Home BESUSEY SEJARAH SERANGGA KELIP-KELIP
BESUSEYKUCHING WETLAND

SEJARAH SERANGGA KELIP-KELIP

Share
Share

Pernah tak anda dengar orang sebut tentang kelip-kelip? Ataupun dalam bahasa melayu adalah disebut sebagai kunang-kunang.

Kalau di Sarawak, kunang-kunang lebih dikenali sebagai kelip-kelip. Kelip-kelip ini berada di kawasan tepi laut.

Tapi kebanyakannya juga berada di kawasan sungai, seperti sungai di kawasan Taman Negara Kuching.

Pada zaman sekarang, kelip-kelip ini semakin pupus. Zaman saya masih kecil dahulu, saya mengikut ayah saya pergi memancing.

Saya melihat kelip-kelip lebih banyak apabila pada waktu malam, terutama sekali pada waktu hujan. Sekarang hanya sedikit sahaja yang kelihatan tidak seperti zaman dahulu.

Pada zaman 15 sehingga 20 tahun yang lalu, kelip-kelip lebih banyak kelihatan. Satu lagi, serangga ini memilih pokok. 

Antara pokok yang disukai oleh serangga ini adalah pokok yang dikenali sebagai pokok api-api. Yang kedua adalah pokok perepat. Hanya dua pokok yang disukai oleh serangga ini.

Jika pokok bakau agak kurang disukai, ini kerana saiz daun pokok bakau yang lebar manakala daun pokok apai-api bersaiz kecil berbanding dengan pokok perepat.

Itulah tempat dimana kelip-kelip ini berada tetapi buat masa sekarang agak susah untuk mencari kelip-kelip ini kerana tidak semua tempat mempunyai serangga ini.

Untuk mencari kelip-kelip ini haruslah mempunyai kepakaran dan jumlah kelip-kelip pada satu pokok hanya terdapat 20 sehingga 40 sahaja.

Berbanding dahulu, jumlah kelip-kelip lebih banyak sehingga tidak terhitung dan sekarang jarang dijumpai. 
Hanya selepas hujan sahaja kelip-kelip ini kelihatan.
Kebanyakan pelancong datang pada waktu malam untuk melihat kelip-kelip ini. 
Tiada musim yang ditetapkan untuk melihat kelip-kelip ini. Jika ingin melihat kelip-kelip ini hanya menunggu hari selepas hujan kerana jumlah yang dapat dilihat lebih banyak.

Itulah yang ditunggu oleh para pelancong. Jika hari panas, hanya sedikit sahaja kelip-kelip yang kelihatan dan yang paling penting jika ingin melihat kelip-kelip ini adalah selepas hujan.

Pesanan saya kepada pelancong-pelancong yang ingin melihat kelip-kelip ini haruslah mencari pembawa pelancong yang berpengalaman.

Yang kedua, Taman Negara Kuching ini berhampiran dengan kampung saya. 
Kampung saya ini mempunyai koperasi nelayan yang boleh membantu anda untuk pergi ke tempat dimana kelip-kelip berada.

Kelip-kelip ini semakin hari semakin ditelan zaman, tetapi sebelum serangga ini semakin pupus, ambil kesempatan anda untuk datang ke Taman Negara Kuching untuk melihat kelip-kelip ini.

Untuk tempahan melawat kawasan Kuching Wetland. Anda boleh boleh membuat tempahan melalui butang di bawah
 
Share

Leave a comment

Leave a Reply

Related Articles
BELOYA2UBESUSEYSARAWAK

Sarawak Sebagai Contoh Terbaik Masyarakat Majmuk Malaysia

29 Jun 2026 – Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia yang terkenal...

BELOYA2UBESUSEYSARAWAK

Resipi Tradisional Bidayuh: Warisan Gastronomi Sarawak

29 Jun 2026 – Masyarakat Bidayuh merupakan salah satu etnik utama di...

BELOYA2UBESUSEYDUNIA

Kisah Keberanian Syarif Masahor dalam Menentang Rajah Putih

29 Jun 2026 – Syarif Masahor merupakan antara tokoh tempatan yang paling...

BELOYA2UBESUSEYKEMAHIRAN

Seni dan Kraf Tradisional yang Menjadi Kebanggaan Sarawak

25 Jun 2026 – Sarawak dikenali sebagai Bumi Kenyalang yang merupakan bukan...