3 Febuari 2024 – Program Digitise di Serian Digital Innovation Hub diteruskan lagi dalam modul 4 ke-2 iaitu Alatan Digital untuk Pengurusan Perniagaan.
Alatan digital merujuk kepada pelbagai jenis perisian atau aplikasi yang boleh membantu dalam pengurusan aspek-aspek seperti inventori, penjualan, kewangan, dan lain-lain dalam sesuatu perniagaan.
Pada kali ini, modul 4 ke-2 diterangkan oleh tiga orang tenaga pengajar yang hebat iaitu Encik Khalik dan dibantu oleh Encik Harith, dan Cik Stephanie.
Encik Khalik telah menunjukkan beberapa alatan digital yang dapat membantu para peserta dalam pengurusan perniagaan mereka.
Setmore, Google Calendar merupakan antara aplikasi yang diperkenalkan
Selain itu, aplikasi ini merupakan aplikasi yang mampu mengatur jadual para uahawan dalam sebuah organisasi.
Demonstrasi SetMore telah ditunjukkan oleh Cik Stephanie. SetMore dapat digunakan dalam telefon bimbit dan juga dalam bentuk sesawang.
Aplikasi ini didedahkan bagi memastikan pengurusan pekerja dapat diperbaiki sekaligus membuktikan proses sumber manusia dalam setmua organisasi dapat dipermudahkan.
Semua aktiviti yang dilakukan sepanjang program ini berlangsung telah direkod dan diadaptasikan dalam bentuk video serta dimuat naik ke media sosial oleh Cik Nigel
Demonstrasi SetMore dilakukan untuk menunjukkan keberkesanan aplikasi tersebut, dengan penekanan pada kemudahan akses melalui telefon bimbit dan laman sesawang.
Modul ini bertujuan memberikan peserta pengetahuan praktikal untuk meningkatkan pengurusan dan efisiensi perniagaan mereka.
Dengan penyampaian modul ini, diharapkan peserta dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh untuk meningkatkan pengurusan dan kecekapan operasi perniagaan mereka.
Masyarakat Melayu Sarawak mempunyai warisan kulinari yang unik hasil gabungan pengaruh tempatan,...
Sejarah Sarawak tidak dapat dipisahkan daripada pengaruh Kesultanan Brunei yang pernah menguasai...
Santubong merupakan salah satu kawasan arkeologi terpenting di Malaysia yang menyimpan pelbagai...
24 Mei 2025 – Program SME Digitise! yang diadakan di Betong Digital...
Leave a comment