SADONG JAYA: Jeritan seorang penduduk semasa Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap merasmikan Esplanade SIMUNJAN.
Jeritan tersebut sebagai tanda tidak puas hati dengan keadaan kemudahan air yang bermasalah di sekitar kawasan tersebut.
Kawasan tersebut selalu terjejas berikutan masalah saluran paip utama yang bermasalah.
Namun begitu, ADUN Gedong N.26 kelihatan tenang mendengar jeritan individu tersebut. Beliau seterusnya, menjelaskan progres kerajaan bagi mengatasi masalah tersebut.
Beliau menjelaskan bahawa Kementerian Utiliti Dan Telekomunikasi sedang menaik taraf dua saluran utama ke Samarahan melalui Serian Dan Kuching.
Naik taraf tersebut dihubungkan melalui jambatan Sadong yang kini berbaki tujuh kilometer ke SIMUNJAN.
Sebanyak Empat Billion Ringgit diperuntukkan bertujuan pelaksanaan 328 projek rakyat. Projek tersebut memfokuskan projek bekalan air sebagai solusi jangka pendek Dan sederhana.
Projek ini dibangunkan melalui Jambatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB). Termasuk projek tangki paras tinggi di Samarahan, Asajaya, Sadong Jaya, SIMUNJAN Dan Sebuyau.
Projek tersebut hampir siap sepenuhnya.
“Sekarang di kawasan Sadong Jaya kita dah perbaiki. Tak ada lagi masalah di Sadong Jaya. Mula-mula saya jadi Ketua Menteri, di situlah tidak ada air. Harini Kita boleh lihat masalah ini sudah selesai. Kita dah selesaikan banyak tempat antaranya Kabong Dan Sebuyau. Kita akan selesaikan masalah di SIMUNJAN Dan Gedong sebelum 2030. Saya akan pastikan masalah ini selesai”
KUCHING, 29 NOVEMBER 2025 – Karnival Medan Niaga Satok 2025 yang telah...
24 Mei 2025 – Program SME Digitise! yang diadakan di Betong Digital...
26 April & 10 Mei 2025 – Program SME Digitise di Betong...
22 Mac & 12 April 2025 – Program SME Digitise di Betong...
Leave a comment