Saya dah mula berniaga sejak tahun 2014. Lebih kurang 12 tahun. Pada mulanya kami membuka pusat tuisyen dan kemudian terlibat dengan makanan dan minuman. Sekarang kami mempunyai STORM CARWASH kedai mencuci kereta secara automatik yang pertama di Sarawak.
Biasanya orang nak mencuci kereta tetapi mengambil masa yang terlalu lama. Dengan cucian kereta automatik kami. Tempoh masa mencuci kereta semakin singkat. Dari Setengah jam sekarang, lebih kurang 5 minit sahaja.
Akan datang kita akan membuka kedai mencuci kereta dalam 24 Jam dan semuanya secara automatik. Lebih menarik lagi, kami menggunakan berus yang sangat lembut yang tidak akan mencalarkan kereta. Disamping, kami menggunakan sabun berkualiti tinggi iaitu sampoo nano dan nano wax.
Jika dulu, untuk mencuci kereta, kita akan risau dengan kaedah mencuci kereta dimana kain bercampur dengan pasir. Ini akan mengakibatkan calar halus.
Pelanggan banyak menyarankan kami untuk membuka lebih banyak lagi cawangan. Pelanggan juga memaklumkan bahawa sabun yang digunakan amat berkualiti tinggi. Terutama semasa hujan, sabun yang digunakan amat membantu water biding.
Perkhidmatan kami adalah mencuci kereta secara automatik iaitu prosesnya adalah mesin pencuci akan mencuci kereta kita dengan shampoo nano termasuk body wax. Yang paling penting, proses ini adalah pantas.
Selain itu, kita menawarkan vacuum di dalam kereta dan mengelap bahagian dalam kereta. Kita juga menawarkan wax untuk tayar kereta.
Kita mempunyai kad VIP dengan menawarkan kelebihan setiap minggu. Antaranya perkhidmatan PECUMA contohnya, mengilatkan dalaman kereta, membuang watermark pada cermin kereta dan sebagainya. Tawaran ini berbeza setiap minggu. Jadi sahaja ahli VIP Storm Carwash.
Storm Carwash mempunyai 3 cawangan iaitu di Metrocity, Jalan Cawan dan terkini di Samarahan di kawasan pasar malam berdekatan dengan restoren ABE.
Pelanggan kami terdiri daripada orang lokal. Namun, kami juga dikunjungi oleh orang dari New Zealand. Pelangga kami dari New Zealand menyatakan cucian kereta automatik di negara mereka adalah perkara biasa dan ini merupakan yang pertama dia jumpa di sini.
Selain daripada itu, pelanggan kami juga terdiri dari orang Brunei dan dari Indonesia. Mereka amat berpuas hati dengan perkhidmatan kami.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Storm Carwash. Layari dan Ikuti (Follow) Facebook dan Tiktok kami iaitu Storm Carwash. Dengan mengikuti laman sosial kami, anda akan ditawarkan hadiah-hadiah lumayan seperti wang tunai setiap minggu.
[penafian: beloya2u tidak terlibat dalam transaksi]
Untuk usahawan, saya sarankan berilah yang terbaik produk dan perkhidmatan kita iaitu amanah. Yang kedua, usahawan harus cekal dan tabah dalam apa juga situasi kerana perniagaan tidak selalunya berada di atas.
Yang ketiga, yang harus kita jaga adalah pengurusan kewangan dan pengurusan sumber manusia.
Bagi yang membuat pinjaman MARA. Jangan lupa bayar ye!!
Terima kasih Majlis Amanah Rakyat Mara
[penafian: beloya2u tidak terlibat dalam transaksi]
HIT BARBER CLASSIC Hit Barber Classic | Hit Barber Classic Sarikei |...
Saya memulakan perniagaan kedai emas kerana ingin membantu orang yang di luar...
ZURAMIR GOLD & JEWELLERIES Cincin Emas | Emas 916 | Harga Emas...
STORM CARWASH Cucian automatik | Nano Wax | Water Bending | Buang...
Leave a comment