Home KEMAHIRAN MAHU BERJAYA DENGAN ‘MODELLING’?
KEMAHIRANMOTIVASINORA MORSHIDI

MAHU BERJAYA DENGAN ‘MODELLING’?

Share
Share

NLP akronim kepada Neuro Linguistic Programming dan diterjemah ke bahasa Melayu sebagai  Pengaturcaraan Neuro Linguistik yang diilhamkan pada tahun 1970-an,

Penulis menggunakan akronim NLP sepanjang penulisan artikel ini.

NLP mempunyai para profesional dan orang awam yang menerapkan pelbagai teknik dan model NLP ke dalam perkhidmatan coaching dan  terapi yang mereka kendali.

Amalan ini berfungsi membina corak minda individu  untuk menukar tingkah laku seseorang  hasil daripada  transformasi pemikiran dan perubahan perasaan mereka. 

Terdapat  banyak buku bantuan diri (Self Help Book) telah ditulis berdasarkan teknik NLP, yang banyak memberi manfaat kepada pembaca yang mengamal teknik-teknik NLP. 

Hasil positif dan berkesan berjaya membantu individu yang mahu berjaya, sihat, mahir berkomunikasi, dan membina hubungan yang mesra dan harmoni. 

NLP: Logical Levels Model, Modelling dan Coaching.

Jika anda mahu menjadi insan yang berjaya dengan luar biasa atau extra ordinary, andalah orang yang paling layak untuk meneroka, mempelajari, memahami dan mengamalkan ilmu NLP.

Artikel ini khas untuk anda! Dalam artikel ini, anda akan didedah kepada apa itu NLP, pelbagai teknik dan model yang sangat penting untuk anda mencapai impian anda dengan jelas dan berstruktur.

Teruskan pembacaan anda.

NLP mengaplikasikan pendekatan psikologi yang menegaskan bahawa seseorang dapat menyesuaikan strategi dan teknik yang digunakan oleh setiap  individu untuk berjaya mencapai matlamat mereka .

Ilmu NLP membimbing individu untuk belajar daripada pengalaman kejayaan dan kegagalan mereka sendiri. 

Setelah itu, individu perlu mengetahui corak  pemikiran, perasaan, dan tingkah laku yang berguna, dan yang menghalang mereka berjaya mencapai impian mereka.

Dengan menyemaikan andaian ‘Tiada kegagalan, cuma tindakbalas’, keyakinan dan percaya diri menganggapkan setiap hasil usaha adalah langkah dalam proses pembelajaran untuk berjaya.

NLP dibangunkan pada tahun 1970-an oleh John Grinder dan Richard Bandler. 

Grinder ialah seorang ahli bahasa. Melalui kepakarannya dalam bahasa, beliau mendapati cara dan corak pertuturan seseorang mencerminkan cara mereka memproses dunia. 

Bandler ialah seorang saintis maklumat dan ahli matematik, latar belakang beliau memainkan peranan penting dalam falsafah NLP , pemprosesan dalaman manusia boleh dipetakan dan dianalisis.

Dengan menganalisa corak  pertuturan- tindakan, perasaan dan pemikiran seseorang, pengamal pengaturcaraan neuro-linguistik membina pemahaman tentang peta realiti seseorang. 

Teknik NLP kemudiannya digunakan untuk membantu seseorang meniru proses yang digunakan oleh orang yang telah berjaya, sebagai ganti teknik yang dirasai tidak berjaya sebelumnya.

Teori NLP menganggap semua tindakan manusia adalah positif, kerana semua pengalaman menyediakan maklumat.

Ia menegaskan bahawa seseorang hanya boleh memahami tindakan melalui pengalaman – dengan benar-benar melakukan sesuatu tindakan dan memproses keputusannya.

Bagaimana fungsi minda dalam NLP ?

NLP mengandaikan minda setiap individu mencipta peta dunia berdasarkan data yang diterima melalui  deria setiap individu.

Peta setiap individu berbeza menurut pelbagai tahap kepentingan pada input yang diserap oleh deria-deria yang berbeza. 

Sebagai contoh, sesetengah orang lebih memahami dunia berdasarkan persepsi visual mereka, manakala yang lain lebih memahaminya berdasarkan persepsi pendengaran mereka.

Sistem yang digunakan oleh seseorang untuk memproses pengalaman dipanggil sistem perwakilan utama (Primary Representational System– PRS), dan pengetahuan mengenainya adalah penting untuk mengakses dan menukar peta peribadi individu.

Teknik pengaturcaraan neuro-linguistik , NLP berfungsi dengan andaian bahawa PRS boleh didaftarkan untuk mempengaruhi peta individu.

Bagaimana NLP dapat menyebabkan perubahan?

NLP berupaya menyebabkan perubahan dengan meningkatkan pemahaman seseorang tentang corak kognitif atau pemikiran, perasaan dan tingkah laku mereka. 

Melalui pemahaman corak pemikiran, seseorang akan mengubah fikiran yang tidak bermanfaat kepada pemikiran yang bermanfaat kepada dirinya. 

Apabila pemikiran seseorang positif, ia menimbulkan emosi yang positif lantas membina komunikasi yang lebih berkesan antara proses minda sedar dan tidak sedar.

Jika seseorang mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang peta realiti peribadi mereka, mereka boleh menganalisis perkara yang berkesan dalam mencapai matlamat mereka dan sebaliknya.

Mereka dapat juga menganalisis perspektif orang lain dan menilai perkara yang membawa kepada kejayaan mereka. 

Ilmu NLP yang berteraskan  pengalaman,  memerlukan individu melakukan tindakan untuk benar-benar belajar dan mahir dalam penyerapan ilmu dan kemahiran NLP daripada pengalaman yang dilalui.

Para pengamal NLP menyepadukan  Model Hirarki Logik (Logical Levels Model- LLM) dalam proses membina perubahan pembelajaran, komunikasi dan tindakan seseorang yang mahu berjaya.  

Logical Levels Model mempunyai enam (6) tahap hieraki.  Setiap hieraki mempengaruhi hieraki di atas atau di bawahnya. 

Perubahan yang dibuat pada peringkat yang lebih rendah mempengaruhi peringkat yang lebih tinggi, dan begitu juga sebaliknya dalam membina makna dan tujuan setiap tindakan yang dilakukan.

Pengaplikasian LLM dalam  teknik Modelling 

LLM memudahkan anda meningkatkan kemahiran modelling dengan membantu anda mengenal pasti dan menyusun maklumat yang berkaitan tentang orang yang mahu anda contohi.

Anda dapat menggunakan LLM untuk memetakan pengalaman seseorang daripada perspektif yang berbeza daripada anda dan untuk menyelaraskan tahap anda dengan tahap mereka. 

Anda dapat mengaplikasikan LLM untuk menjelaskan perbezaan dan hubungan antara jenis maklumat yang berbeza, dan untuk mengelakkan kekeliruan dan percanggahan. 

Contohnya, anda mahu mencontohi usahawan yang berjaya, anda menggunakan LLM untuk mengetahui tujuan, identiti, kepercayaan dan nilai, keupayaan, tingkah laku dan persekitaran usahawan tersebut. 

Anda kemudian boleh membandingkannya dengan tahap anda sendiri dan membuat sebarang pelarasan atau perubahan yang perlu. 

Anda juga boleh menggunakan LLM untuk memastikan anda menggunakan bahasa dan logik yang sesuai untuk setiap jenis maklumat. 

Mengadunkan LLM dengan  teknik modelling  memberi anda banyak manfaat. 

Kaedah ini dapat meningkatkan kesedaran diri, membangunkan keluwesan( fleksibiliti ) dan kreativiti anda dalam berfikir dan berkomunikasi.

Kaedah ini juga akan menambah ketepatan, mengembangkan pilihan untuk mencapai hasil dan menyelaraskan nilai dengan tujuan anda ketika membuat sesuatu tindakan.

Namun anda harus tahu dan sedar tidak ada perkara yang sempurna, pasti ada juga kelemahannya. Begitulah LLM sebagai satu alat yang sesuai dalam  teknik modelling juga ada hadnya. 

Had-had yang mengurangkan keberkesanan alat dan teknik ini kerana wujudnya elemen-elemen  seperti andaian, tapisan maklumat yang berat sebelah (biases). 

Setiap perkara yang diserap oleh pancaindera dari luaran akan melalui proses penapisan dalam minda setiap individu dan penciptaan makna semasa proses PRS.

Semua data, maklumat dan ilmu  akan  disamaratakan (generalization), atau diherotan (distort) dan disingkir (delete) tertakluk kepada tafsiran dan  makna yang dicipta dalam PRS individu.

Selain itu, kualiti dan kuantiti maklumat yang tersedia boleh mempengaruhi ketepatan alat ini, dan  juga menurut konteks dan tujuan modelling.

Tambahan pula, LLM adalah alat yang statik dan linear, manakala realiti adalah dinamik dan kompleks. 

Lantaran itu, anda harus menggunakan LLM dengan berhati-hati dan fleksible, dan boleh digabung dengan alat dan teknik lain untuk memperkayakan proses modelling anda.

Kesimpulannya…,

Teknik Modelling adalah konsep teras dalam NLP yang melibatkan kajian dan replikasi strategi dan corak individu yang berjaya. 

Ia adalah proses memahami dan mencontohi pemikiran, kepercayaan, dan tingkah laku pakar dalam bidang tertentu untuk mencapai keputusan yang sama dengan pakar yang dicontohi. 

LLM dapat membantu anda meningkatkan kemahiran modelling anda dengan membantu anda mengenal pasti dan menyusun maklumat yang berkaitan tentang orang yang ingin anda contohi. 

Penggunaan Logical Levels Model (LLM) juga terbukti dapat mempengaruhi dan menghasilkan perubahan yang lebih cepat kepada seseorang klien atau coachee untuk mendapat hasil yang lebih mantap dan unggul.

Di antara faedah daripada ilmu dan kemahiran NLP ialah kejelasan tujuan dan visi hidup, meningkatkan keyakinan diri, dan kebolehan membuat keputusan yang lebih baik.

Anda akan memiliki ilmu kepimpinan transformasi, peningkatan kebolehan menyelesaikan masalah, serta kemahiran komunikasi yang lebih berkesan.

Faedah seterusnya anda akan berkeupayaan untuk kekal fokus dalam setiap situasiyang anda hadapi dan memperolehi peningkatan kualiti pengurusan dalam organisasi  anda berada. 

Jika anda mahu memperolehi faedah dalam senarai di atas, anda boleh mengikuti kursus, khidmat coaching atau terapi yang dikendalikan oleh para Pengamal dan Coach NLP yang bertauliah.

FB: Nora Morshidi

header ads
Share

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles
KEMAHIRANKEWANGAN

CARA MENGELAKKAN PENIPUAN MELALUI AKAUN BANK

Penipuan melalui akaun bank merupakan ancaman yang semakin serius, terutamanya dalam era...

pelaburan emas atau saham
KEMAHIRANKEWANGAN

PELABURAN EMAS VS SAHAM: MANA LEBIH MENGUNTUNGKAN?

Dalam dunia kewangan, pelaburan merupakan langkah penting bagi mereka yang ingin mengembangkan...

pelaporan, data, pengurusan
KEMAHIRANKEWANGAN

TEKNOLOGI DAN AUDIT : TRANSFORMASI DIGITAL DALAM PROSES PENGAUDITAN

Dalam era digital yang pesat berkembang, teknologi telah mengubah hampir setiap aspek...

cara memilih komputer, komputer yang bagus digunakan
AWARENESSKEMAHIRAN

TIPS MEMILIH KOMPUTER UNTUK PENGEDITAN VIDEO ATAU GRAFIK

Dalam bidang kreatif seperti pengeditan video dan grafik, memilih komputer yang tepat...