Home BELOYA2U MSMES DIGITISE BETONG MODULE 4 (DIGITAL TOOLS FOR BUSINESS MANAGEMENT)
BELOYA2UBERITA SEMASABESUSEYSME DIGITISEUSAHAWAN

MSMES DIGITISE BETONG MODULE 4 (DIGITAL TOOLS FOR BUSINESS MANAGEMENT)

Share
MODULE 4 (2)
Share

22 Mac & 12 April 2025 – Program SME Digitise di Betong Digital Innovation Hub diteruskan lagi dengan dua sesi kelas Modul 4 iaitu Alatan Digital untuk Pengurusan Perniagaan. 

Tenaga pengajar yang terlibat bagi Modul 4 ini adalah Cikgu Khalifah Khalik , Cikgu Razis dan juga Cik Stephanie yang dibantu oleh fasilitator Cik Nurul, Cik Norlita dan En Mirage.

Modul ini dibahagikan kepada dua sesi berasingan iaitu pada 22 Mac 2025 Modul 4.1 dan 12 April 2025 Modul 4.2 yang masing-masing memberi tumpuan kepada aspek teori dan praktikal penggunaan pelbagai aplikasi digital yang berguna untuk usahawan.

Modul 4.1 yang berlangsung pada 22 Mac memberi fokus kepada pengenalan alatan digital serta latihan asas dalam penggunaanya. 

Antara aplikasi yang diperkenalkan ialah Google Calendar, yang digunakan untuk menjadualkan mesyuarat, menetapkan peringatan dan menguruskan masa dengan lebih teratur. 

Peserta juga diberik tunjuk ajar mengenai Google Task untuk pengurusan tugas dan WhatsApp Business turut diperkenalkan, lengkap dengan fungsi seperti profil perniagaan, mesej automatik (Auto Reply) dan sistem pengurusan pelanggan yang lebih sistematik.

Mereka juga didedahkan dengan Google Business Profile iaitu alat penting untuk meningkatkan keterlihatan perniagaan dalam carian Google dan Google Maps.

Konsep Smart Human Resource Management (SHRM) turut diperkenalkan untuk pengurusan tenaga kerja secara digital. Aplikasi VHOST digunakan sebagai contoh praktikal dan diberi secara percuma kepada peserta bagi memudahkan pengurusan perniagaan mereka.

Modul 4.2 yang berlangsung pada 12 April pula lebih menumpukan kepada ulasan semula penggunaan alatan digital pada modul 4.1 serta pengenalan kepada beberapa aplikasi lanjutan.

Para peserta berkongsi pengalaman mereka dalam memnggunakan aplikasi tersebut kepada penceramah dan mendapatkan maklum balas daripada penceramah.

Para peserta juga diberi pendedahan kepada Google Form dan belajar untuk membina satuborang maklum balas pelanggan untuk perniagaan mereka. 

Selain itu, aplikasi setmore turut diperkenalkan sebagai platform pengurusan temujanji secara profesional. Aplikasi ini membolehkan perniagaan menetapkan slot temujanji untuk pelanggan, menghantar peringatan automatik dan menyusun jadual harian tanpa kekeliruan.

Secara keseluruhan, Modul 4 SME Digitise ini memberi impak besar dalam memperkasakan para usahawan dengan kemahiran digital yang sangat relevan dengan keperluan masa kini.

Melalui pendedahan kepada pelbagai aplikasi dan alatan digital seperti Google Calendar, Google Task, WhatsApp Business, Google Business Profile, VHOST, Google Form dan Setmore, peserta bukan sahaja memahami teori penggunaannya malah turut diberi peluang mencuba sendiri secara praktikal.

Modul ini diharapkan dapat meningkatkan tahap kecekapan pengurusan perniagaan serta memperkukuh daya saing para usahawan tempatan di area digital.

Share

Leave a comment

Leave a Reply

Related Articles
Lagu Raya yang membudayakan pelbagai kaum
BELOYA2UBESUSEYHIBURANUncategorized

LAGU RAYA YANG MEMBUDAYAKAN PELBAGAI KAUM

Raya Ini – Lagu Raya yang membudayakan pelbagai kaum. “Raya Ini”  membawa kelainan...

BELOYA2UBERITA SEMASASME DIGITISEUncategorized

MSMES DIGITISE BETONG MODULE 3: SUPPLY AND INVENTORY

https://youtu.be/lqPtsTzwy0I?si=abdv9mDtTzr02idY 8 Mac 2025 – SME Digitise! Module 3 iaitu Bekalan dan...

BESUSEYSARAWAKTEMPATAN

KAMPUNG TRUSAN JAYA SEMATAN

Kampung Trusan Jaya, Sematan terletak di hujung barat Sarawak dan merupakan sebuah...

SME DIGITISE MODUL 2 : ACCOUNTING FOR SMALL BUSINESS
BELOYA2USME DIGITISETRAINERUSAHAWAN

MSMES DIGITISE BETONG MODULE 2 : ACCOUNTING FOR SMALL BUSINESS

https://youtu.be/kqBBhOfDwZ0?si=abUjZmprGPvmWZV4 15 Februari 2025 – Program SME Digitise Modul 2 : Accounting...