Home ATIKANA CARA BUAT FACEBOOK PERNIAGAAN
ATIKANAKEMAHIRANTIPS USAHAWAN

CARA BUAT FACEBOOK PERNIAGAAN

Share
Share
belajar buat facebook untuk perniagaan
BAGAIMANA BUAT FACEBOOK PERNIAGAAN

Terdapat pelbagai jenis medium facebook yang anda kena faham. Tetapi untuk perniagaan anda hanya perlu membuat facebook page. Untuk membuat facebook page, anda harus mempunyai facebok personal. Di sini, banyak orang keliru antara facebook personal dengan facebook perniagaan. Ada yang menggunakan facebook personal untuk perniagaan dan akhirnya facebook personal kena block oleh pengurusan facebook.
Sebelum anda belajar bagaimana membuka facebook perniagaan. Terlebih dahulu anda perlu mengenali jenis facebook. Berikut adalah jenis facebook yang biasa digunakan oleh warganet:
  • Facebook personal
  • Facebook group
  • Facebook market place
  • Facebook page
  • Facebook fundraisers
  • Facebook workplace
  • Facebook dating

Kita akan fokus kepada facebook personal dan facebook page sahaja. Ini adalah bahagian asas untuk membangun facebook perniagaan. Ini adalah asas membuat facebook page untuk perniagaan. Teruskan membaca dan anda boleh subscribe blog ini atau anda boleh mendapatkan guru untuk belajar secara online atau offline.

BERIKUT ADALAH CARA MEMBUAT FACEBOOK PAGE UNTUK PERNIAGAAN

BUKA AKAUN FACEBOOK

Bahagian ini kebiasaannya banyak orang tahu bagaimana untuk melakukannya. Untuk bahagian ini, saya hanya tekankan bahagian keselamatan. Keselamatan merujuk kepada data email dan nombor telefon yang anda masukkan di dalam ruangan profile.

Pastikan anda memasukkan nombor telefon dan email yang anda boleh ekses. Email tersebut anda ingat kata laluan atau anda boleh masuk bila-bila masa. Manakala,  nombor telefon aktif dan di daftarkan atas nama anda sendiri. Ini bertujuan untuk memudahkan anda mendapatkan semula akaun facebook anda jika berlaku masalah.

Untuk lebih keselamatan, anda boleh aktifkan pengaktifan facebook kod dua hala.

MEMBINA FACEBOOK PAGE

Bahagian ini, terdapat perbezaaan paparan menggunakan HP dan laptop atau PC. Gambarajah di bawah menerangkan langkah-langkah ringkas untuk membuat facebook page.

Anda harus memilih sama ada facebook page anda bertujuan untuk perniagaan atau sebagai entiti public figure/community. Sesuai dengan tajuk artikel ini. Anda pilih business or brand.

Seterusnya anda masukkan nama perniagaan anda atau jenama perniagaan anda beserta dengan kategori perniagaan anda.

Bahagian upload gambar atau logo serta facebook cover anda klik butang skip terlebih dahulu. Kita akan bincangkan selanjutnya selepas ini.

cara buat facebook perniagaan dengan pc atau laptop
MENGGUNAKAN PC ATAU LAPTOP

cara buat facebook page dengan telefon bimbit
MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT

MEMBINA LOGO

Logo merupakan perkara penting dalam facebook page. Ianya sebagai jenama anda. Memudahkan pengguna facebook mengenali anda. Logo hendaklah ringkas dan mudah. Logo yang baik adalah apabila netizen memandang 3 saat, mereka dapat mengingati logo anda.

Logo tidak perlu meletakkan gambar. Ianya hanya bentuk atau huruf yang ringkas yang melambangkan aktiviti perniagaan anda.

Gunakan paling maksimum 3 warna. Trend terkini, adalah menggunakan warna yang sedikit dan bentuk yang ringkas.

Anda boleh membuat logo menggunakan CANVA. Sama ada menggunakan pelayar internet atau menggunakan aplikasi. Anda buat carian LOGO di canva dan anda sudah disediakan tema “logo” untuk anda siapkan. 

MEMBINA FACEBOOK COVER

Bahagian ini adalah penerangan ringkas atau membina persepsi mengenai aktiviti perniagaan anda. Anda boleh membuat facebook cover dalam bentuk animasi atau video atau gambar. Tergantung dengan kemahiran anda.

Seperti biasa, anda boleh menggunakan CANVA untuk membuat facebook cover dengan menaip carian “facebook cover“. Saiz sudah disediakan dan tema anda boleh pilih mengikut kesesuaian anda.


Pastikan maklumat penting berada di tengah-tengah kerana paparan telefon bimbit hanya nampak bahagian tengah facebook cover. Kita sedia maklum, kebanyakkan pengguna menggunakan telefon bimbit.

MEMASUKKAN MAKLUMAT PERNIAGAAN

Anda boleh memasukkan data dengan pergi ke “mengenai” (about) atau terus ke Setting > Page info. Masukkan maklumat berkaitan bagi memudahkan facebook page anda mendapat carian di google dan memudahkan pelanggan anda menghubungi anda apabila mereka memerlukan produk dan perkhidmatan anda.

Maklumat yang harus anda masukkan adalah:

  • Description – Gunakan ayat ringkas dan padat. Jangan terlalu panjang atau mengunakan ayat yang berulang.
  • Categories – Pilih kategori yang sesuai untuk perniagaan anda. Ada boleh masukkan sehingga 3 kategori.
  • Phone number – Nombor yang anda gunakan untuk perniagaan. Pastikan nombor tersebut aktif bagi memudahkan pelanggan menghubungi anda.
  • Website – Masukkan alamat laman web anda atau blog anda. Jika anda belum mahir membuat laman web. Anda boleh membuat lamak blog menggunakan blogspot. Langkah-langkah membuat blog anda boleh rujuk di sini [cara buat blog].
  • Email address – email yang anda gunakan untuk tujuan perniagaan. Faks semakin kurang digunakan dan email semakin dipraktikan. Jangan kata anda tidak ada email.

Maklumat lain anda masukkan berdasarkan kesesuaian perniagaan anda. 

MEMAHAMI SETTING

Setiap ciri-ciri facebook page mempunyai kelebihan kepada aktiviti pemasaran anda. Anda perlu meneroka satu-persatu butang yang disediakan di bahagian setting.

Bahagian yang penting wajib anda teroka adalah general, page info, Messaging, template and taps, page roles, instagram dan whatsapp

PEMILIHAN TEMPLATE

Pilih tema bersesuaian dengan perniagaan anda atau bahan yang akan anda masukkan dalam facebook page anda. Setiap tema mempunyai kelebihan tersendiri. Baca ciri-ciri tema sebelum anda tekan butang apply.

FACEBOOK INSIGHTS

Statistik hubungan warganet dengan facebook page anda. Bahagian ini amat membantu anda dalam menyediakan bahan dan waktu yang sesuai untuk memuatnaik bahan ke facebook page.

Anda perlu mengenali apa itu Post reach dan Post engagement.

Jangan lupa, jika anda sudah mencapai 10k follower dan 15k post engagement dalam masa 60 hari. Facebook page anda layak untuk dibayar oleh pengurusan facebook setiap video tulen yang anda muat naik. Ya!! video tulen dari anda sendiri. Bukan video orang lain. Video tersebut hendaklah mendapat tontonan yang tinggi.

LAIN-LAIN

Pastikan maklumat penting yang diperlukan facebook page anda masukkan dengan betul, ringkas dan padat bagi memastikan facebook page anda mudah untuk dicari dan dihubungi.

KESIMPULAN

Artikel ini tidak menceritakan penyediaan facebook page secara total. Ianya hanya sebahagian sahaja kerana banyak lagi yang boleh dilakukan menggunakan facebook page. Selain itu, saya tidak tahu berapa lama langkah-langkah yang saya tunjukkan di atas masih sesuai digunakan kerana facebook sentiasa mengemaskini laman sosial mereka.
Semoga mafaat kepada anda dan jika anda ingin berguru membangun facebook page. Anda boleh klik butang di bawah ini.
KLIK BUTANG INI UNTUK MENDAPAT E-BOOK PERCUMA BERNILAI 20USD
header ads
Share

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles
KEMAHIRANKEWANGAN

CARA MENGELAKKAN PENIPUAN MELALUI AKAUN BANK

Penipuan melalui akaun bank merupakan ancaman yang semakin serius, terutamanya dalam era...

pelaburan emas atau saham
KEMAHIRANKEWANGAN

PELABURAN EMAS VS SAHAM: MANA LEBIH MENGUNTUNGKAN?

Dalam dunia kewangan, pelaburan merupakan langkah penting bagi mereka yang ingin mengembangkan...

pelaporan, data, pengurusan
KEMAHIRANKEWANGAN

TEKNOLOGI DAN AUDIT : TRANSFORMASI DIGITAL DALAM PROSES PENGAUDITAN

Dalam era digital yang pesat berkembang, teknologi telah mengubah hampir setiap aspek...

cara memilih komputer, komputer yang bagus digunakan
AWARENESSKEMAHIRAN

TIPS MEMILIH KOMPUTER UNTUK PENGEDITAN VIDEO ATAU GRAFIK

Dalam bidang kreatif seperti pengeditan video dan grafik, memilih komputer yang tepat...