Mencari ejen jualan adalah cabaran bagi sesetengah orang. Tetapi sebenarnya cabaran utama adalah memastikan ejen tersebut aktif.
Banyak individu terutama sekali golongan orang muda mencari sesuatu untuk menambah pendapatan mereka. Tetapi adakah kita cakna, apakah yang mereka perlukan.
Disebabkan banyak usahawan bertanya, bagaimana teknik mencari ejen. beloya2u kongsikan beberapa teknik yang boleh digunakan untuk mencari ejen.
Pastikan anda bersedia dengan produktiviti anda dan berkemampuan memahami perbezaan alam generasi X, Y dan Z.
Memahami generasi Baby Boomers yang memerlukan perhatian lebih kerana teknik jualan kini berbeza dari tahun-tahun yang lalu.
Jika anda gagal memahami perkara ini. Kemungkinan peratusan ejen meninggalkan anda akan tinggi dan ini akan merugikan masa dan modal anda.
BERIKUT ADALAH TIPS BAGAIMANA MENCARI EJEN JUALAN PRODUK ATAU PERKHIDMATAN
TESTIMONI KEJAYAAN
(1) Antara perkara menarik untuk dikongsikan dengan BAKAL Ejen. Kebanyakkan orang yang ingin menambah pendapatan mahukan jaminan.
TESTIMONI haruslah ikhlas, jelas dan ringkas. Mudah difahami. Mampu menyampaikan mesej dengan cepat melalui imbasan.
MENUNJUKAN KEJAYAAN Ejen Dan infomasi mudahnya mencari pendapatan tambahan melalui PRODUK Dan PERKHIDMATAN anda.
TESTIMONI yang mampu memberi inspirasi orang lain. Gambar ATAU teks ATAU video yang mampu membantu menyelesaikan MASALAH KEWANGAN.
JANGAN terlalu berlebihan menjanjikan bulan bintang. Tunjukkan proses ATAU pengalaman dengan JUJUR.
DISKAUN LUAR BIASA PELANGGAN SETIA
(2) PELANGGAN berpotensi menjadi Ejen. Terutama PELANGGAN SETIA yang membeli secara berterusan dengan anda.
PELANGGAN yang sudah mempunyai banyak maklumat PRODUK Dan PERKHIDMATAN anda.
PERKONGSIAN mereka lebih natural Dan JUJUR. Ini kerana mereka pengguna PRODUK Dan PERKHIDMATAN anda.
DISKAUN LUAR BIASA diberikan kepada PELANGGAN SETIA bertujuan memberi peluang mereka menjana pendapatan.
Selain itu, ini juga kaedah anda menghargai mereka kerana menjadi PELANGGAN SETIA. Mengekal PELANGGAN lebih sukar daripada mencari PELANGGAN baru
DISKAUN LUAR BIASA haruslah BERSYARAT seperti kaedah DISKAUN belian kuantiti melebihi 5 unit ATAU mengikut kesesuaian PRODUK Dan PERKHIDMATAN.
JANGAN lupa. Bekalkan mereka alatan pemudah promosi seperti risalah, banner, banting Dan kad perniagaan apabila mereka membuat belian LUAR BIASA.
MAJLIS DAN KUMPULAN PERKONGSIAN ILMU
(3) Menganjurkan program kecil 5 – 10 orang seperti program minum teh. Sasaran program adalah individu yang berpotensi membuat jualan.
Pastikan Majlis menyediakan alatan promosi yang mencukupi seperti banner, banting, risalah, testimoni, PRODUK ATAU voucher.
Penuhkan aktiviti Majlis seperti berkongsi demonstrasi PRODUK, penghargaan Ejen yang berjaya membuat jualan terbanyak Dan pelbagai lagi aktiviti WOW untuk sesiapa yg hadir.
Apabila bercakap. JANGAN lupa gunakan kata kunci. KOMUNITI, masyarakat, kita, mudah, sokongan Dan pelbagai lagi kata-kata yang enak untuk di dengari.
KONSAINAN BERSYARAT
(4) KONSAINAN adalah aktiviti meletakkan Barang di kedai penjual Dan penerimaan bayaran berlaku setelah barang terjual.
Memberi kemudahan KONSAINAN kepada individu ATAU syarikat yang berpotensi membuat jualan.
Antara syaratnya adalah miliki data jualan terbaik Dan pembayar yang berdisiplin. Risiko KONSAINAN adalah modal beku akibat bayaran yang tertangguh.
Anda boleh membuat 10% hingga 35% Dari komposisi pengeluaran PRODUK anda untuk transaksi KONSAINAN. Utamakan transaksi tunai ATAU bayaran yang paling cepat.
Banyak peniaga terkandas disebabkan oleh modal yang melekat pada KONSAINAN.
JANGAN meletakkan sandaran adik beradik, saudara ATAU kawan rapat sebagai kelayakkan mendapat KONSAINAN.
Pastikan proven ATAU mempunyai bukti kukuh terutama disiplin bayaran Dan keboleh jualan Dari BAKAL KONSAINAN.
BLOG PENULISAN
(5) Antara teknik untuk meningkatkan jualan Dan Jenama perniagaan. MENCIPTA persepsi profesionaliti berkaitan PRODUK Dan PERKHIDMATAN.
BLOG PENULISAN lebih kepada PERKONGSIAN tip-tip menggunakan PRODUK Dan PERKHIDMATAN. Sesuatu yang memberi nilai kepada pembaca.
Mungkin juga tutorial pemasangan PRODUK. Perkara boleh Dan tidak boleh mengenai PRODUK Dan PERKHIDMATAN.
Berkongsi mudahnya membuat jualan PRODUK Dan PERKHIDMATAN anda. BAGAIMANA membuat jualan dengan mudah Dan testimoni ATAU pengalaman Ejen anda.
Aktiviti PENULISAN ini boleh menarik minat pembaca ATAU BAKAL Ejen melihat anda sebagai rujukan yang dipercayai.
Persepsi percaya ATAU yakin dengan kebolehan anda memerlukan masa TETAPI impak yang panjang.
MEMBINA PASUKAN KHAS
(6) PASUKAN ini digelar PANGLIMA JUALAN. Untuk individu ATAU syarikat ATAU kumpulan yang mempunyai kekuatan modal.
Mereka FOKUS membuat jualan melalui ejen-ejen mereka. Anda hanya perlu bantu mereka untuk mendapatkan Ejen.
Selain itu, berikan alatan pasaran kepada mereka. Seperti risalah, kad perniagaan, banting Dan banner.
Carian Ejen kaedah ini akan menjadi mudah apabila dibantu oleh PANGLIMA JUALAN. Aktiviti ini digelar, gerakan dalam PASUKAN.
PANGLIMA JUALAN ATAU nama lain digelar distributor. Anda hanya perlu FOKUS membantu distributor.
Anda harus berada di Channel Telegram Usahawan Sarawakku Sayang. Di mana, di dalam nya banyak informasi bantuan sokongan Usahawan secara percuma.
Kejayaan mereka adalah kejayaan anda.
TAWARKAN SISTEM URUS MUDAH
(7) Banyak usahawan ATAU generasi muda mahukan pendapatan lebih. Pada masa yang sama. Mereka membuat kerja hakiki mereka.
Dengan masa yang terbatas. Mereka coba mencari sesuatu yang dapat membantu meningkatkan pendapatan mereka.
Menyediakan SISTEM untuk mereka membuat jualan akan menarik minat mereka untuk menjadi Ejen jualan anda.
SISTEM yang boleh anda bekalkan adalah seperti SISTEM shopee, jualan melalui affiliate, SISTEM sokongan copywriting, SISTEM dropship tanpa modal Dan pelbagai lagi.
Tekankan bahawa SISTEM ini memudahkan mereka. Seperti menjimatkan masa, menjimatkan kos Dan mengurangkan risiko.
Kemudahan seperti ini memerlukan masa untuk dibina TETAPI, jika ada modal Maka ianya akan lebih cepat. Masa vs Modal.
Semoga artikel ini dapat membantu anda merancanga bagaimana mencari ejen jualan anda. Sila tinggalkan ulasan di bawah untuk cadangan atau bantahan mengenai senarai di atas.
Leave a comment