Home TIPS USAHAWAN 7 CARA DAN TIPS MEMIKAT PELANGGAN
TIPS USAHAWAN

7 CARA DAN TIPS MEMIKAT PELANGGAN

Share
Share

Mendapatkan pelanggan produk dan perkhidmatan adalah antara perkara penting dalam perniagaan. Namun begitu, menjadikan pelanggan tersebut sebagai pelanggan setia adalah bahagian yang sukar.

Pelanggan yang hadir dalam transaksi perniagaan kita adalah satu kejayaan tetapi kejayaan yang lebih manis adalah pelanggan berulang membuat pembelian dan memperkenalkan pelanggan baru.

Kemahiran ini memerlukan anda memahami kehendak pasaran dan kehendak pelanggan.

Kehendak pasaran adalah sentimen pasaran atau kejadian yang menyebabkan pelanggan memerlukan produk tersebut. Contohnya musim hujan, kebanyakkan pelanggan akan mencari payung.

Kehendak pelanggan adalah yang memberi rasa selesa pelanggan untuk berurusan dengan anda serta produk/perkhidmatan anda benar-benar menyelesaikan masalah pelanggan.

Jika anda berlawan harga dalam pasaran. Anda akan kalah tetapi jika anda berlawan kualiti dan kakuatan jenama anda boleh pergi lebih jauh.

Berikut adalah 7 cara dan tips untuk memikat pelanggan dan melahirkan pelanggan setia (REGULAR CUSTOMER)

1. LAYANAN MESTA DAN PROFESIONAL

Berikan layanan yang ramah dan profesional kepada pelanggan. Pelanggan akan merasa dihargai serta merasa nyaman untuk berususan dengan anda berulang kali.

2. KUALITI PRODUK DAN PERKHIDMATAN

Tawarakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti serta sesuai dengan kehendak pelanggan. Ini akan meningkatkan kepuasan pelanggan dan meningkatkan loyalti pelanggan.

3. DISKAUN DAN PROMOSI

Ini bertujuan menarik lebih banyak pelanggan baru dan membuatkan pelanggan lama kembali menggunakan produk/perkhidmatan anda.

4. PENGALAMAN BERBELANJA

Sediakan kemudahan bagi memudahkan pelanggan untuk berbelanja dengan anda contohnya menyediakan pelbagai kaedah bayaran seperti Duit Now, Sarawak Pay, Kad Debit, Kad Kredit dan sebagainya.

Selain itu, suasana atau keadaan premis yang selesa dan kemudahan fasiliti juga akan memberi pengalaman kepada pelanggan.

5. JAMINAN

Pelanggan akan lebih yakin jika anda memberi jaminan produk dan perkhidmatan anda. Contohnya tawaran membaiki secara percuma produk yang dibeli oleh pelanggan jika berlaku kerosakan.

Jaminan lain adalah seperti tawaran gantian secara percuma atau wang dikembalikan jika produk tidak memberi kesan kepada palanggan.

6. MEDIA SOSIAL

Merupakan kaedah terkini untuk mempromosikan produk dan perkhimatan dan memudahkan pelanggan berinteraksi dengan anda secara langsung.

7. RESPONSIF

Penting untuk mengetahui data pelanggan seperti keluhan pelanggan, maklum balas pelanggan dan sabagaikan bagi meningkatkan mutu produk/perkhidamatan.

header ads
Share

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles
rugi dah pasti dan untung belum tentu, ragam usahawan
AWARENESSTIPS USAHAWAN

PELAJARAN KEJATUHAN TUPPERWARE

Tupperware, satu jenama yang pernah menjadi simbol kejayaan dalam industri produk plastik...

alatan digital untuk perniagaan
TIPS USAHAWAN

ALAT DAN APLIKASI PENTING UNTUK USAHAWAN DIGITAL

Dalam dunia yang semakin digital, usahawan perlu memanfaatkan pelbagai alat dan aplikasi...

CABARAN BESAR USAHAWAN KECIL
KEWANGANTIPS USAHAWAN

KEWANGAN MIKRO

Kewangan mikro adalah satu konsep yang merujuk kepada penyediaan perkhidmatan kewangan, seperti...

KEMAHIRANMOTIVASITAMBAH ILMUTIPS USAHAWAN

VISI DAN INSPIRASI KABOOM SETELAH TAWAN PUNCAK ARAS LOGIK

Sebagai usahawan anda mungkin pernah berasa buntu dan tidak berdaya untuk berfikir...