Hebatnya Formula ‘T.A.L.K’ Dalam Kemahiran Pembentangan
2. Paparan slaid bukannya tempat untuk mengarang karangan. Mudahkan kefahaman audiens yang melihat.
3. Pastikan paparan slaid teratur dan menarik perhatian.
4. Masukkan faktor ‘WOW!’ ketika melakukan mempersembahkan pembentangan tersebut.
5. Unsur-unsur kreativiti dalam penyampaian amat perlu dititikberatkan oleh penyampai.
1. Nada suara seseorang pembentang perlu dipelbagaikan kepada 3 tahap iaitu rendah, sederhana dan tinggi.
2. Penggunaan nada suara tahap rendah adalah bertujuan untuk kita menguji fokus pendengaran audiens. Bukan bermakna berbisik.
3. Nada suara sederhana pula amat mempengaruhi momentum tenaga kita ketika pembentangan. Banyak digunakan pada kebanyakkan penyampaian isi huraian biasa.
4. Terakhir iaitu nada yang tinggi. Nada tinggi bukanlah menjerit, tetapi bertujuan untuk memberi penekanan terhadap isi utama seterusnya membantu audiens membezakan antara penerangan biasa dengan hujah yang penting.
5. Gunakan kemahiran lontaran nada suara ini pada ayat yang sesuai dan tepat.
1. Fahami tajuk pembentangan yang hendak disampaikan. Tambahan, hayati isi huraian dalam kandungan pembentangan.
2. Kefahaman ini amat membantu dalam proses kelancaran tutur bicara ketika penyampaian di hadapan.
3. Penghayatan isi huraian pula mampu memudahkan kita untuk menyampaikan kandungan pembentangan dengan cara atau kaedah yang tersendiri.
4. Lebih memudahkan, gunakan perkataan atau istilah yang senang dan dekat dengan diri kita.
5. Sudah pasti, persediaan awal adalah amat penting sebelum hari pembentangan berlaku. Boleh dipelajari pada topik Teknik Komunikasi Berkesan.
Senang bukan?Penguasaan formula ringkas ‘T.A.L.K’ ini bukan sahaja mampu jadikan anda sebagai seorang pembentang yang berkaliber, bahkan anda mampu tampil hebat sebagai pembentang yang versetail dimata para pendengar.Jom kita praktiskan bersama!
You must be logged in to post a comment.
15 MAC 2026 – Program ini telah berlangsung di Think Big sebanyak...
Hit Barber Classic dibangunkan dengan satu matlamat iaitu memberikan perkhidmatan gunting rambut...
Penipuan melalui akaun bank merupakan ancaman yang semakin serius, terutamanya dalam era...
Dalam dunia kewangan, pelaburan merupakan langkah penting bagi mereka yang ingin mengembangkan...
Terima Kasih. Perkongsian maklumat dan ilmu yang sangat bermanfaat.
Alhamdulillah. Semoga perkongsian ilmu dapat berikan manfaat terbaik.