Home ATIKANA 7 LANGKAH MENGATASI KEMURUNGAN ATAU TERTEKAN
ATIKANABESUSEYMOTIVASI

7 LANGKAH MENGATASI KEMURUNGAN ATAU TERTEKAN

Share
Share

Tidak seorang pun akan terlepas dari masalah kemurungan. Sama ada kemurungan sementara atau kemurungan berpanjangan.
Bagaimana mengatasi kemurungan?. Dalam artikel ini kita akan senaraikan saranan menghadapi kemurungan. Tidak ada penyakit yang tiada ubat kecuali mati.

Apa itu kemurungan?. Kemurungan adalah kecelaruan perasaaan yang kecewa atau sedih berlebihan sehingga hilang tumpuan dan tenaga untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. 

Tidak berminat untuk berhubung dengan sesiapa dan terperangkap dalam zon hitam seakan tiada jalan keluar.

Kemurungan seseorang mempunyai dasar masalah dia sendiri dan hanya dia sahaja yang tahu. Dia hanya bercakap dengan individu yang dia percayai sahaja.
Terdapat cara untuk mengatasi masalah kemurungan iaitu dengan bermula dari diri sendiri. Allah swt tidak akan mengubah satu-satu kaum itu, kecuali mereka sendiri mengubahnya.

BERIKUT ADALAH ANTARA LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KEMURUNGAN

FOKUS

Seseorang dalam keadaan murung sebenarnya hilang fokus kerana masalah yang hadapinya. Masalah yang memberi tekanan kepadanya.

Antara langkah terbaik adalah fokus kepada jalan penyelesaian dan bukan fokus kepada masalah. 
Fokus kepada objektif dan matlamat yang telah dibuat sebelum ini. Cabaran untuk fokus adalah apabila terdapat suara-suara sumbang yang akan cuba menjatuhkan anda. 
Anggap sahaja itu bunyi lalat sedang beterbangan. Terus fokus kepada perkara yang penting.

TUHAN

Allah swt tidak akan menguji hambanya jika hambanya tidak mampu menghadapinya.

Maksudnya, setiap ujian yang anda hadapi adalah dalam kekuatan anda sendiri dan anda boleh menghadapinya. 
Jika dilihat kembali jalan hidup anda. Pelbagai masalah yang telah anda hadapi dan sehingga kini anda masih mampu berdiri dan tersenyum.
Zon tekanan ini akan berlalu dan yang perlu anda buat adalah sabar serta berdoa minta keampunan dengan tuhan.

Jangan pernah tinggalkan sholat dan berdoa memujinya serta meminta pentunjuk untuk menghadapi masalah yang sedang melanda. Waktu hujan adalah waktu mustajab untuk berdoa.

MAKANAN


Jangan kurang minum air kosong
. Waktu ini nafsu untuk mendekati alkohol dan rokok atau dadah atau seumpamanya amat tinggi. Perkara ini boleh merosak saraf untuk berfikir.

Ini adalah hasutan syaitan supaya anda hancur dan jauh tenggelam. Air kosong dapat membantu anda untuk lebih mudah berfikir dan mengeluarkan toksin dalam badan.

Makanan yang baik akan menghasilkan minda yang cerdas. Minda anda perlu cerdas dan tajam untuk berhadapan dengan masalah.

_____



_____

KENALI DIRI

Ini adalah bahagian penting. Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya adalah tindakan kejam

Dalam keadaan murung. Seseorang mudah meletakkan dirinya dalam keadaan segalanya tidak boleh atau tidak mampu. 
Anda sebenarnya bersikap zalim terhadap diri sendiri. Seperti yang saya sebut sebelum ini, anda masih mampu berdiri sehingga hari ini dengan cabaran yang banyak sebelum ini.
Lihat kemampuan anda dan kelebihan anda.

Kenali diri anda dan anda akan dapati anda jauh lebih baik dari sebelum ini.

CARA BERFIKIR

Kebiasaan individu dalam keadaan murung mempunyai cara berfikir lebih ke arah seakan tiada jalan atau tiada peluang atau tiada laluan untuk mengatasinya. 

Tukar cara berfikir dari sudut lain. Jangan terjerat dalam satu sudut sahaja. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini. Fokus kepada penyelesaian dan bukan fokus kepada masalah.

Mungkin jalan penyelesaian bukanlah terbaik tetapi itu yang terbaik. Teruskan dan melangkah dengan berani. Inilah kehidupan.

PERSEKITARAN

Keadaan yang sempit, sunyi, tiada aliran udara atau cahaya akan memberi impak lebih mendalam kepada anda untuk terus kemurungan. 

Alihkan posisi anda pegi ke ruangan yang luas seperti laut atau sungai atau tepian padang yang luas dan anda boleh mendengar muzik alam, desiran ombak, kicauan burung dan sebagainya. 
Ianya akan memberi ketenangan jiwa. Kebanyakkan orang akan lebih tenang apabila mendengar bunyi air. Anda mungkin suka perkara lain tentang alam. Kenalilah diri anda sendiri.

Tidak ada masalah jika anda mengasingkan diri sementara dengan orang sekeliling anda. Tetapi jangan sekali-kali mengasingkan diri anda dengan tuhan.

GERAKAN PENDEKAR

Apabila semua perkara di atas anda lakukan konsisten. Jiwa anda akan lebih tenang. Anda akan nampak realiti kehidupan dan lebih mengenali diri anda sendiri. 

Anda harus membuat gerakan pendekar. Gerakan lebih kuat sebelum ini. Saya percaya, kita di uji oleh tuhan bertujuan untuk lebih mematangkan kita dan untuk menjadikan diri kita lebih kuat.

Kita tidak akan dapat pergi jauh jika kita merasakan kita berada dalam zon selesa. Zon sukar akan membuatkan kita lebih kreatif dan inovatif. 

Zon sukar mempunyai hikmah jika kita mahu berfikir dengan akal yang sihat.

____


____

header ads
Share

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles
KEMAHIRANMOTIVASI

MANFAAT PROGRAM INTERNSHIP UNTUK PELAJAR INSTITUT PENDIDIKAN TINGGI

Program internship atau latihan industri merupakan salah satu komponen penting dalam sistem...

MOTIVASI

MENGGALI POTENSI DIRI:LANGKAH UNTUK MENINGKATKAN KECEMERLANGAN PERSONAL

Setiap individu dilahirkan dengan potensi yang unik dan tidak terbatas. Namun, seringkali...

MOTIVASINORA MORSHIDI

PACE & LEAD UNTUK JUALAN MEROKET DALAM PERNIAGAAN.

Menyelami dunia Neuro Linguistic Programming (NLP) dalam jualan akan membawa usahawan  ke...

MOTIVASI

KUADRAN ALIRAN TUNAI DALAM KEHIDUPAN

Assalamualaikum, Saya Khalifah Khalik pekongsi ilmu keusahawanan anda dalam video ini.Quadrant cash...