Home MOTIVASI 10 TABIAT YANG MENYEBABKAN ORANG HILANG HORMAT TERHADAP ANDA.
MOTIVASINORA MORSHIDI

10 TABIAT YANG MENYEBABKAN ORANG HILANG HORMAT TERHADAP ANDA.

Share
Share

Ramai orang tidak perasan dan tidak sedar bahawa tingkahlaku atau tabiat mereka boleh menyebabkan orang bersikap tidak hormat kepada mereka. 

Perlakuan di bawah sedar ini  sebenarnya terjadi tanpa disengajakan.  

Tabiat-tabiat begini  juga tercipta dalam keadaan tanpa sedar. Ia terbina daripada pengalaman  yang dilalui lyang biasa dilihat, didengar dan dilakukan hasil peniruan tingkahlaku atau amalan seharian.

Hormat-menghormati merupakan satu nilai yang penting dalam perhubungan sosial.

Mengamalkan sikap hormat-menghormati adalah kunci untuk mengeratkan hubungan sesama manusia.

 Hubungan sesama yang erat membawa banyak faedah kepada setiap orang kerana memudahkan proses komunikasi yang berkesan untuk menghasil kesefahaman dan melancarkan segala urusan.

Di sini dikongsikan  beberapa kebiasaan atau tabiat  yang perlu dielakkan jika mahu  dihormati oleh orang lain.

Ketahui 10  Tabiat yang Menyebabkan Orang Hilang Hormat Terhadap Anda

1. Ketidakjujuran

Orang cenderung kehilangan rasa hormat  terhadap orang yang tidak jujur  Orang yang tidak jujur sering tidak menepati janji dan kerapkali menipu.  Mereka juga bersikap  ‘Lain Cakap Lain Bikin’.

Apabila seseorang sudah kehilangan kepercayaan terhadap  anda  adalah sukar untuk dipulihkan. 

Jika anda sering tidak menepati janji atau tidak dapat dipercayai, kemungkinan tinggi orang akan kehilangan hormat terhadap anda.

Keadaan ini akan menjadikan anda kehilangan  kawan atau dipulau oleh orang lain. Ramai orang akan melarikan diri dan bersembunyi apabila ternampak anda.

2. Ego yang Berlebihan

Bersikap rendah diri merupakan perilaku yang sangat penting. 

Jika anda terlalu egoistik atau membesar-besarkan diri sendiri, keadaan  ini boleh membuat orang berasa tidak selesa dan hilang hormat terhadap anda.

Apabila banyak orang menjauhkan diri daripada anda, akibatnya boleh memberi kesan yang buruk kepada diri anda.

3. Kurang Empati

Tabiat tidak mahu memahami,  tidak mengambil peduli dan tidak berempati terhadap perasaan orang lain boleh menyebabkan  kehilangan rasa hormat orang terhadap anda. 

Bersikap empatik dan memahami perspektif orang lain memberi anda peluang untuk dihormati dan dipercayai, dan disenangi oleh orang lain. 

Pentingnya  memiliki sifat empati ini memudahkan anda berinteraksi, bekerjasama, berurusan dengan sesiapa sahaja dalam kehiupan anda.

4. Ketidakadilan

Memperlakukan orang secara tidak adil atau tidak bersikap adil boleh membuat orang berasa tidak dihargai dan kehilangan hormat terhadap anda. 

Sifat tidak adil dalam melaksanakan tanggungjawab boleh menyebabkan penzaliman terhadap sesama insan. 

Keadaan begini sudah semestinya tidak digemari ramai orang dan boleh mengakibat kehilangan perasaan hormat kepada anda.

5.Sikap Angkuh

Sikap yang sombong atau angkuh sering kali membuat orang lain berasa tidak selesa dan kehilangan hormat terhadap anda.

Orang yang angkuh sering bercakap besar dan berasa dirinya yang terbaik.

Mereka juga suka merendah-rendahkan orang, tidak mahu mendengar saranan dan tunjuk ajar  daripada orang lain. 

6. Pendendam

Menyimpan dendam atau pendendam, dan tidak memaafkan merupakan racun dalam sesebuah hubungan. 

Apabila keadaan begini sudah wujud dalam sesbuah perhubungan,  perasaan saling menghormati sudah pupus. 

Kehilangan perasaan  hormat dalam kalangan  ahli keluarga,  saudara -mara  dan sesama rakan  khasnya dan dalam masyarakat amnya dapat menimbulkan suasana tidak harmoni yang akan membawa kepada persengketaan yang berpanjangan. 

Inikah corak kehidupan yang anda mahu?

7. Ketidakjelasan dalam perlakuan

Jika anda tidak jelas dan  tidak pasti dalam segala tindakan anda sama ada semasa proses komunikasi atau pengawalan emosi anda, ramai orang boleh kehilangan rasa hormat  terhadap anda. 

Tindakan anda yang sering berubah-ubah kerana ketidakpastian  dalam membuat keputusan, keadaan emosi  yang sering bertukar ganti menghasilkan ketidakjelasan  dalam tindakan anda boleh menimbulkan perasaan tidak yakin dan tidak hormat orang terhadap anda. 

8. Bersikap Negatif

Bersikap negatif secara berterusan boleh menular kepada orang sekeliling dan menyebabkan kehilangan hormat daripada orang lain malah boleh merosakkan ikatan tali persaudaraan. 

Orang yang bersikap negatif seringkali mematahkan semangat dan impian orang lain. 

Mereka suka merendah-rendahkan kebolehan dan pendapat orang lain. 

Jika anda berada dalam lingkungan orang bersikap begini, anda perlu menjadi orang yang berdaya tahan yang tinggi atau jauhkan diri daripada mereka. , 

 

9. Kurang Konsistensi

Ketidakstabilan atau ketidakkonsistenan dalam tingkah laku boleh membuat orang sukar untuk memahami anda dan akhirnya anda kehilangan hormat dalam kalangan rakan sosial, keluarga dan masyarakat  di sekeliling anda. 

Kurang konsistensi merupakan satu masalah tidak fokus dan perasaan ragu yang bertapak dalam diri anda yang boleh menjadi anda kurang dihormati dan kurang dipercayai dalam menjalankan sesuatu urusan dan tanggungjawab.

10. Terpisah daripada Kehidupan Sebenar

Corak kehidupan masa ini telah  banyak berubah. Kewujudan teknologi digital banyak membantu urusan sama ada di tempat kerja mahupun di rumah. 

Tanpa disedari keadaan ini telah membina kerenggangan dan mewujudkan pengasingan diri daripada orang di sekeliling anda.

Pada sudut yang lain, kepenatan di tempat kerja dan menempuh kesesakan perjalanan ketika pergi dan balik kerja, serta  penumpuan yang lebih kepada media sosial juga telah banyak menjejaskan hubungan yang murni, suasana yang harmoni dan pikiran yang tenang dalam kalangan manusia masa kini. 

Kehidupan yang dilalui seakan-akan terasing dan tidak seperti kehidupan yang sebenar atau kehidupan yang biasa dialami satu ketika dulu. 

Persekitaran begini berkemungkinan tinggi  merendahkan nilai hormat sesama insan dan menjejaskan proses komunikasi yang berkesan serta rasa empati yang afektif di antara satu dengan yang lain. 

Lantaran itu,  anda berperanan untuk memupuk sikap yang mendukung hubungan positif dengan orang sekeliling.

Ini penting untuk memelihara dan memperkukuhkan kepercayaan dan hormat-menghormat dalam kehidupan sosial anda.

Pada asasnya, memperoleh penghormatan yang berkekalan berpunca daripada prinsip integriti yang konsisten dalam cara anda beroperasi setiap hari.

Menghargai orang lain melalui kesopanan seperti pengamalan kemahiran mendengar  yang aktif. 

Bertanggungjawab dengan membuktikan  kata-kata yang boleh dipercayai dengan tindakan yang dilakukan.  

Tidak ada orang yang  sempurna, oleh yang demikian dengan memfokuskan kepada usaha dan sentiasa menambahbaik dalam  membina kepercayaan, memberi pertimbangan dan berperasaan empati dapat  memupuk hubungan yang positif dan menyemaikan  rasa hormat sesama insan. 

Rumusannya, pilihan terletak kepada diri anda.  Gemarkah anda melihat keruntuhan orang lain dan hanya memfokuskan kemajuan diri? 

Atau mengangkat orang lain melalui kesefahaman, saling menghormati  dan kejujuran?  

Tabiat dan tingkah laku anda mendedahkan jawapan siapa diri anda dari semasa ke semasa.

Jika anda masih bergelut dalam mengatasi tabiat-tabiat ini, anda boleh mengguna khidmat pakar seperti coach .  

Melalui perkhidmatan coaching, dapat membantu  anda memperolehi kaedah yang betul dan berkesan untuk meningkatkan nilai diri anda dan mendapat rasa hormat daripada orang lain.

header ads
Share

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles
KEMAHIRANMOTIVASI

MANFAAT PROGRAM INTERNSHIP UNTUK PELAJAR INSTITUT PENDIDIKAN TINGGI

Program internship atau latihan industri merupakan salah satu komponen penting dalam sistem...

MOTIVASI

MENGGALI POTENSI DIRI:LANGKAH UNTUK MENINGKATKAN KECEMERLANGAN PERSONAL

Setiap individu dilahirkan dengan potensi yang unik dan tidak terbatas. Namun, seringkali...

MOTIVASINORA MORSHIDI

PACE & LEAD UNTUK JUALAN MEROKET DALAM PERNIAGAAN.

Menyelami dunia Neuro Linguistic Programming (NLP) dalam jualan akan membawa usahawan  ke...

MOTIVASI

KUADRAN ALIRAN TUNAI DALAM KEHIDUPAN

Assalamualaikum, Saya Khalifah Khalik pekongsi ilmu keusahawanan anda dalam video ini.Quadrant cash...