EMAS MAMPU MILIK DI SARAWAK


Permulaan perniagaan kedai emas saya pada 2017, pada waktu tersebut saya berniaga secara atas talian. Ada juga berjumpa dengan pelanggan tetapi pada pada masa yang singkat sahaja dan mengumpul barangan.

Selepas itu, pada tahun 2020, saya mendapat peluang dari MARA dan premis. Mula berniaga secara online dan offline sehingga sekarang sudah 6 tahun berjual emas, membeli emas serta bertukang emas.

Antara masalah utama yang dapat saya selesaikan dengan adanya kedai emas Sarawak ialah akad jual beli. Sebelum ini akad jual beli langsung tidak diadakan.

Masalah ketelusan, sebagai contoh berapa berat yang ditimbang maka itulah harga berat pelanggan beli. Jadi kami pastikan proses akad jual beli tersebut jelas dan telus.

Kurangnya bumiputera berniaga emas, dan syukur Alhamdulillah saya merupakan salah satu bumiputera yang berniaga emas serta mengikut syarak.

Ketiadaan kedai emas berdekatan di jalan Astana. Dengan adanya kedai emas Sarawak di sini mudah dikunjung. Tambahan pula, kebiasaannya kedai mempunyai off day, di Kedai Emas Sarawak tidak ada off day.

Buka dari isnin hingga ahad bermula 10 pagi – 5 petang. Maklum balas yang kami terima dari pelanggan ialah perkhidmatan yang kami berikan terbaik, pembelian secara online senang dan mudah serta pertukangan yang sangat teliti.

Perkhidmatan yang ditawarkan di Kedai Emas Sarawak ialah, menjual & membeli emas, membaiki emas rosak, permintaan untuk memasang atau mengikat batu dengan emas dan mencuci emas.

Untuk mana-mana pelanggan yang dari jauh asalkan di dalam Malaysia, kami menyediakan perkhidmatan untuk pos.

Kedai Emas Sarawak bertempat di dalam bangunan Plaza Astana, Kuching. Selalunya pelanggan kami dari kawasan Kuching dan dari seluruh Sarawak juga ada berkunjung.

Pelanggan yang menggunakan perkhidmatan pos dari Semenanjung Malaysia, Sabah, di luar Malaysia juga ada seperti dari Jeddah, Korea Selatan, Kuwait dan sebagainya.

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan dan produk kami boleh menghubungi di talian +60105363151 atau layari di media sosial facebook, Instagram dan tiktok Kedai Emas Sarawak.

Seorang Usahawan seharusnya memiliki sifat bertanggungjawab, konsisten, berdaya saing, bijak digital dan petah bercakap.


 


                               [penafian : beloya2u tidak terlibat dalam transaksi]


Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama