16 Jun 2024 – Program Coaching and Mentoring Kemas Serian yang diadakan di Pejabat Daerah Serian yang telah dianjurkan oleh KEMAS Serian, disertai oleh Beloya2u dan kerjasam Coach Wan Training & Consultancy.
Kursus ini diadakan selama 4 hari dan terdapat 20 peserta telah menyertai kursus yang diadakan pada hari tersebut. Kursus ini akan dibimbing oleh dua orang tenaga pengajar iaitu Coach Khalik dan Coach Razis serta di bantu oleh Daniel dan Stephanie.
Tajuk motivasi bertujuan memberi inspirasi kepada para peserta untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan.
Ini dapat membangkitkan semangat dan menggalakkan peserta untuk lebih berani mengambil risiko serta mengatasi cabaran.
Program ini memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran dan minda keusahawanan melalui bimbingan yang berstruktur dan berkesan.Sepanjang kursus, peserta diperkenalkan kepada konsep dan strategi perniagaan penting yang diperlukan untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka.Melalui sesi coaching, mereka menerima panduan peribadi yang disesuaikan dengan cabaran dan matlamat individu, manakala sesi mentoring memberikan peluang untuk berkongsi pengalaman serta mendapatkan nasihat daripada usahawan yang lebih berpengalaman.
Mudah ditipu kerana terpedaya dengan tawaran tidak masuk akal Penipuan pelaburan di...
https://youtu.be/dZkLH_7K13s?si=oQuuKK8ZeVWlMLC- 25 Januari 2025 – telah berlangsung satu sesi latihan komprehensif di...
13 Ogos 2024 – Program Digital Marketing yang diadakan di Kabong, Sarawak...
30 OGOS 2024- Pihak Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Bahagian Mukah telah...
Leave a comment