Home BELOYA2U “TORQUE OF BORNEO” BAKAL GEGARKAN KUCHING SARAWAK
BELOYA2USARAWAK

“TORQUE OF BORNEO” BAKAL GEGARKAN KUCHING SARAWAK

Share
Share

Pada 20 April 2026 – Satu sidang media bagi acara “Torque of Borneo” telah berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Sidang media tersebut melibatkan beberapa pihak penting, antaranya Timbalan Datuk Bandar MBKS Dato Zaiedi Suhaili, Presiden Pertubuhan

Pembangunan Masyarakat Melayu Sarawak Ikeram Yan dan Pengarah bagi “Torque of Borneo” Encik Shirajuddin Bolhi, serta rakan strategik seperti

BELOYA2U, DUBS, ANGKASA dan lain-lain. Acara “Torque of Borneo” dijadualkan berlangsung dari 1 hingga 3 Mei 2026, bermula jam 9.00 pagi

hingga 11.00 malam, bertempat di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Seperti yang dimaklumkan, acara ini bukan sahaja memberi tumpuan kepada pertandingan modifikasi kereta dan motosikal, malah turut

menampilkan pelbagai aktiviti lain seperti pertandingan mewarna, pertunjukan fesyen, serta e-sukan (E-sport).

Bagi memeriahkan lagi acara, pihak penganjur turut menjemput beberapa artis tempatan Sarawak seperti Bob Yunus, Knowno dan ramai lagi. Selain

itu, “Torque of Borneo” juga melibatkan penyertaan antarabangsa melalui kerjasama dengan beberapa negara dan negeri, antaranya Brunei, Indonesia dan Selangor.

Kesimpulannya, penganjuran “Torque of Borneo” dilihat sebagai satu inisiatif yang mampu memperkukuhkan industri automotif serta

memperluas jaringan kerjasama di peringkat tempatan dan antarabangsa. Dengan pelbagai aktiviti menarik yang dirancang serta penglibatan

pelbagai pihak, acara ini berpotensi menjadi platform yang bukan sahaja mengangkat bakat dalam bidang modifikasi, malah turut mempromosikan industri kreatif dan pelancongan di Sarawak.

Share

Leave a comment

Leave a Reply

Related Articles
BAHASA SARAWAKBELOYA2UBESUSEY

SARAWAK REGATTA 2026 — Mendayung Warisan dan Mengukir Kejuaraan

Regatta Sarawak 2026: Sungai Sarawak Kembali Bergelora Sungai Sarawak bakal kembali bergelora...

BELOYA2UIDEAMOTIVASISARAWAK

Jangan Takut Gagal

Kita selalu takut untuk mencuba kerana terlalu memikirkan kemungkinan untuk gagal. Sedangkan...

BELOYA2UDUNIAMOTIVASI

Ada Hari Kita Kuat, Ada Hari Kita Cuma Bertahan

Ada hari kita bangun dengan semangat. Banyak perkara terasa mudah untuk dilakukan,...

BELOYA2UDUNIAIDEA

Jangan Takut Untuk Gagal, Kerana Setiap Kegagalan Membawa Kita Lebih Dekat Dengan Kejayaan

“Kegagalan adalah peluang untuk memulakan lagi dengan lebih bijak” -Henry Ford Kegagalan...