Pengalaman yang beharga semasa di Kuching Wetland yang juga dikenali sebagai Semariang Wetland
Kuching Wetland adalah kawasan binatang akuatik bertelur dengan kepelbagaian Biodiversiti. Kawasan ini telahpun digezetkan di bawah UNESCO.
Dengan trip tersebut apa yang dapat kita lihat adalah pelbagai kehidupan seperti ikan lumba-lumba, orang belanda, pokok bakau yang dijaga Rapi, kelip-kelip, buaya dan burung-burung antarabangsa.
Burung antarabangsa adalah burung yang merentas benua. Tidak dapat dipastikan spesis burung yang singgah di kawasan Kuching Wetland. Burung tersebut seakan burung bangau yang mempunyai kepak yang besar dan leher panjang.
Selain itu Orang Belanda atau lebih dikenali sebagai Proboscis Monkey juga merupakan tarikan pelancong. Saya dapat maklumat Proboscis Monkey hanya dapat dilihat sewaktu air pasang.
Pada trip kali ini. Kita bernasib baik kerana berjaya menangkap gambar dolphin yang bermain sekitar bot kami. Pemandangan pantai yang bersih, Gunung Santubong dan beberapa pulau sekitar menenangkan hati sepanjang perjalanan di kawasan Kuching Wetland.
“Akan Aku Daki Gunung Itu” melambangkan satu tekad yang sangat kuat dalam...
29 Jun 2026 – Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia yang terkenal...
29 Jun 2026 – Masyarakat Bidayuh merupakan salah satu etnik utama di...
Rosli Dhoby dan Rukun 13 merupakan pejuang dan gerakan bawah tanah radikal...
Leave a comment