Home BERITA SEMASA MSMES DIGITISE SERIAN MODUL 3: BEKALAN DAN INVENTORI
BERITA SEMASA

MSMES DIGITISE SERIAN MODUL 3: BEKALAN DAN INVENTORI

Share
Share

6 Januari 2023 – Module 3 telah diterangkan dalam Program Digitise di Serian Digital Innovation Hub.

Module 3 iaitu Penawaran dan Inventori diterangkan oleh Encik Khalik dan Encik Razis. Encik Khalik menerangkan kepentingan dan asas pengurusan Inventori kepada para peserta.

Menurut beliau, Business Model Canva ( BMC ) boleh digunakan dalam pengurusan Inventori. 

Para peserta dapat meningkatkan kepuasan pelanggan sekaligus stok perniagaan mereka dapat diminimumkan apabila menggunakan pengurusan Inventori dalam perniagaan mereka.

Selain itu, pengurusan Inventori juga dapat memastikan kewangan dalam perniagaan para peserta dapat diperbaiki.

Encik Khalik juga mendedahkan teknik pengurusan inventori dan permintaan kepada para peserta bagi memastikan rantaian bekalan dapat dioptimumkan.

Teknik pengurusan inventori juga membantu para peserta meramal permintaan yang berkesan sekaligus dapat menimumkan stok mereka. 

Para peserta juga didedahkan sebuah aplikasi iaitu Mesin Kira yang membantu mereka merekod stok mereka dari semasa ke semasa oleh Encik Razis.

Mesin Kira ialah sebuah aplikasi yang melibatkan penyelesaian dan pengurusan perniagaan mudah alih yang inovatif untuk mendigitalkan perniagaan mikro.

Encik Razis telah menunjukkan demostrasi penggunaan Mesin Kira dalam perniagaan kepada para peserta.

Mesin kira dapat meningkatkan kecekapan para peserta dalam menguruskan perniagaan mereka.

Encik Razis juga berpendapat bahawa Mesin Kira banyak membantu usahawan lain bagi memastikan penjejakkan secara masa nyata dan mengenalpasti pemenuhan pesanan yang dapat ditingkatkan.

Semua aktiviti yang dilakukan sepanjang program ini berlangsung telah direkod dan diadaptasikan dalam bentuk video serta dimuat naik ke media sosial oleh Cik Junainah.

Secara keseluruhannya, Module 3 tidak hanya memberikan pendedahan kepada peserta mengenai aspek-aspek penting dalam pengurusan Inventori, tetapi juga memberikan mereka alat dan teknik praktikal untuk meningkatkan prestasi perniagaan mereka secara keseluruhan.

header ads
Share

Leave a comment

Leave a Reply

Related Articles
scammer alert
AWARENESSBERITA SEMASA

MELABUR DI TEMPAT YANG ANDA TIDAK FAHAMI ITU GILA

Mudah ditipu kerana terpedaya dengan tawaran tidak masuk akal Penipuan pelaburan di...

BELOYA2UBERITA SEMASASME DIGITISEUSAHAWAN

MSMES DIGITISE BETONG MODUL 1 : BUSINESS INTERVENTION

https://youtu.be/dZkLH_7K13s?si=oQuuKK8ZeVWlMLC-  25 Januari 2025 – telah berlangsung satu sesi latihan komprehensif di...

Program bantuan sokongan usahawan sarawak di Serian Sarawak
BERITA SEMASA

COACHING AND MENTORING KEMAS SERIAN

16 Jun 2024 – Program Coaching and Mentoring Kemas Serian yang diadakan...

PEMASARAN DIGITAL DI KABONG SARAWAK
BELOYA2UBERITA SEMASA

KURSUS DIGITAL MARKETING KABONG SARAWAK

13 Ogos 2024 – Program Digital Marketing yang diadakan di Kabong, Sarawak...