Saya memulakan perniagaan kedai emas kerana ingin membantu orang yang di luar sana. Barang yang dilelong di pengadaian juga dapat membantu orang yang memerlukan dari segi kewangan.
Kita dapat membantu dari segi membeli emas dengan harga yang lebih tinggi dibandingkan dengan harga pasaran agar pelanggan dapat manfaat yang lebih baik dan tidak terus kehilangan harta mereka.
Di kedai kami pelanggan boleh menemui pelbagai jenis barang kemas daripada yang baharu hinggalah yang terpakai.
Walaupun barang terpakai keadaanya masih seperti baharu dan dijual pada harga yang sangat berpatutan.
Kami tidak mengenakan sebarang caj tambahan seperti upah atau kos tersembunyi.
Kami kerap mengadakan promosi menarik sebagai tanda pernghargaan kepada pelanggan yang sentiasa menyokong kami.
https://youtu.be/bD0pMEGbSqA?si=J-zVMEB2ytHlyiui
Sebab utama pelanggan terus kembali ke kedai emas kami ialah kerana harga emas kami lebih murah daripada harga pasaran.
Kami juga menawarkan perkhidmatan membaiki barang kemas dengan harga yang jauh lebih rendah, khususnya untuk pelanggan tetap kami.
Kami percaya dengan memberikan layanan mesra, harga berpatutan dan kualiti yang terbaik pelanggan akan terus percaya dan memilih kami sebagai tempat utama untuk urusan emas mereka.
Ramai pelanggan kami datang bukan sekadar untuk membeli tetapi kerana minat mereka mengumpul barang kemas terpakai yang masih kelihatan seperti baharu.
Setiap pembelian di kedai kami sangat berbaloi dan menguntungkan.
Selain jual beli emas kami turut menyediakan perkhidmatan khas seperti tempahan loket nama, tempahan emas daripada jabatan tertentu dan pelbagai rekaan unik mengikut cita rasa pelanggan.
Kedai kami terletak di Jalan Merdeka River Edge berhampiran Teh Tarik Cafe Tupong New Yapim.
Pelanggan kami datang dari pelbagai kawasan Kuching, Sibu, Miri, Sri Aman, Indonesia dan Brunei.
Kami juga menyediakan perkhidmatan dalam talian untuk mereka yang ingin bertanya tentang tebus emas atau membeli emas pada harga lebih murah.
Hubungi kami melalui Whatsapp di 0168951549 atau layari facebook page Zuramir Gold & Jewelleries untuk maklumat lanjut.
Pesanan saya kepada semua usahawan di luar sana jangan sesekali berputus asa teruskan melangkah ke hadapan walau apa pun cabaran yang datang.
Jangan pedulikan kata-kata negatif sebaliknya fokus pasa usaha dan perbaiki diri dari hari ke hari.
Yakinlah dengan apa yang kita pelajari dan usahakan kerana kejayaan tidak datang dalam sekelip mata.
Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) atas sokongan dan bimbingan yang banyak membantu kami dalam membangunkan perniagaan ini.
[penafian: beloya2u tidak terlibat dalam transaksi]
Leave a comment