Anda pernah mendengar tentang kenyataan ‘Minda berserabut menyegarkan emosi?
Anda setuju dengan kenyataan ini?
Mungkin ada berhenti sejenak untuk membaca sekali lagi soalan ini.
Anda mungkin juga berasa pelik kerana anda biasa mendengar fikiran yang berserabut selalunya menjadikan emosi lumpuh dan koyak.
Jom! Teruskan pembacaan anda!
Ketahui 12 corak keserabutan minda yang dapat menyegarkan emosi anda.
Minda Serabut Menyegarkan Emosi.
1. Anda mungkin salah seorang yang sering mempersoalkan segala perkara yang anda nampak, anda dengar dan anda terasa atau tersentap.
Pada fasa kesedaran, anda berfikir dan berasa anda sudah masak dan lali dengan segala perkara yang terpapar atau terperangkap oleh pancaindera anda.
Walau bagaimanapun dalam keadaan separa sedar, limpahan data, maklumat dan ilmu telah membebankan minda anda.
Anda berasa terlalu penat dan berkata “Aku dah cukup untuk mempercayai segala yang aku lihat, dengar dan rasa.”
Anda beriktikad untuk tidak mahu terikat lagi dengan segala pengalaman yang anda lalui sejak lahir hingga ke saat kini.
Anda enggan mematuhi kata-kata pegangan orang-orang tua dulu-dulu, ‘Melentur Buluh, Mulalah Dari Rebungnya’.
Anda berasa anda mengalami kecelaruan kesihatan mental – overthinking!
Namun, sifat ingin tahu yang tinggi dalam diri anda secara tanpa sedar telah menggugah fikiran anda untuk meneroka idea-idea yang baru dan menyelongkar pelbagai jenis falsafah.
Anda seakan-akan menyelami lautan yang dalam dalam bidang kerohanian.
Anda seperti menyusup ke dalam bidang politik dan menitip pelbagai jenis pemikiran untuk memenuhi keperluan naluri anda yang kelaparan dan dahaga akan ilmu.
Sebenarnya semua ini menyegarkan minda anda yang sedang berada dalam kotak ‘blind spot’ iaitu anda tidak tahu tentang diri anda sendiri tetapi orang lain tahu tentang diri anda.
Menyedari keadaan ini, anda harus percaya dan yakin andalah orang yang memilikii kecerdasan emosi yang tinggi dan mempunyai tahap kesihatan mental yang segar dan hebat!
2. Anda menyedari bahawa terdapat perbezaan di antara fikiran gembira dan perasaan gembira.
Anda berusaha membina ‘fikiran gembira’ ke dalam diri anda dengan harapan akan mencapai segala impian yang anda ingini.
Namun adakalanya, keadaan ini tidak menjadi kenyataan.
Jika anda berikhtiar mencipta ‘perasaan gembira‘ ke dalam diri anda, anda sedang menyemai perasaan gembira ke dalam diri anda.
Ibarat sebiji benih yang disemai, dibaja, disiram dan dijaga, benih akan tumbuh menjadi pohon dan akan akan mengeluarkan bunga dan menghasilkan buah.
Itulah ibarat perasaan! Fikiran menimbulkan perasaan. Perasaan yang dipupuk menghasilkan tindakan.
Kesedaran akan perbezaan antara ‘berfikir gembira’ dengan ‘berasa gembira’ membawa anda ke satu perspektif yang baru untuk mencipta individu yang gembira dalam hidup anda.
3. Anda mula sedar dan nampak corak-corak tertentu di sekeliling anda.
Anda nampak dan sedar terdapat pelbagai corak yang timbul dan menyerlah mewarnai kehidupan anda.
Corak-corak dalam perhubungan sesama manusia seperti corak tingkahlaku ahli keluarga di rumah, dan corak perlakuan teman sekerja di tempat kerja.
Kepelbagaian corak juga dikesan dalam proses komunikasi seperti ketika berbual kosong, pengutaraan pendapat dan perkongsian pandangan sama ada secara bukan formal mahupun formal.
Tidak terkecuali corak-corak terdapat dalam barangan jualan seperti produk-produk keperluan asas hingga kepada barangan bukan keperluan asas juga mula disedari.
Corak- corak yang kelihatan dan disedari ini menimbulkan kecelaruan, keraguan dan ketidakpastian dalam minda anda yang dapat menyukarkan anda membuat pilihan atau menguasai keadaan ada hadapi.
Anda menjadi keliru tentang siapa dan apa yang benar, boleh dipercayai malah selayaknya dipilih!
Perasaan keliru, risau dan ketidakpastian ini mengasah minda dan mencetuskan ilham kepada anda.
Ilham-ilham yang kreatif dan konstruktif untuk memperbaiki, membina dan mengubah corak-corak yang anda nampak perlu nafas baru.
Kewujudan orang dan barangan yang mempunyai ciri-ciri dan penampilan yang baru, berbeza dan lebih bertepatan untuk pembinaan corak-corak kehidupan yang lebih baik, terserlah dan sejahtera.
Inilah saat minda anda sangat bergeliga seperti putaran gasing yang dilontar ke tanah.
4. Anda berasa marah meluap-luap yang tidak masuk akal.
Perasaan marah merupakan satu perasaan yang baik ketika anda benar-benar sedar bahawa anda bukan marah kepada dunia, tetapi anda marah kepada diri anda sendiri.
Anda sedar keadaan diri anda dan anda benar-benar tahu penderitaan, kesusahan dan cabaran yang anda tempuhi.
Anda benar-benar berasa sangat kesal, insaf dan sebal!
Keadaan begini berlaku sebaik sahaja anda sedar dan bersedia mahu membuat perubahan kepada diri anda daripada keadaan yang sakit kepada keadaan yang selesa.
Anda mengambil prinsip Away From Pain and Towards Pleasure.
Kemarahan dapat mendorong seseorang kepada sesuatu tindakan yang drastik, sama ada ke arah yang negatif atau positif.
Perasaan marah mungkin boleh mengakibatkan perkara yang tidak bermanfaat kepada diri sendiri malah kepada orang lain juga.
Ketika menghadapi perasaan marah yang meluap-luap, lakukan teknik pernafasan dengan menarik nafas dalam-dalam perlahan-lahan dan hembuskan nafas secara perlahan-lahan antara 3 ke 8 kali.
Anda dapat merasai nafas anda semakin perlahan dan perasaan anda semakin rileks. Otot-otot di badan anda pun berasa kendur.
Anda berjaya mencipta kondisi yang baru, pemikiran yang baru dan mencipta versi anda yang baru:
‘The New Version Of You’.
Andalah penulis. Andalah pengarah. Andalah pelakon di pentas kehidupan anda!
5.Anda sudah mula hendak menyoal diri anda sendiri. Apa makna kehidupan?
Anda mula tertanya-tanya apakah makna kehidupan yang anda mahu.
Memadaikah hidup anda semata- mata hanya dengan tidur, makan, bekerja dan mati?
Memadaikah hidup anda hanya untuk mengurus keperluan diri sendiri tanpa menghirau tentang keperluan orang lain?
Anda mula tertanya-tanya, adakah ini sahaja makna kehidupan, melayari dan berlingkar dalam putaran kehidupan anda siang berganti malam. hari berganti minggu. Minggu ke bulan dan bulan ke tahun?
Mungkinkah pertanyaan-pertanyaan ini tanda satu pembukaan kecil seperti sebuah keretakan pada dinding di rumah anda?
Mungkinkah pertanyaan- pertanyaan ini persediaan untuk berhadapan dengan realiti yang lebih besar dan taksa melalui jaluran cahaya yang masuk di celah dinding yang retak menerangi kesamaran ke dalam rumah anda?
Inilah metafora kehidupan!
Setiap cabaran dalam kehidupan adalah ruang untuk bangkit dan berani membina perubahan ke arah yang lebih baik.
6.Anda mempunyai idea yang bernilai berjuta-juta ringgit!
Semasa Suhaila bercuti di sebuah tempat percutian yang terkenal tiga tahun lepas, dia bertemu seseorang lalu membina sebuah perhubungan perkenalan antara mereka.
Perkenalan mereka telah membibit rasa cinta sehingga berakhir ke jinjang pelamin. Suhaila mendapat gelaran isteri. Rumahtangga mereka sangat bahagia.
Tidak lama kemudian rumahtangga mereka dibadai ombak hingga terjadinya perpisahan yang amat memilukan. Kepiluan dan kesedihanyangamat perit dialami Suhaila hingga menyebabkan dia lumpuh. Lumpuh minda, lumpuh emosi, lumpuh fisiologi.
Syukurnya Suhaila cepat sedar dan bangkit. Suhaila mengubah titik fokus dan menukar makna perpisahan sebagai satu hikmah dan rahmat kepadanya.
Suhaila berupaya mencipta perasaan kesedihan kepada kebahagiaan. Suhaila berupaya membina perasaan duka kepada suka.
Keupayaan Suhaila membina kesetaraan makna menghasilkan tiada perbezaan perasaan dan memberi kesan kepadanya. Suhaila sudah benar-benar pasti mengenali siapa dirinya dan apa yang dia mahu benar-benardalam hidupnya.
Kesedaran akan keadaan emosi diri yang tercetus kerana keserabutan minda sangat penting.
Apabila anda sedar apa ‘jalang’ yang melumpuhkan emosi anda, harus cepat bertindak dengan menggurus minda anda melalui makna kepada perkataan yang anda pilih agar anda dapat mencapai matlamat hidup anda.
Ingatlah! Masa lalu adalah sejarah. Masa depan adalah harapan! Masa ini adalah realiti!
7.Nampaknya keadaan emosi anda seakan-akan tidak stabil dan sukar dikawal
8. Anda tidak pasti tentang siapa diri anda sebenarnya.
9. Anda terperangkap dlam perasaan dan ketakutan yang anda alami semasa anda masih kecil.
10. Sebenarnya anda ketakutan untuk hilang sesuatu atau seseorang ketika ini.
11.Anda wajar melepaskan sesuatu yang tidak patut dipertahankan.
12. Anda telah membuat keputusan bahawa anda tidak akan membenarkan diri anda menjadi mangsa perangkap minda dìri anda sendiri lagi!
Lantaran itu, percaya dan yakinlah, ‘Setiap keretakan membuka ruang untuk cahaya menyinari sesuatu kegelapan.’
Sedarilah daripada 12 keadaan ketidakstabilan emosi yang biasa menjadi isu kesihatan mental sebenarnya adalah serlahan cahaya sebiji permata yang menyuluh jalan untuk diterokai.Kunci pembuka hati untuk berani bangkit untuk berubah dan keluar daripada zon selesa.Kini anda bersedia melangkah untuk memulakan penerokaan mengutip kerikil-kerikil yang berharga dan bersinar semasa menuju destinasi yang bahagia dan berjaya, menang dan tenang!
Leave a comment