Home BELOYA2U MSMES DIGITISE BETONG MODULE 6 : ONBOARDING AND TRAINING TO ECOMMERCE PLATFORM
BELOYA2UBERITA SEMASASME DIGITISE

MSMES DIGITISE BETONG MODULE 6 : ONBOARDING AND TRAINING TO ECOMMERCE PLATFORM

Share
Onboarding and training to ecommerce platform
Share
Onboarding and training to ecommerce platform

24 Mei 2025 – Program SME Digitise! yang diadakan di Betong Digital Innovation Hub diteruskan lagi dengan modul yang terakhir iaitu modul 6 : Onboarding and Training to Ecommerce Platform.

Kelas yang terakhir ini dibimbing oleh dua tenaga pengajar yang hebat iaitu En Khalifah Khalik dan En Razis, dibantu oleh Cik Stephanie dan Cik Norlita.

Dalam era digital yang semakin pesat, penguasaan platform e-dagang adalah kunci kepada kejayaan perniagaan. Modul 6 ini direka untuk membantu perniagaan anda menguasai TikTok dan Shopee.

Seterusnya, peserta akan diperkenalkankepada ciri-ciri sistem jualan TikTok dan Shopee. Latihan ini bertujuan untuk memanfaatkan sepenuhnya ciri-ciri Shopee, meningkatkan operasi e-dagang dan menggunakan alat TikTok untuk mengoptimumkan strategi pemasaran.

Peserta juga diberikan praktikal dalam proses pendaftaran sebagai penjual di Shopee. Ini termasuklah meluaskan jangkauan pasaran, memberikan pendedahan produk secara langsung dan memperkemaskan proses jualan dengan bimbingan En Khalifah Khalik.

Sesi petang pula fokus kepada pendaftaran sebagai penjual di TikTok. Peserta belajar cara menarik perhatian audiens yan pelbagai, melibatkan diri melalui video pendek  dan meningkatkan pendedahan jenama.

Peluang promosi kreatif juga dibincangkan, membolehkan peserta mencipta kandungan yang menarik dan efektif.

Sesi terakhir adalah mengenai penyenaraian produk di Shopee dan TikTok. Peserta mempelajari cara meningkatkan jangkauan audiens, mengoptimumkan penyenaraian dan meningkatkan kedudukan carian. 

Penekanan juga diberikan kepada peningkatan potensi penjualan dan penyajian produk yang menarik secara visual.

Dengan mengikuti Modul 6, peserta dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya di platform e-dagang. Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan perniagaan anda dalam dunia digital yang semakin berkembang.

Share

Leave a comment

Leave a Reply

Related Articles
SEED SIBU
BELOYA2UKHALIFAH KHALIKUSAHAWAN

SARAWAK EMERGING ENTREPRENEURS DRIVE (SEED) SIBU

Pada 16 Mei 2026 – Program Sarawak Emerging Entrepreneurs Drive (SEED) Sibu...

BELOYA2UKEMAHIRANKHALIFAH KHALIKUSAHAWAN

PROGRAM BELIA GOBIZ SAMARAHAN@ASAJAYA 2026

Pada 9 Mei 2026 – Program Belia GoBiz Samarahan @ Asajaya anjuran...

SME DIGITISE SAMARAHAN
BELOYA2USME DIGITISETIPS USAHAWAN

MODUL 6 : PENGAMBILAN DAN LATIHAN UNTUK E-DAGANG (SMEDS)

3 Mei 2026 – Program SME Digitise yang berlangsung di Samarahan diteruskan...