Kami ada seorang pelanggan beberapa tahun lepas yang mempunyai perniagaan dalam urutan. Pelanggan tersebut berusaha untuk membeli rumah kepada ibunya. Selama dua ke tiga tahun yang pertama semasa berniaga, pelanggan tersebut pergi ke bank tetapi tidak diluluskan kerana bank memberitahu bahawa pinjaman ini memerlukan beberapa dokumen. Setelah berjumpa dengan kami, pihak kami menerangkan perkara-perkara yang harus disediakan oleh pelanggan tersebut. Alhamdulillah, selepas itu, pelanggan tersebut telah berjaya membeli sebuah rumah yang berharga RM420,000.
Dari segi perkhidmatan, APlus Management lebih kepada perunding kewangan kerana kita memfokuskan untuk membantu usahawan membuat rekod akaun daripada A to Z. Manakala dari segi caj, bergantung kepada perolehan, jualan, aset-aset syarikat dan transaksi akaun. Cara perkhidmatan kami menentukan harga ialah caj mengikut asas sejumlah RM50 sebulan dan dikira dalam masa setahun, 12 bulan ialah RM600. Kalau dicampur caj untuk pengurusan cukai, penyerahan dokumen, kesemuanya dianggarkan dalam RM900. Sekiranya ada tempoh bulanan yang tidak berapa aktif kami akan mengurangkan lagi caj perkhidmatan.
Kami mempunyai dua pejabat iaitu di Satok atas Fuyu Cafe, dan satu lagi di Metrocity. Kalau di Metrocity boleh cari bahagian Cafe 37 atau Gigit Rangup Corperation dan kami terletak di tingkat atas lot kedai tersebut. Pelanggan kami sekarang adalah dari seluruh Sarawak sehingga di kawasan Lawas. Selain itu juga, di Johor dan Selangor, mereka ini adalah lebih kepada agen-agen dan beberapa kawan-kawan yang membuat perniagaan Enterprise.
Kebanyakan orang berfikir duit syarikat boleh dibelanjakan seperti duit personal. Di sebabkan itu, perniagaan tidak dapat berkembang. Oleh itu, hendaklah kita berdisiplin, teratur, tersusun dalam merancang dan membelanjakan kewangan syarikat. Banyak orang takut apabila mereka membelanjakan kewangan mereka untuk pemasaran tetapi mereka tidak memikirkan perbelanjaan untuk mengurusan kewangan, sedangkan ia adalah sangat penting.
Pada 15 hingga 16 April 2026 lalu, Program Pemerkasaan Outlet Pemasaran Tempatan...
5 APRIL 2026 – Sesi pembelajaran Modul 4 : Asas Rekod Perniagaan...
18 Januari 2026 & 01 Februari 2026 – Program SME Digitise di...
17 Januari & 31 Januari 2026 – Program SME Digitise di Kuching...
Leave a comment