Home BELOYA2U MSMES DIGITISE BETONG MODUL 1 : BUSINESS INTERVENTION
BELOYA2UBERITA SEMASASME DIGITISEUSAHAWAN

MSMES DIGITISE BETONG MODUL 1 : BUSINESS INTERVENTION

Share
Share

 25 Januari 2025 – telah berlangsung satu sesi latihan komprehensif di Betong di bawah program SME Digitise ! yang merupakan kerjasama strategik antara Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dan Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC).

Program ini dimulakan dengan ucapan aluan dari Pegawai SDEC, Puan Fatin yang mengalu-alukan para peserta dan menyentuh tentang peranan SDEC dalam menyokong dan membimbing usahawan SME untuk berjaya dan turut hadir ke program ini ialah Encik Alias daripada Yayasan Peneraju.

Program ini dihadiri oleh 27 usawahan mikro, kecil dan sederhana (PKS) dan program ini membekalkan 6 modul yang akan didedahkan kepada peserta.

SME Digitise adalah program 1 tahun yang terdiri daripada latihan, bimbingan dan pemantauan.

Modul yang pertama iaitu Business Intervention telah dilaksanakan pada 25 Januari 2025 bertempat di Betong Digital Innovation Hub.

Modul yang pertama ini bertujuan untuk memperluaskan perspektif usahawan terhadap keseluruhan aktiviti perniagaan dan seramai 20 peserta yang menghadiri modul pertama program ini.

Terdapat 3 tajuk utama dalam Modul 1 ini iaitu Motivasi Keusahawanan, Analisis Swot dan yang paling penting Business Modal Canvas (BMC) yang disampaikan oleh Cikgu Khalik kepada para peserta.

Sesi Motivasi Keusahawanan adalah bertujuan untuk memperkenalkan konsep mengurusan masa, menetapkan matlamat dan menganalisis kedudukan semasa perniagaan sekaligus mengenal pasti potensi untuk penambahbaikan.

Motivasi ini didedahkan berdasarkan idea “usahawan menentukan rutin harian, dan rutin harian menentukan masa depan”.

Analisis Swot membantu usawahan menganalisi perniagaan mereka sendiri untuk mengenal pasti kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang perniagaan mereka.

Business Model Canvas (BMC) adalah komponen yang paling penting dalam perniagaan. Peserta diajar untuk menyediakan BMC untuk menggambarkan keseluruhan model perniagaan mereka untuk memperbaiki dan meningkatkan operasi perniagaan.

Setiap Modul direka dengan aktiviti praktikal dan interaktif untuk memastikan peserta dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari. Ini termasuk sesi perbincangan dan latihan yang relevan dengan pengalaman perniagaan peserta.

Share

Leave a comment

Leave a Reply

Related Articles
SARAWAK EMERGING ENTREPRENEURS DRIVE KUCHING
BELOYA2UKHALIFAH KHALIKTIPS USAHAWAN

SARAWAK EMERGING ENTREPRENEURS DRIVE (SEED) KUCHING

Pada 25 April 2026 – Program Sarawak Emerging Entrepreneurs Drive (SEED) Kuching...

smeds
BELOYA2UIDEAJANA PENDAPATAN

MODUL 5 : KUASAI INVENTORI DAN BEKALAN (SMEDS)

19 April 2026 – SME Digitise Module 5 iaitu Bekalan dan Inventori...

SME DIGITISE KUCHING
BELOYA2UJANA PENDAPATANKEWANGAN

MODULE 5 : STRATEGI INVENTORI UNTUNG (SMEDK)

18 April 2026 – SME Digitise Module 5 iaitu Supply and Inventory...

kursus pemerkasaan outlet pemasaran tempatan fama
BELOYA2UTRAINERUSAHAWAN

PROGRAM PEMERKASAAN OUTLET PEMASARAN TEMPATAN USAHAWAN FAMA

Pada 15 hingga 16 April 2026 lalu, Program Pemerkasaan Outlet Pemasaran Tempatan...