Home BESUSEY PANTANG LARANG MEMANCING DI LAUT
BESUSEYKUCHING WETLAND

PANTANG LARANG MEMANCING DI LAUT

Share
Share

Dalam bidang memancing ini semestinya seronok, bagi saya
ianya menyeronokkan. 

Dari situlah kita dapat tahu sedikit sebanyak berkaitan
pantang larang terutamanya pantang larang orang tua.

Pertama sekali, mulut tidak boleh celupar dan jangan
bersiul. Mengikut pengetahuan dan kefahaman saya dari pesanan orang yang lebih
tua.

Sekiranya anda melihat perkara yang ganjil dan aneh di laut
disarankan jangan ditegur. Sebagai peringatan berdasarkan pengalaman saya dan
nasihat untuk anda.

Sebagai contoh, pesan orang tua jangan melangkah joran. Kita
tidak tahu kepastian dan sebab kenapa. Sebagai langkah berjaga-jaga, kita
hendaklah turut mendengar nasihat dari orang tua.

Pernah terjadi suatu kisah dahulu dimana saya membawa pelanggan,
mereka telah melanggar pantang larang seperti bersiul, maka berlakulah perkara
yang tidak diigini.

Kemudian ada yang menegur perkara yang ganjil di laut, dan
pulang sehingga sekarang enggan untuk pergi mengail.

Tidak tahu kepastian dan sebab kenapa. Seperti yang saya maklum,
pantang larang orang tua pasti ada sebabnya dan benar.

Kita harus sentiasa berwaspada kerana apabila kita berada
di laut, kita tidak tahu mengenai makhluk lain selain manusia juga wujud. Itu
pesanan saya kepada semua pemancing.

 

 

 header ads

Share

Leave a comment

Leave a Reply

Related Articles
BAHASA IBANBESUSEYDUNIAUncategorized

Sape Sarawak: Warisan Muzik Tradisional Masyarakat Orang Ulu.

Sape merupakan salah satu alat muzik tradisional yang terkenal di Sarawak dan...

BELOYA2UBESUSEYDUNIA

Burung Kenyalang: Simbol Kebanggaan Identiti Sarawak

Apabila menyebut Sarawak, antara simbol yang sering terlintas di fikiran ialah burung...

BESUSEYMEDIA DIGITAL KENYALANGSARAWAK

Menelusuri Sejarah Kota Kuching: Jejak Warisan Yang Penuh Cerita.

Kuching – bukan sekadar ibu negeri Sarawak, tetapi sebuah kota yang kaya...

BAHASA IBANBAHASA SARAWAKBELOYA2UBESUSEYDUNIASARAWAK

Rentap: “Agi Idup Agi Ngelaban”, Semangat Pahlawan Sarawak

Sejarah Sarawak tidak pernah sunyi daripada kisah perjuangan tokoh-tokoh tempatan yang bangkit...