Home BERITA SEMASA MIRI TUAN RUMAH SAMBUTAN HARI LAHIR KE-86 TYT PADA 7 – 9 OKTOBER
BERITA SEMASATEMPATAN

MIRI TUAN RUMAH SAMBUTAN HARI LAHIR KE-86 TYT PADA 7 – 9 OKTOBER

Share
Share
MIRI kembali menjadi tuan rumah untuk sambutan Ulang Tahun Ke-86 Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang bakal berlangsung pada 7 hingga 9 Oktober ini.
 
Terdapat lima acara utama yang akan diadakan bagi memeriahkan suasana sambutan kali ini.
 
Pada sebelah petang 7 Oktober, akan diadakan satu Majlis Kesyukuran bertempat di Masjid At-Taqwa Miri dengan anggaran kehadiran sebanyak 1,200 tetamu.
 
Pada pagi hari seterusnya, Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa dilaksanakan di Stadium Terbuka Miri melibatkan 86 kontingen.
 
Kontingen tersebut melibatkan pelbagai Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan Sarawak dan Persekutuan serta Badan Berkanun, persatuan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), pihak swasta, Institusi Pengajian Tinggi Awam, Institusi Pengajian Tinggi Swasta dan juga sekolah.
 
Acara tersebut akan disusuli dengan Istiadat Pengurnian Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak di Hotel Meritz Miri manakala Majlis Jamuan Negeri pula akan diadakan di Pullman Miri Waterfront pada sebelah malam.
 
Sambutan akan melabuhkan tirai dengan penganjuran Majlis Jamuan Teh di Eastwood Valley Golf and Country Club Miri pada pagi 9 Oktober.
 
Kira-kira 150 warga emas daripada pelbagai kaum akan menerima sumbangan daripada Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib.
 
Selain acara-acara utama, Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) turut akan menganjurkan Majlis Kesyukuran Agama Lain di Eastwood Valley Golf and Country Club Miri pada pagi 7 Oktober. 
– sumber UKAS 
 
– foto KAMEK MIAK SARAWAK
 
 

MIRI TUAN RUMAH SAMBUTAN HARI LAHIR KE-86 TYT PADA 7 - 9 OKTOBER
 

MIRI TUAN RUMAH SAMBUTAN HARI LAHIR KE-86 TYT PADA 7 - 9 OKTOBER

Share

Leave a comment

Leave a Reply

Related Articles
BERITA SEMASABESUSEYKESENIANSARAWAKTEMPATAN

Hidangan Tradisi Masyarakat Melayu Sarawak

Masyarakat Melayu Sarawak mempunyai warisan kulinari yang unik hasil gabungan pengaruh tempatan,...

BELOYA2UBERITA SEMASADUNIAKESENIANSARAWAK

Sultan Tengah: Sultan Sarawak yang Dilupakan

Sejarah Sarawak tidak dapat dipisahkan daripada pengaruh Kesultanan Brunei yang pernah menguasai...

BELOYA2UBERITA SEMASABESUSEYDUNIAEKONOMI

Santubong: Pusat Perdagangan Kuno dan Seramik China

Santubong merupakan salah satu kawasan arkeologi terpenting di Malaysia yang menyimpan pelbagai...

BESUSEYDUNIAEKONOMIKEMAHIRANKESENIANSARAWAKTEMPATAN

Jambatan Batang Lupar: Pemangkin Pembangunan dan Penghubung Komuniti

Jambatan Batang Lupar merupakan salah satu projek infrastruktur terbesar dan paling signifikan...