Home ATIKANA KELEBIHAN BLOGGER UNTUK USAHAWAN
ATIKANAKEMAHIRANTIPS USAHAWAN

KELEBIHAN BLOGGER UNTUK USAHAWAN

Share
Share
kelebihan blogger
KELEBIHAN BLOGGER
Jika kita membandingkan blogger dan wordpress. Rata-rata pembangun laman web akan mengatakan WordPress lebih baik dari blogger. Tetapi, ada juga yang menyatakan blogger lebih baik tetapi tidak banyak. Bergantung kepada cara mereka berfikir. Saya pula mengatakan bahawa kedua-duanya baik bergantung kepada sumber, kemahiran  dan keperluan individu itu sendiri.
Untuk artikel ini, kita merujuk kepada usahawan. Seperti yang kita tahu. Usahawan mempunyai masa yang terhad dengan sumber yang juga mungkin terhad. Keperluan usahawan biasanya lebih dari had tetapi tertahan oleh sumber dan kemahiran. Nak upah orang buat web bukan murah dan jika hendak menggunakan kemahiran sendiri belum tentu web dapat disiapkan.
Pada pendapat saya. Blogger adalah jawapan yang terbaik untuk usahawan. kerana ciri-ciri yang akan saya terangkan selepas ini. Perbezaan ketara blogger dengan wordpress adalah pemilikan dan kemudahan sokongan ciri-ciri tambahan. 



Pada pendapat saya, blogger sudah cukup memenuhi keperluan optimum usahawan. Umpamanya anda hendak pergi ke tempat kerja. Anda mempunyai pilihan sama ada untuk membeli 4 wheel drive atau AXIA. Sekarang, anda boleh buat perbandingan. 4 wheel drive akan terpakai sekiranya anda menjalankan kerja-kerja yang sememangnya memerlukan jenis kenderaan tersebut.
Blogger bertujuan untuk meningkatkan jenama usahawan, profesionaliti dalam pengetahuan produk/perkhidmatan yang ditawarkan, portfolio, catatan penting usahawan, rujukan pelanggan, membesarkan rangkaian, komunikasi interaktif dan  profile perniagaan. Bahagian ini kita akan bincangkan pada artikel selanjutnya. Untuk artikel ini, kita lebih membincangkan kelebihan blogger itu sendiri untuk usahawan.

JOM KITA LIHAT SENARAI KELEBIHAN BLOGGER UNTUK USAHAWAN

TAHAN LAMA

Kebanyakkan pengamal blogger lama. Artikel atau penulisan mereka masih ada sampai ke hari ini. Jangan terkejut sekiranya terdapat web yang popular juga menggunakan blogger. Blogger tahan lebih lama kerana ianya percuma dan milik google. Sememangnya dalam isu pemilikan, wordpress adalah dimiliki oleh individu yang membangunnya manakala blogger dimiliki oleh google. Tetapi, jika diperinci kembali blogger merupakan produk lama google sehingga ke hari ini serta mengalami perubahan banyak mengikut trend semasa. Banyak orang tidak perasan dengan kemudahan baru blogger.

Google adalah syarikat gergasi dan blogger adalah produk cukup bagus untuk mereka seperti youtube. Blogger juga banyak menghasilkan pendapatan kepada google dengan tawaran google adsense kepada blogger. Sememangnya ada produk-produk google yang ditamatkan, tetapi produk tersebut dengan ketara tidak menghasilkan pendapatan kepada google.

Dengan ini, usahawan tidak perlu risau jika mereka menghadapi krisis kewangan atau terlupa kemaskini bayaran tahunan (blogger tiada bayaran tahunan) atau dicuri.

MUDAH DI URUS

Blogger sistem blog yang mesra pengguna. Anda tidak perlu belajar banyak mengenainya. Saya boleh katakan, anda boleh membangun blogger dalam masa beberapa minit sahaja berpandukan artikel yang saya karang sebelum ini.

Sistem yang disediakan amat mudah untuk digunakan dan tema (template) sudah disediakan. Anda bila-bila masa sahaja boleh memilih tema yang ada perlukan. Namun begitu, terdapat juga tema blogger percuma dan berbayar yang boleh anda beli seperti di themehamster, btemplate, gooyaabitemplats dan sebagainya.

PERCUMA DAN MURAH

Memiliki blogger adalah percuma. Anda diberi domain dan hosting percuma. Namun begitu, anda juga boleh memilik domain sendiri. Seperti yang saya miliki sekarang. Jika anda klik link ini [www.beloya2uevolution.blogspot.com]. Anda akan dibawa semula ke www.beloya2u.com.

Anda boleh membeli domain yang murah di [namesilo] dengan harga 8.99USD sahaja. Ataupun anda boleh cari penjual domain yang lain. Anda tidak perlu membeli hosting yang rata-rata harga hosting adalah sekitar 30USD ke 60USD. Di sini, anda sudah banyak membuat penjimatan.





MILIK GOOGLE

Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, Blogger dimiliki oleh google dan google adalah syarikat gergasi yang menjaga kepentingan pelanggannya. Anda bersama syarikat gergasi dan kekukuhan ini boleh meyakinkan anda.

Kebanyakkan pengguna pelayar pada masa ini menggunakan google sebagai enjin carian mereka (Search Engine). Adakah google akan lalai membantu produknya berkembang. Sudah tentu google memberi ciri-ciri yang baik untuk blogger. Sistem google crawler sudah disediakan di dalam blogger.

EKSES MOBILITI

Aplikasi mobile disediakan oleh google untuk pengguna blogger. Pengguna blogger boleh bila-bila masa mengarang artikel, muat naik gambar atau video di blogger. Kalau nak muat naik video, saya sarankan menggunakan kaedah embed video dari youtube.

Selain itu, blogger juga bertindak balas khas untuk pengguna mobile (responsive). Paparan mobile disediakan dalam sistem blogger untuk memudahkan pengguna pelayar telefon bimbit membaca artikel blogger.

GOOGLE ANALYTIC

Selain dari analitik (blogger stats) yang disediakan dalam blogger itu sendiri. Anda juga boleh menggunakan google analytic untuk memantau blogger anda dan ianya percuma untuk blogger. Data yang dibekalkan oleh google analytic atau blogger stats amat membantu dalam mengenalpasti tingkah laku pelayar yang membaca blog anda. Di sini anda boleh meningkatkan lagi kualiti blogger anda.

JANA PENDAPATAN DIGITAL

Blogger anda boleh menjana pendapatan secara digital dengan Google Adsense yang disediakan oleh google. Anda juga boleh memasukan link affiliate atau iklan dari pembekal iklan lain seperti nuffnang dan adclick. Ini semua dijalankan secara automasi. Anda tengah melepak dan akaun anda masuk duit. Seronok tak?.

Dalam sistem blogger, anda juga boleh memasukkan link payment gateway yang membantu pelanggan usahawan untuk membayar terus kepada usahawan itu sendiri tanpa menggunakan tunai fizikal. Bahagian ini adalah untuk aktiviti mudah seperti membuat bayaran sewa, kerja baik pulih, belian produk dan sebagainya. Pelanggan akan menerima slip bayaran yang akan dihantar oleh pengurus payment gateway.

KESELAMATAN

Google menyediakan ciri-ciri keselematan dalam blogger dan anda tidak perlu risau mengenai itu. Manakala wordpress, anda kena usaha sendiri dan sudah tentu ini memerlukan kemahiran. Jika tiada kemahiran maka anda memerlukan modal untuk menyediakannya. Ianya merupakan tambahan kos.

KESIMPULAN

Senarai di atas adalah sekilas dari pendapat saya sahaja. Mungkin banyak lagi ciri-ciri yang saya tidak masukkan khas untuk usahawan. Anda boleh terus belajar banyak perkara mengenai blogger. Jika anda ingin berguru. Anda boleh klik butang di bawah ini.
Semoga artikel ini memberi mafaat kepada anda. Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan jiran sebelah rumah anda. Sampaikan salam saya kepada mereka. Muahihihohohiu


header ads
Share

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles
KEMAHIRANKEWANGAN

CARA MENGELAKKAN PENIPUAN MELALUI AKAUN BANK

Penipuan melalui akaun bank merupakan ancaman yang semakin serius, terutamanya dalam era...

pelaburan emas atau saham
KEMAHIRANKEWANGAN

PELABURAN EMAS VS SAHAM: MANA LEBIH MENGUNTUNGKAN?

Dalam dunia kewangan, pelaburan merupakan langkah penting bagi mereka yang ingin mengembangkan...

pelaporan, data, pengurusan
KEMAHIRANKEWANGAN

TEKNOLOGI DAN AUDIT : TRANSFORMASI DIGITAL DALAM PROSES PENGAUDITAN

Dalam era digital yang pesat berkembang, teknologi telah mengubah hampir setiap aspek...

cara memilih komputer, komputer yang bagus digunakan
AWARENESSKEMAHIRAN

TIPS MEMILIH KOMPUTER UNTUK PENGEDITAN VIDEO ATAU GRAFIK

Dalam bidang kreatif seperti pengeditan video dan grafik, memilih komputer yang tepat...