN MERBAHAYA

Share
Share

Apa itu ikan lumba-lumba? jadi disini saya menceritakan
mengenai ikan lumba-lumba. Kebiasaannya orang akan gelar ikan lumba-lumba,
jika di daerah Kuching ianya digelar “empesut”.

Ikan empesut dan ikan lumba-lumba mempunyai perbezaan serta
kelainan. Selalunya pelancong yang melawat di sini ingin melihat ikan
lumba-lumba.


Ada 2 jenis spesies iaitu ikan lumba-lumba selalunya
terdapat di laut dalam dan berwarna putih manakala empesut yang ada di Kuching
Wetland ini berwarna hitam.

 


Sukar sebenarnya berpeluang untuk melihat empesut kerana
mengikut masa dan musimnya.
 

Kebanyakan ikan empesut berada di Kawasan Kuala Santubong/Kuala
Salak. Sekiranya tiada pemancing atau tiada memperolehi ikan, spesies empesut
ini sukar untuk dilihat.
 

Saya pernah terfikir, ikan empesut ini boleh dijadikan panduan.
Mengikut pengalaman saya, apabila ianya menyelam dan timbul di permukaan air
berulang kali, bermaksud terdapat banyak ikan di sekitar kawasan.
 


Ini juga sebagai panduan untuk nelayan. Untuk para pengunjung
dan pelancong yang ingin melawat, apabila nelayan dapat memperoleh banyak ikan,
masa inilah yang sesuai untuk melihat ikan empesut.
 

Ketiadaan para nelayan atau pemancing, ikan empesut ini
enggan untuk muncul. Sebenarnya, ikan empesut ini juga berpandukan nelayan, sekiranya
nelayan dapat banyak ikan, banyak jugalah empesut ini muncul.
 

Kadang-kadang spesies bermain, asyik timbul. Ikan empesut
muncul di permukaan menandakan kepada nelayan bahawa di kawasan tersebut banyak
ikan. Banyak empesut, banyaklah ikan di sekitar kawasan.
 


Menurut pihak taman negara, adanya ikan lumba-lumba di sini
tapi sebenarnya ianya adalah empesut. Perbezaan yang ketara untuk spesies ini
iaitu berwarna putih dan hitam.

 Yang kerap dilihat adalah spesies empesut. Pesanan saya
kepada pelancong, anda jangan keliru perbezaan antara ikan empesut dan ikan
lumba-lumba ini mempunyai kelainan dari segi warna tubuhnya.

 Ikan empesut warnanya hitam, manakala ikan lumba-lumba warnanya
putih. Ada sejarah dan pantang larang ikan empesut bahawa ikan ini sama sekali
tidak boleh dibunuh.

 Cerita dahulu mengatakan empesut ini boleh membunuh
manusia. Kenapa ianya berlaku? Suatu hari, apabila nelayan menjaring dan dapat
sekali dengan empesut kemudian dibunuhnya.

 Apabila dipukul dan sebagainya tentunya berdarah. Spesies ini
juga memiliki perasaan seperti manusia. Pernah juga berlaku satu kisah sebagai
tambahan ilmu untuk pelancong supaya tidak sembarangan.

 Setitik darah empesut dan bunyinya apabila ditangkap didengari
oleh kawan-kawannya, maka ianya segera datang menolong.

 Cerita ini tersebar dan kejadian ini berlaku di kawasan pulau
Sempadi di antara dengan pulau Satang.

Kemudian ada sebuah kapal ikan, empesut ini bertindak ganas
dengan menerjun ke dalam kapal bersama kawan-kawannya yang diseru. Spesies ini pandai
menyeru. Kalau ianya marah, dia berani melawan.

 Ikan empesut ini tahu perasaan sedarahnya apabila diseksa mahupun
bunuh. Akhirnya kapal tersebut pecah dan karam disebabkan ianya beramai-ramai melompat
kemudian terjun dari jarak yang tinggi.
 

Itu pesanan saya kepada sesiapa yang melawat dan ingin
melihat empesut atau ikan lumba-lumba.

header ads
Share

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles
AARON RAZISBESUSEY

RAMADAN BUFET NOSTALGIA KAMPUNGKU BY SERAPI

RAMADAN BUFET NOSTALGIA KAMPUNGKU BY SERAPI Bersempena dengan bulan Ramadan pada tahun...

AARON RAZISBESUSEY

JUH BERAMBEH RAIA BUFFET

Mulakan Kembara Kulinari dengan ‘JUH BERAMBEH RAIA BUFFET’ di Raia Hotel &...

BESUSEYHIBURAN

APAKAH CIRI-CIRI LELAKI YANG MENYEBABKAN KEBANYAKKAN WANITA JATUH CINTA?

Dalam dunia cinta, terdapat misteri yang abadi mengenai apa yang sebenarnya membuat...

BESUSEYHIBURANMOTIVASI

MENGAPA WANITA SUKAR MENGAWAL EMOSI?

Emosi merupakan aspek penting dalam kehidupan manusia, dan dalam konteks ini, fokus...