ADAKAH ANDA TENAGA PENGAJAR YANG BERKELAYAKAN? |
Terdapat pelbagai cara untuk menjadi tenaga pengajar yang diperakui oleh kerajaan atau swasta. Antaranya adalah dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) atau Jabatan Sumber Manusia (JSM). Manakala, jika anda merujuk kepada swasta. Banyak yang boleh anda pergi. Antaranya Sarawak Digital Entrepreneur Community Cooperative Berhad (SARADEC).
Bagaimana untuk mendapat lesen sebagai tenaga pengajar (certified trainer)? anda boleh mengambil Sijil HRDF atau selalunya dipanggil sebagai HRDF Certified Trainer. Jika anda berminat untuk menjadi sebahagian keluarga HRDF Certified trainer. Anda boleh klik butang Whatsapp di bawah. Pegawai kami akan menyediakan link pra-pendaftaran. Anda hanya buat bayaran jika anda bersetuju.
Dalam artikel kali ini, saya akan berkongsi mengenai berita terkini mengenai dasar HRDF yang akan memberi impak kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya mendapat sijil HRDF (HRDF Certified Trainer). Tahun 2020 mengalami perubahan yang juga pada pendapat saya bagus untuk mementum pemegang sijil HRDF. Saya akan kongsikan sebentar lagi.
Jika anda memiliki sijil HRDF maka anda layak mengajar bidang yang anda mahir. Tidak tertakluk kepada satu-satu bidang sahaja. Menarik bukan?
Kembali kita kepada perubahan dasar HRDF Certified Trainer tahun 2020. Setiap pemegang sijil HRDF yang mendapat sijil atau mengambil kursus HRDF sebelum <1 Januari 2020. Anda di kehendaki untuk membuat rekod aktiviti mengajar selama 15 hari persamaan 120 jam yang berlaku pada 2017 hingga 2019. Apakah rekod yang diperlukan? saya akan kongsikan selepas ini.
Namun begitu, laporan atau rekod tersebut belum dapat dihantar kepada HRDF kerana sistem tersebut masih belum dapat di ekses. Sementara sistem belum dirasmikan atau dilancarkan. Buat rekod yang perlu dahulu atau sediakan dokumen yang berkaitan.
Dokumen yang perlu disediakan adalah:
- Daftar kehadiran peserta
- Borang maklum balas peserta
- Surat tawaran mengadakan program
- Invois atau payment voucher (jika ada)
Laporan atau rekod 15 hari atau persamaan dengan 120 jam adalah untuk melayakkan anda sebagai “Accreditation HRDF Certified Trainer” yang akan memberi kelebihan kepada anda dan pelanggan anda untuk membuat tuntutan bayaran di HRDF.
Syarat lain untuk aktiviti mengajar:
- Minimum 2 peserta atau
- Maksimum 25 peserta (Teknikal) atau
- Maksimum 35 peserta (Soft skills) dan
- 4 jam dalam sehari
Jika semua di atas disediakan dengan baik. Pemegang sijil HRDF akan mendapat mengiktirafan sebagai “Accreditation HRDF Certified Trainer” selama 3 tahun iaitu bermula pada tahun 2020 hingga tahun 2022.
Untuk mendapat “Accreditation HRDF Certified Trainer” pada 3 tahun berikutnya iaitu tahun 2023 hingga tahun 2025. Pemegang sjil HRDF perlu memenuhi syarat dengan menghantar laporan 45 hari mengajar persamaan dengan 360 jam sepanjang tahun 2020 hingga tahun 2022.
Bagi pemegang sijil yang mengikuti kursus TTT HRDF selepas atau pada 1 Januari 2020. Anda dikehendaki mengadakan 1 hari program iaitu kursus atau bengkel atau seminar dan anda dikehendaki menghantar dokumen berikut:
- Video 2 jam pada awal program dan 2 jam terakhir program
- Plan aktiviti program
- Slide presentation sepanjang program
- Daftar kehadiran peserta
- Borang maklum balas peserta
- Surat tawaran mengadakan program
- Invois atau payment voucher (jika ada)
Peserta kursus TTT HRDF tidak melakukan aktiviti yang disenaraikan di atas tidak akan mendapat sijil HRDF jika syarat yang diberikan tidak menepati syarat atau tidak diluluskan. “Accreditation HRDF Certified Trainer” hanya berkuatkuasa sehingga tahun 2022. Untuk mendapat “Accredtitation HRDF Certified Trainer” pada 3 tahun berikutnya. Pemegang sijil HRDF perlu menyediakan laporan atau rekod mengajar untuk tempoh 45 hari persamaan dengan 360 jam pada tahun 2020 hingga 2022 untuk mendapat pengiktirafan “accreditation” tahun 2023 hingga tahun 2025.
_____________
Semoga perkongsian ini memberi mafaat kepada anda dan jangan lupa kongsi dengan jiran sebelah.
Jika berminat untuk daftar sebagai pemegang sijil HRDF. Klik butang di bawah
TERIMA KASIH
Leave a comment