JELAJAH USAHAWAN SARAWAK KE KUALA LUMPUR

Jelajah Usahawan Sarawak ke Kuala Lumpur membuka peluang baharu untuk mempromosikan produk tempatan dan memperkukuhkan jaringan perniagaan antara kedua-dua wilayah.

Program ini bukan sahaja memberi platform kepada usahawan untuk memperkenalkan inovasi dan kualiti produk mereka, tetapi juga membina kerjasama strategik yang berpotensi meningkatkan ekonomi setempat.

Dengan sokongan penuh dari pihak kerajaan dan komuniti perniagaan, Jelajah Usahawan Sarawak ke Kuala Lumpur diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada kejayaan dan perkembangan berterusan usahawan di Malaysia.



Jelajah Usahawan Sarawak membawa bersama usahawan terkenal antaranya seperti CC Beauty, Nang Dee Resources, Nang Ori, Chelum, Asma Kek Lapis, dan Zias food untuk meneroka peluang baru dan memperluaskan pengaruh produk mereka di Kuala Lumpur.

Setiap usahawan membawa keunikan dan kepelbagaian produk, mewakili kecemerlangan dalam industri masing-masing dan menyumbang kepada kemajuan ekonomi Sarawak serta Malaysia secara keseluruhan.

1. CC Beauty 

CC Beauty adalah sebuah jenama yang fokus kepada produk kecantikan berasaskan bahan semula jadi, khususnya beras. Beras mengandungi enzim yang boleh membantu dalam mencerahkan kulit dan mengurangkan bintik hitam. 

Antioksidan dalam beras membantu melawan tanda-tanda penuaan. Ekstrak beras mampu mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikannya lebih lembut dan halus.

Produk CC Beauty tidak mengandungi bahan kimia yang keras, menjadikannya sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.Mereka juga mengutamakan penggunaan bahan semulajadi untuk meminimumkan risiko alahan atau iritasi kulit.

2.Chelum 

"Chelum" bermaksud gelap dalam bahasa asal Iban. Nama jenama ini mewakili Coklat Gelap Sarawak, menggunakan bahan-bahan 100% asal dari Sarawak yang menonjolkan identiti Sarawak sebagai tanah burung enggang. 

Produk ini mengandungi bahan-bahan tempatan Sarawak seperti Sago, Tebaloi, rempah, Terung Asam, dan Lada Hitam Sarawak. Setiap perisa mempunyai citarasa unik mereka sendiri.

3.NANG ORI 

NANG ORI merujuk kepada Bahasa Melayu Sarawak yang membawa maksud produk yang memang asli. Nang bermaksud “Memang” manakala Ori membawa maksud “Asli” (original). 

Slogan ini memberi erti bahawa Lada Sarawak NANG ORI sememangnya produk yang betul-betul asli, tiada bahan campuran dan berasal dari negeri Sarawak.

Lada Sarawak terkenal kerana kualitinya yang tinggi dan rasa yang unik, yang dihasilkan dari tanah dan iklim khas Sarawak.

4. Asma Kek Lapis


Kek Lapis Sarawak adalah sejenis kek tradisional yang sangat popular di Sarawak. Kek ini dikenali kerana struktur berlapis-lapis yang indah dan pelbagai rasa yang menarik. Ia memerlukan kesabaran dan keahlian untuk memasaknya kerana prosesnya yang melibatkan pembakaran lapis demi lapis kek tersebut.

Kek Lapis Sarawak adalah salah satu produk makanan yang mempunyai nilai estetik, rasa, dan sejarah yang tinggi, menjadikannya kegemaran dalam dan luar Malaysia.

5. Nang Dee Resources


Nang Dee Resources ialah sebuah perniagaan yang menawarkan barangan kraf tangan yang diperbuat secara asli dari rotan dan bahan-bahan tradisional lain yang berasal dari Sarawak, Borneo.

Produk-produk mereka menggabungkan keindahan seni kraf tangan dengan keunikan bahan-bahan tempatan, mencerminkan warisan budaya dan kebolehan tangan tempatan.

Jelajah usahawan Sarawak ke Kuala Lumpur membawa manfaat yang besar dalam mengembangkan pasaran dan menjalinkan hubungan perniagaan.

Program ini memperlihatkan keberanian dan kecekalan usahawan Sarawak dalam menghadapi cabaran serta mengambil peluang untuk memperluas pengaruh dan jangkauan perniagaan mereka. Dengan usaha gigih dan komitmen yang kuat, mereka mampu memperjuangkan kejayaan dalam mengharungi landskap perniagaan yang kompetitif di ibu negara.
  



 








Catat Ulasan

Nyatakan cadangan, pandangan dan maklumbalas anda di bawah ini dengan berhemah. Kami akan sedaya upaya untuk membantu.

Terbaru Lebih lama