VIDEO DALAM BAHASA SARAWAK
CENDAWAN TIRAM DAN SAYURAN DARI LADANG BANA HERITAGE ECOFARM BINTULU SARAWAK
Memulakan perniagaan ini dari tahun 2017, 2019 kami mula membekalkan produk kami ke pasaraya Bintulu. Setakat ini pengalaman kami lebih kurang 6 tahun.
Pelanggan kami selalu mencari sayur organik dan segar terutamanya orang di Bintulu mereka inginkan cendawan yang segar dan kami dapat bekalkan cendawan kami yang segar. Cendawan kami tidak menggunakan bahan kimia anti perosak dan memang ditanam sendiri dibuat sendiri dari habuk padi serbuk barang yang diambil dari kilang dan buat bekas tanam sendiri.
Maklumbalas pelanggan kami tentang sayur cendawan keluaran kami adalah sayurnya segar. Hari ini petik dan kami terus hantar kepada mereka dan kebenyakkan mereka tahu cendawan kami ditanam semulajadi tiada penggunaan baja dan bahan kimia dan memang mereka tahu cendawan kami ini adalah organik atau hampir-hampir organik.
Diantara produk yang kami jual terutamanya adalah cendawan dan ada yang ikut musim seperti musim durian. durian pun kami ada jual, ayam kampung dan nenas MD2.
lokasi ladang kami berada di batu 12 jalan Bintulu/Miri. Luasnya dalam 22 ekar dan pelanggan kami kebanyakannya dari Bintulu ada juga dari kuching. Kami menggunakan bas untuk menghantar produk kami ke Kuching.
Kepada sesiapa yang berminat dengan produk kami boleh hubungi kami di No telepon 60172701252 dan boleh layari facebook kami di Bana Heritage Agrofarm.
Sebagai seorang usahawan yang buat perladangan. kita mesti ada sikap jangan berputus dan cekal dengan cuaca panas atau hujan. Kita mesti buat dan mesti bersabar sahaja dengan segala cabaran dan mesti bersabar. Ingat 3 prinsip ini. cekal hati, jangan berputus asa dan bersabar.
Terima kasih SME DIGITISE
Leave a comment